KelabMama

Diari Hati Ibu: Persiapan Sambut Bayi Baru

sambut bayi baru

Akhirnya tibalah masa di hujung kehamilan, dan kita pun mula fasa nesting, semangat nak buat persiapan rumah untuk sambut kelahiran bayi baru kita. Mudah je ibu-ibu, cukup kita sediakan rumah dengan ruangan yang ringkas dan rasa dekat di hati.

Sebagai ibu, As kena faham bahawa bayi ni tak perlu banyak barang pun sebenarnya dan tak perlu terlalu canggih. Jadi, jangan rasa ketinggalan ya.

Persiapan Ruang Rumah Untuk Sambut Bayi

Fasa awal-awal kelahiran tu sebenarnya proses bayi nak transisi daripada alam rahim yang selesa, hangat dan suram kepada dunia luar yang banyak stimulasi macam cahaya, bising dan suhu sejuk. Masa ni tempoh untuk bayi belajar adakah dia rasa selamat di dunia ini.

Sumber: Forest Montessori

>> Less is more

Beli barang keperluan baby yang kita rasa perlu betul je. Sebenarnya, baby tak perlu banyak sangat barangan. Yang dia paling perlu adalah kehadiran kita di awal kelahiran ini. Rumah kita, kita jadikan dia ringkas, kemas cukup dah. Jika nak invest toys untuk baby, spend duit untuk barangan yang kualiti tinggi dan lebih natural, contohnya diperbuat daripada kayu.

>> Alas nipis untuk bayi

Alas ni sangat penting di awal kelahiran baby sebab nanti ia akan jadi titik rujukan untuk dia. Setiap kali kita letak baby, atau sesiapa dukung dia, kita akan attach dengan alas nipis ini yang berbentuk bujur lebih kurang saiz bayi. Tak tebal dan tak nipis supaya mudah dipegang.

Sumber: Topponcino company

Alas ni boleh bawak ke mana sahaja kita bawa baby, jadi baby tak mudah rasa terganggu. Anak kecil usia ini sangat sukakan sesuatu yang dia familiar. Seperti suara ibu, bau susu ibu dan termasuklah alas dia yang dia familiar. Bila baby rasa familiar, dia akan rasa selamat. Kalau menyusu sambil duduk dan baby tidur oun senang aja nak alih ke tilam sebab dah ada alas ni.

Persiapan Barangan Bayi

>> Pakaian

Bayi sebenarnya dah ada memori tau dari alam rahim, antaranya memori berbentuk tactile (deria sentuhan). Ketika di alam rahim tangan baby dah banyak bergerak dan sentuh sana sini. Dah biasa dimasukkan ke dalam mulut, kalau perasan kadang bila scan nampak baby hisap jari kan?

Jadi sangat penting untuk beri rasa selamat pada baby dengan biarkan jemarinya bebas tanpa mitten selama yang boleh. nanti kita akan nampak juga cubaan baby nak masukkan tangan ke dalam mulutnya. Kalau baby cakar muka macam mana ya? Tak apa, lama-lama baby akan belajar bahawa itu menyakitkan dan dia takkan cakar muka sangat dah nanti.

Elakkan baju yang perlu ditarik melalui kepala baby sebab mereka akan rasa seolah lemas dan akan panik. Jika dapat pakai baju yang butangnya di sisi badan adalah sangat baik, supaya bayi dapat tummy time tanpa rasa sakit bahagian dada. Selain tu tak perlu beli banyak baju newborn sebab cepat aja baby membesar.

Sumber: Walmart

>> Movement mat

Kan baby mesti ada waktu dia berjaga in between tidur yang panjang. Jadi waktu nilah kita akan letak dia di atas movement mat untuk stretch badan dia. Jadi kami tak pernah bedung bayi supaya dia selesa gerak tangan kaki sama seperti dalam rahim.

Sumber: Monti Kids

Movement mat ni nipis dalam 1 inci dan cukup besar supaya baby boleh regangkan seluruh kaki tangan dia ke semua arah. Berdekatan kawasan ni juga boleh gantung mainan untuk stimulasi mata baby.

Boleh letak beberapa items untuk dia main. Kita sediakan awal supaya nanti mudah dalam tempoh berpantang semua dah ready. This is how I maintain my sanity sekaligus tak miss bantu perkembangan baby.

Persiapan Untuk Beberapa Bulan ke Depan

Bagi As, As terus ambil ambil masa yang berbaki ini untuk siapkan barangan dan ruangan untuk bayi sebanyak yang boleh untuk tempoh 6 bulan ke depan.

Sumber: LisaBiruza

Wah kenapa sampai 6 bulan ke depan tu? Nanti lepas kita bersalin, kita akan semakin sibuk dengan keperluan bayi baru. Badan kita yang menyusu dan menjaga bayi baru ni pun akan kepenatan apatah lagi jika kita dah sibuk bekerja nanti. Jadi, As siapkan terus bekas-bekas asingkan barangan keperluan ikut fasa atau bulan.

Bila baby makin membesar, dan kita nak guna nanti mudah, terus ambil sahaja barangan yang dah tersedia ikut bekas-bekas tu. As share contoh ya sebagai gambaran.

>> Fasa berpantang

Contoh barangan ketika fasa ini adalah; nursing pads, silicone pump untuk tadah lebihan susu ibu, rawatan untuk ibu berpantang seperti tungku dan sebagainya, kain alas bayi, barut jika ada, diapers saiz newborn, baju yang bersesuaian, alas untuk pangku dan letak bayi, kelengkapan untuk bayi yang selalu muntah, minyak pati untuk urutan dan kembung baby, mainan stimulasi serta lain-lain. As suka guna rak macam bawah ni untuk tempoh ini.

Sumber: Me and my girls

>> Usia 2 bulan ke atas

Untuk baby bila dah besar usia ini pula, As sediakan baju bersesuaian. Umur ni banyak guna rompers untuk bantu bayi menjulur selain alas yang lembut tapi firm. Senang nak bagi baby banyak tummy time, juga items untuk aktiviti stimulasi bayi.

>> Usia 6 bulan ke atas

Baby usia ini biasa dah mula mobile kan, aktiviti pun berubah. makin banyak rompers perlu disediakan. Baju pun perlu banyak bertukar ganti since baby dah mula baby led weaning. Badan pun dah membesar. Jadi As akan letak siap-siap satu kotak khas untuk items ni. Kita rasa macam lambat lagi kan, tapi sebenarnya sekejap sahaja masa berlalu. Bila sampai masa semua ni akan sangat memudahkan kita, just tarik sahaja keluar dan guna.

Masa Untuk Persiapan Sambut Bayi Baru

InsyaAllah fasa hamil agak lama kan dan kita ada banyak masa untuk menyusun persiapan ini. Kita perhatikan ruangan rumah kita, anak-anak kita dan mula adjust from there. Yang penting buat apa yang resonate with your own family.

Duduk dan observe, apa kita boleh siapkan untuk bantu bayi transisi dari alam rahim ke dunia luar dengan tenang. Macam mana kita nak siapkan diri kita sendiri secara fizikal untuk handle bayi with gentleness, siapkan diri mentally dan sebagainya.

Bagaimana nak support deria bayi seperti sentuhan, penglihatan dan sebagainya. Bagaimana nak bersabar dan beri masa bagi bayi adjust to the new world.

You, do you.

Buat sekadar mampu sebab Allah dah susun rezeki setiap kita, okay ibu. The most important preparation is you. Kita dewasa ini dalam menyantuni anak kecil yang baru lahir. And lastly, jangan lupa to be gentle to yourself okay.

Love,
As