KelabMama

7 PERUBAHAN YANG SERING BERLAKU PADA MAMA YANG MENGANDUNG MENJELANG 3RD TRIMESTER

Mama mana yang mengandung dah memasuki 3rd trimester? Apa pengalaman yang Mama alami semasa 1st dan 2nd trimester? Tak kisah lah Mama yang baru atau sudah beranak 2,3 tetapi setiap pengalaman mengandung merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan dan sukar untuk  digambarkan dengan kata-kata. Satu fakta menarik, hanya ibu mengandung itu sendiri yang dapat merasai nikmat mengandung. Walaupun suami berada disisi 24 jam, dan turut merasai kegembiraan tersebut, tapi hanya ibu sahaja yang akan lebih memahami.

Apabila kandungan dah memasuki 3rd trimester, selain perubahan pada fizikal badan, ada banyak lagi perubahan lain yang bakal Mama lalui. Dibawah KelabMama senaraikan antara 7 perubahan utama yang bakal berlaku pada Mama.

7 perubahan yang Berlaku pada Ibu mengandung Menjelang 3rd Trimester:

1. Jalan banyak sikit dah cepat mengah & penat.

Kadang-kadang masa 2nd trimester lagi Mama dah boleh rasa keletihan. Letih dan penat yang lain macam bila dah mengandung ni. Biasa lah, perut kita dah membesar dan memberat. Jadi, jalan pelan-pelan dan duduk sekejap bila dah terasa penat.

2. Berdiri lama sikit dah cepat bengkak kaki dan sakit pinggang.

Perut yang membesar juga akan membuatkan kita cepat bengkak kaki dan sakit pinggang. Sebab itu kalau naik pengangkutan awam, orang lain dinasihatkan untuk mengutamakan mereka yang mengandung dan lebih tua.

3. Sering rasa panas dan cepat berpeluh.

Dah masuk 3rd trimester ni cepat je rasa panas dan sering berpeluh. Kadang-kadang tu dah berada dalam bilik yang dipasang penyaman udara pun masih lagi terasa panas.

4. Sukar mencari keselesaan untuk tidur.

Disamping itu, Mama juga harus bersedia untuk melalui pengalaman sukar untuk tidur. Baring, tak selesa. Pusing kanan, pusing kiri, tak selesa. Sebab perut dah besar jadi, lebih sukar untuk Mama tidur atau rehat dengan tenang dan nyenyak.

5. Baju banyak yang dah tak muat.

Masa 2nd trimester pun banyak baju dah tak muat, apatah lagi bila dah masuk 3rd trimester ni. Mama harus beli baju baru atau yang lagi besr (dan sweet) Mama boleh pakai baju suami! Mungkin tak semua, tapi ada baju suami yang selesa dan sesuai dengan Mama tau!

6. Selera makan membuak-buak.

“Makan untuk dua orang.” kata mereka yang melihat kita mengandung. Eh, betullah! Cuma bila dah masuk 3rd trimester ni, selera makan tu lain macam! Mulut ni rasa nak menguyah je. Itu tak termasuk makanana yang kita mengidam tau! Masa ni, encik suami harus bersabar lebih sikit ye.

7. Perut mula mengeras, tapi tidak kerap.

Selain itu, Mama juga akan mula rasai perut yang mengeras. Cuma, mungkin tidak kerap. Bayi dah membesar, perut pun dah membesar dan kadang-kadang akan rasa mengeras. Tapi dekat akhir-akhir 3rd trimester tu, mungkin akan lebih kerap dan lebih sakit. Usap perut dengan lembut atau rendam dalam air suam untuk kurangkan rasa sakit.

Semoga Mama bertabah menghadapi dugaan, ujian dan pelbagai cabaran semasa mengandung ni ye! Sakit mengandung itu ada banyak hikmah yang menanti. Mama kena lebih bersabar dan kuat menghadapi pengalaman mengandung ini. Semoga selamat semuanya buat Mama!