KelabMama

Mengapa Pentingnya Gangliosida Untuk Minda & Otak Anak Mama?

Mama, adakah Mama sedar bahawa apa yang Mama berikan kepada anak mempengaruhi perkembangan otak mereka? Ramai yang berfikir ia adalah tentang bagaimana otak mereka dirangsang, tetapi ia lebih daripada itu. Mama boleh melatih otak anak Mama dengan melibatkan mereka dalam permainan memori, pretend play dan menghantar mereka ke kelas-kelas yang membantu merangsang minda mereka—walau bagaimanapun, tanpa Mama sedari, Mama juga memainkan peranan yang penting secara langsung dan tak langsung dalam menggalakkan perkembangan otak anak Mama sepanjang proses perkembangan mereka.

Sebelum Mama Siti kongsikan cara terbaik yang Mama boleh gunakan untuk menggalakkan perkembangan otak si manja Mama, Mama harus terlebih dahulu memahami apakah yang sedang berlaku dalam otak kanak-kanak. 

Bagaimana Hubungan Sel-sel Otak Berfungsi

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Otak kebanyakannya terdiri daripada neuron (sel-sel otak) yang berhubung antara satu sama lain dengan menghantar mesej ke dan dari bahagian otak yang berlainan—sama seperti bagaimana sebuah radio berfungsi. Mesej akan dihantar dari satu medium ke seterusnya apabila ia menghantar impuls melalui gentian sarafnya, yang juga dikenali sebagai akson.

Sekarang, cuba Mama ingat balik apabila Mama mula-mula mendapat radio, Mama perlu menyesuaikannya dengan frekuensi yang betul sebelum mendapat sebarang isyarat penghantaran, bukan?

Samalah juga dengan otak kanak-kanak. 

Setiap orang mempunyai ~100 bilion sel-sel otak, tetapi tidak semuanya berhubung (Ozar, 2012). Apabila kita menyebut ‘perkembangan otak, ia juga sebenarnya termasuk menghubungkan sel-sel otak ini supaya sesuatu mesej tersebut cepat dihantar dari satu sel otak ke sel otak seterusnya.

Otak kanak-kanak kecil mencetuskan lebih daripada satu juta hubungan sel-sel otak setiap saat. Hubungan sel-sel otak ini terus terbina dan dibentuk sepanjang zaman kanak-kanak untuk memori dan pembelajaran mereka berlaku. Pada usia tiga tahun, 1,000 trilion hubungan sel-sel otak telah terbentuk dan ia adalah dua kali ganda lebih banyak daripada hubungan sel-sel otak pada orang dewasa. Lebih kuat dan lebih banyak hubungan sel-sel otak, lebih cepat pembelajaran berlaku dan ingatan terbentuk.

Memperkenalkan Gangliosida (GA®)

Gangliosida ialah alat komunikasi antara sinaps (tapak hubungan komunikasi antara sel-sel otak). Mereka membantu dalam perkembangan dan penstabilan litar neuron dan hubungan yang merupakan asas untuk ingatan dan pembelajaran yang lebih baik (Palmano, Rowan, McJarrow et al., 2015).

Bayangkan, otak tanpa booster gangliosida adalah seperti telefon talian tetap—masih ada komunikasi, cuma tidak cekap dan jelas. Dengan gangliosida yang mencukupi dalam otak untuk menyokong komunikasi antara neuron, rasanya seperti Mama menggunakan telefon pintar untuk berkomunikasi dengan orang lain—di mana ini adalah lebih baik!

Sistem Saraf Pusat

Gangliosida adalah penting untuk pematangan dan penyelenggaraan sistem saraf pusat (CNS). CNS terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Ia seperti lampu isyarat, membenarkan beberapa proses berlaku dan menghentikan yang lain (Sipione, Monyror, Galleguillos, et al., 2020).

CNS, yang mengawal fungsi rumit seperti pergerakan, kognisi dan ingatan, oleh itu dianggap sebagai tunjang utama badan kita (Sipione, Monyror, Galleguillos, et al., 2020). Selain itu, ia adalah penting untuk fungsi badan seperti bernafas, blushing dan kelip mata yang berlaku secara automatik. CNS juga memainkan peranan dalam pemikiran, ingatan, pembelajaran dan emosi seseorang.

Gangliosida (GA®) bertindak seperti pengawal peribadi untuk membenarkan apa yang diperlukan masuk ke dalam sel. Mereka melakukan ini dengan memodulasi tindakan protein membran plasma dan pengecaman molekul pada permukaan sel. Ini sangat penting kerana ia boleh mengecam patogen (secara meluas) dan menutup pintunya terhadap patogen dan toksin mikrob kerana ia mahir dalam pengecaman sel-ke-sel (Lopez & Schnaar, 2009).

Memori yang Lebih Baik

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Satu lagi perkara penting tentang Gangliosida (GA®) ialah ia meningkatkan tahap penyimpanan memori. Kita mesti ingat bahawa ingatan atau memori mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar kepada kita, tetapi di dalam otak, ia bergantung kepada interaksi antara gangliosida otak, kalsium dan protein membran fungsian. Molekul-molekul kecil ini memainkan peranan modulasi yang penting kerana ia menghantar dan menyimpan maklumat sesuatu memori (Palmano, Rowan, McJarrow et al., 2015).

Para saintis telah lama ingin mengetahui molekul apa yang sebenarnya menyimpan kenangan kita, dan mereka semakin dekat dengan jawapan semasa Mama Siti menulis ini—tetapi mari kita fokuskan tentang apa yang mereka tahu sekarang.

Sel-sel otak, seperti yang dinyatakan di atas, sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain melalui sinaps. Oleh itu, pengukuhan hubungan ini adalah salah satu ciri pembentukan ingatan. (Hernandez, 2017).

Tingkah Laku Yang Lebih Baik

Apabila dunia perlahan-lahan kembali ke kehidupan normal, kanak-kanak perlu mengejar IQ, EQ dan SQ mereka. Dan salah satu cara yang paling penting ialah dengan memberikan mereka Gangliosida (GA®). Kita tahu bahawa DHA sangat terkenal untuk perkembangan otak, tetapi Gangliosida (GA®) juga sama pentingnya!

Berdasarkan sebuah kajian di kalangan kanak-kanak yang sihat yang menilai gaya tingkah laku mereka selepas mengambil 200ml susu yang diperkayakan dengan Membran Globul Lemak Susu (Milk Fat Globule Membrane), sejenis sumber gangliosida yang baik setiap hari sepanjang empat bulan, mereka mendapati bahawa ia membawa kepada regulasi tingkah laku yang lebih baik, menurut analisis per-protokol (Veereman-Wauters, Staelens, Rombaut, et al., 2012).

Apabila kanak-kanak prasekolah dapat mengawal emosi dan tingkah laku mereka dengan lebih baik, minda mereka lebih kondusif untuk menyerap maklumat yang diajar oleh guru mereka. Ini membawa kepada literasi awal, perbendaharaan kata dan kemahiran matematik yang lebih baik. Itu adalah satu pencapaian ke hadapan dalam akademik mereka.

Masa Depan Dengan Gangliosida (GA®)

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Hubungan sel-sel otak terus dibina dan dibentuk sepanjang zaman kanak-kanak untuk ingatan dan pembelajaran berlaku. Dari umur satu hingga enam tahun, kanak-kanak belajar dan mengasah kemahiran motor dan perkembangan emosi dan sosial mereka.

Selaras dengan ini, Anmum ESSENTIAL membekalkan Gangliosida (GA®) dalam setiap pek yang Mama beli. Ia dirumus secara saintifik dengan Gangliosida-DHA. Seperti yang kita sedia maklum, menyokong keperluan pemakanan kanak-kanak adalah sangat penting dalam membantu pertumbuhan kognitif pada tahun-tahun penting mereka yang menjangkau umur satu hingga enam tahun (Nyaradi et al., 2013).

Kuasakan Hubungan Sel-sel Otak Anak Mama Sekarang

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Anmum ESSENTIAL ingin bekerjasama dengan ibu bapa untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Adalah penting bagi ibu bapa di luar sana untuk menyediakan pemakanan yang betul untuk menyokong perkembangan otak anak-anak mereka dan dilengkapi dengan pengetahuan berkaitan dengan kebaikan Gangliosida dan DHA terhadap perkembangan otak dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Dapatkan sampel Anmum ESSENTIAL di www.anmum.com/my atau dapatkan saiz penuh Anmum ESSENTIAL di Motherhood.com.my.

Rujukan:

Hernandez, A. R. (2019, August 14). Can we understand memories at the molecular level? Cold Spring Harbor Laboratory. Retrieved August 11, 2022, from https://www.cshl.edu/labdish/can-we-understand-memories-at-the-molecular-level/

Lopez, P. H. H., & Schnaar, R. L. (2009, October). Gangliosides in cell recognition and membrane protein regulation. Current opinion in structural biology. Retrieved August 10, 2022, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2763983/

Nyaradi, A., Li, J., Hickling, S., Foster, J., & Oddy, W. H. (2013, March 26). The role of nutrition in children’s neurocognitive development, from pregnancy through childhood. Frontiers in human neuroscience. Retrieved August 22, 2022, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3607807/

Palmano, K., Rowan, A., Guillermo, R., Guan, J., & McJarrow, P. (2015, May 22). The role of gangliosides in Neurodevelopment. Nutrients. Retrieved August 10, 2022, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4446785/?report=reader

Schnaar, R. L. (2010, May 3). Brain gangliosides in axon-myelin stability and axon regeneration. FEBS letters. Retrieved August 10, 2022, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2856809/

Sipione, S., Monyror, J., Galleguillos, D., Steinberg, N., & Kadam, V. (2020, October 6). Gangliosides in the brain: Physiology, pathophysiology and therapeutic applications. Frontiers. Retrieved August 10, 2022, from https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fnins.2020.572965/full

Veereman-Wauters, G., Staelens, S., Rombaut, R., Dewettinck, K., Deboutte, D., Brummer, R.-J., Boone, M., & Le Ruyet, P. (2012, July). Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition (Burbank, Los Angeles County, Calif.). Retrieved August 11, 2022, from https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.