KelabMama

PERLU KE AMBIL GAS ENTONOX BILA SAKIT BERSALIN?

Untuk pengetahuan mama, Entonox ini ialah sejenis gas penahan sakit yang biasanya diberikan kepada mama yang nak bersalin untuk bantu menahan sakit bersalin. Bagi mama yang dah berpengalaman mengambil gas Entonox semasa nak bersalin ni pasti tahu keberkesanannya. Bagi yang tak tahu, pasti mama tertanya-tanya apa yang terkandung dalam gas Entonox tu sehingga boleh kurangkan rasa sakit bersalin?

Menurut Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, gas Entonox ni adalah campuran nitrus oksida dan oksigen. Campuran gas ini tak akan hilangkan semua rasa sakit tapi dapat kurangkan rasa sakit tu. Kebanyakan mama nak suka gunakan Entonoxni sebab boleh kawal dan boleh digunakan bila-bila masa yang mamaperlukan.

CARA GUNA GAS ENTONOX

Cara gunanya mudah je. Mama akan bernafas menggunakan topeng muka yang dipegang oleh mama sendiri. Kalau papa ada, papa boleh pegangkan. Penggunaan gas ini mengambil masa 15-20 saat untuk berfungsi, maka mama boleh menyedut gas ini sebaik je sakit contraction nak mula. Lebih berkesan kalau mama sedut gas ni perlahan-lahan dan sedut dalam-dalam ye.

KELEBIHAN GUNA GAS ENTONOX

Bila sedut gas Entonox, ada mama dapat mengawal kesakitan yang dirasa ketika nak bersalin. Ia adalah pilihan yang paling mudah dan selamat serta tak berikan sebarang kesan pada bayi dalam kandungan. Dari segi kos pula ia lebih murah berbanding suntikan epiduraldan pethidine.

ADA KESAN SAMPINGAN TAK?

BERKESAN ATAU TAK

Ada yang berkesan dan ada juga yang tak berkesan. Sekiranya gas Entonoxni tak berkesan kepada mama, boleh cuba kaedah lain. Seeloknya bincang dengan doktor mama dulu alternatif lain yang sesuai dengan mama untuk mama menahan sakit bersalin.

TAK SEMUA HOSPITAL ADA GAS ENTONOX

Untuk pengetahuan mama, tak semua hospital sediakan gas Entonox ni. Mana yang ada mama boleh pakai, mana yang tak ada tu mama boleh cuba kaedah lain. Oksigen je tak berfungsi sebagai ubat tahan sakit tau. Campuran oksigen seperti yang mama Siti cakapkan tadi dalam bilik bersalin tu yang berfungsi untuk kurangkan rasa sakit bersalin.

Cara lain yang mama boleh cuba untuk kurangkan sakit bersalin CARA UNTUK KURANGKAN SAKIT BERSALIN ANDA

Kalau mama bercadang nak ambil gas Entonox semasa nak bersalin nanti lebih baik mama dapatkan nasihat doktor dulu ye. Terutama kepada mama yang ragu-ragu dengan keberkesanan gas Entonox ni. Mungkin next kehamilan mama Siti boleh cuba gas Entonox ni hehe. Semoga dipermudahkan urusan mama semua ye!

Semoga bermanfaat!