KelabMama

PENGORBANAN SEORANG BAPA: JALAN KAKI CARI 2 ORANG ANAK YANG HILANG DIPERCAYAI DIJADIKAN PENGEMIS

Jom sama-sama bantu saudara kita ini. Semoga beliau dapat berjumpa kembali anak-anak kesayangannya yang hilang dan tabah menerima dugaan daripadaNYA. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

—————————————————————————

Petang tadi dalam jam 5.30 ptg aku singgah solat Asar sekejap di Stesen Petronas Bukit Tinggi, Klang. Selesai je solat ada sorg lelaki bertanya dekat ak sblm dye menunaikan solat.

Lelaki Pasrah: Bang, nak tanya ckit…dari sini ke Shah Alam jauh tak?

Aku: Hmmmm xjauh sgt…dekat je…nk g seksyen brpe?

Lelaki Pasrah: Saya nk pergi Seksyen 18.

Aku: Ooohhh xjauh sgt, ikut KESAS dekat je…abg naik ap nk ke sana?

Lelaki Pasrah: Jln kaki je bang.

Aku: Glurrppppp (konfius jap, betol ke dye ni…ak pn tgk ats bwh org ni mmg nmpk agk sesak n serabut je rupa sbb berpeluh byk)…buat ap bang g sana?

Lelaki Pasrah: Saya nk cari ank sy bang, ank sy hilang dh lama dh….sy dr Banting td…ni br sampi sini…solat jap…pasni nk ke Shah Alam cari ank sy. (Sambil hulur gambar keratan akhbar)

Aku: (lg pelik ak)…cmne bleh hilang bang?

Lelaki Pasrah: Ank sy kne culik bang…dh lme dh diorg ni hilang…ad gmbr sy n ank2 dlm fb n leh google psl ank sy hilang ni…diorg hilang masa g kedai…alhamdulillah sorg dh jumpa ank perempuan sy. Ad org jmp di Perak tgh jd pengemis. Bini sy plak skg dh tak betul, skg ad kt Hospital Cheras. Dye mula2 murung masa ank sy hilang tu…pastu trus jd xbetul.

Aku: Allahuakbar…kesiannya bang…(sungguh besar ujianmu wahai saudara…hilang org tersayang & hilang bini disebabkan sudah tidak waras)…abz tu abg nk ke sana cmne ni?

Lelaki Pasrah: Sy jln kaki je bang (sambil tunjuk gambar2 yg ad)…ni gmbr sy ngn ank kecik skali…sy ad 4 org ank…yg no.3 & last ad ngn sy…termasuk yg br jmp tu 3 org…tggal sorg je lg belum jmp…blkg ni rumah sy…sy dh jual kn dh sbb nk tanggung perbelanjaan…lgpn sy xkeje dh sbb nk cari ank sy.

Aku: Ya Allah…teruknya bang…bersabar yea bang….byk kn berdoa…semoga dlm bln puasa ni abg dpt ketemu semula ank abg lg sorg tu yea…ni sy beri sedikit duit utk abg belanja buat tambang n makan yea.

Lelaki Pasrah: Terima kasih bang.

**ni kisah benar…sy pn br perasan tgk dlm google psl ank2 kpd lelaki pasrah ni hilang. Jagalah ank2 kecil kita sebaik mungkin…jgn biarkan mereka bersendirian…jgn biarkan mereka merayau xtentu hala…lg 1 kalo kte rse kte dh ssh, ad org lg ssh n besar ujiannya.

Lelaki ni cari ank dye dr tahun 2013…dh 4 tahun mencari…sama2 kita bantu dye dgn memantau ank2 yg tgh mengemis di pasar2, kedai2 mkn & sekitar jlnan.

Kredit: FB Nas Cilo

——————————————————————–

Ini kisah beliau yang pernah dipaparkan dalam Harian Metro (Tahun2013)

Bagaikan coretan diari duka, hidup seorang lelaki menjadi tidak keruan sejak 13 Jun lalu  apabila dua anaknya iaitu Nordiana berusia 10 dan Shafiz 8 tahun hilang secara tiba-tiba. Nordiana dan Shafiz dilaporkan hilang selepas mengunjungi sebuah kedai serbaneka bersebelahan hotel penginapan mereka di Jalan Ipoh Kuala Lumpur .Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentul.

Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34 selama hampir dua bulan. Normaliza mengalami tekanan perasaan dan kemurungan akibat kehilangan Nordiana dan Shafiz.

Sejak tarikh itu Muhammad Shah dan tiga orang lagi anak kecilnya hidup merempat di sekitar Kuala Lumpur dalam usaha mencari Nordiana dan Shafiz. Malang datang bertimpa-timpa apabila anak keduanya Shariz hilang dalam operasi mencari Nordiana dan Shafiz di Chow Kit sejak dua bulan yang lalu.

Episod sedih kehidupan juru elektrik itu bermula apabila dia, isteri dan lima anak mereka Nordiana Shafiza, 10; Muhammad Shariz Denial, 9; Muhammad Shafiz Denial, 8; Muhammad Aiman Denial, 2 dan anak bongsunya berusia tujuh bulan, Muhammad Alif Denial berkunjung ke ibu kota dari Johor Bahru kerana urusan menguruskan pertukaran nama bapa pada surat beranak tiga anak pertamanya.

Ini berikutan Nordiana, Shariz dan Shafiz  berbin dan berbintikan Abdullah kerana Muhammad Shah sebelum itu tidak mempunyai kad pengenalan (MyKad) disebabkan dia dibesarkan di rumah anak yatim serta tidak pernah mengenali siapa ibu bapa dan keluarganya. Bagi menyelesaikan masalah itu, dia membawa keluarganya ke ibu kota dan menjangkakan dapat menyelesaikan urusan berkenaan selewat-lewatnya dalam tempoh empat hari.

 

Sumber : Harian Metro  (2013)