KelabMama

Bagaimana Pengambilan Gula Yang Tinggi Boleh Mempengaruhi Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Terdapat kepercayaan kuat di kalangan Mama, terutamanya dalam media sosial, bahawa pengambilan gula yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan mereka hiperaktif dan kurang selera makan.

Apa itu hiperaktif?

Hiperaktif bermaksud peningkatan dalam pergerakan, tindakan impulsif dan mudah terganggu. Gula yang ditapis (diproses) mungkin mempunyai kesan ke atas aktiviti kanak-kanak. Gula dan karbohidrat yang telah diproses memasuki aliran darah dengan cepat. Apabila ini berlaku, ia boleh menyebabkan perubahan yang cepat dalam paras gula darah dan menjadikan kanak-kanak kelihatan ‘ekstra aktif’.

Macam familiar tak hal ini dengan anak-anak Mama? 

Sama ada ya atau tidak, terdapat satu lagi perkara yang Mama harus peka tentang pengambilan gula tambahan kepada kanak-kanak. 

Adakah Mama tahu bahawa pengambilan gula yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak mempunyai kesan jangka panjang yang lebih buruk?

Gula boleh menjejaskan perkembangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Ya, betul Mama, dan untuk mengetahui sebabnya, Mama harus teruskan pembacaan.  

Pengambilan Minuman Bergula (Sugar-Sweetened Beverage (SBB)) dalam Kuantiti Yang Banyak 

Minuman bergula, juga dikenali sebagai SSB boleh didapati di mana-mana sahaja. Ia datang dalam satu set apabila Mama memesan di kedai makanan segera yang terkenal, ia juga terkandung dalam minuman jus kotak dan minuman ringan—minuman kegemaran kanak-kanak kecil dan kanak-kanak prasekolah. 

Mama Siti pasti anak-anak Mama juga menggemari minuman-minuman ini. Bukankah mereka sangat sukakan makanan dan minuman manis? Sweet tooth la katakan. 

Menurut kajian tentang pengambilan minuman manis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah Malaysia berumur 3 hingga 6 tahun, sebahagian besar kanak-kanak prasekolah di Malaysia didapati mengambil SSB setiap minggu (Foo et al, 2020).

Kajian itu melibatkan 590 orang kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu dan Cina, terdiri daripada 317 lelaki dan 273 perempuan. Daripada jumlah itu, hampir 54% daripada mereka dilaporkan mengambil SSB setiap minggu, corak yang serupa dengan negara seperti Amerika Syarikat yang mendokumenkan pengambilan gula yang tinggi.

SSB merangkumi minuman yang mungkin kelihatan sebagai pilihan yang baik untuk pengguna seperti minuman tenaga, minuman malt, dan juga minuman berasaskan susu! Selain SSB, terdapat juga makanan manis kegemaran mereka. Contohnya donat, biskut, ais krim, kek dan waffle– semuanya mengandungi banyak gula.

Jadi cuba Mama bayangkan seketika—jika mereka sudah makan makanan sarat gula yang kadangkala sukar dikawal, ibu bapa juga mungkin tanpa sedar sebenarnya sedang menambah lebih banyak gula apabila kita menawarkan SSB kepada mereka. 

Bahaya tau Mama!

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Kesan Pengambilan Gula Yang Tinggi 

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Diet tinggi gula telah terbukti boleh menjejaskan pembelajaran dan ingatan.

Dan dalam masyarakat yang memberi banyak penekanan kepada pendidikan, ini adalah satu berita kurang baik.

Kajian manusia mengenai pengambilan lemak dan gula yang tinggi menunjukkan bukti bahawa ia menjejaskan pembelajaran dan ingatan yang bergantung kepada hipokampal dan meningkatkan pergantungan kepada makanan tinggi gula (Attuquayefio et al, 2016).

Sebelum Mama pening dengan jargon sains ini, mari belajar sedikit tentang biologi otak: Manusia mempunyai dua hipokampi, yang terletak pada setiap sisi otak. Bersama-sama, mereka dipanggil hipokampus. Ia menyatukan maklumat daripada ingatan jangka pendek kepada jangka panjang.

Satu kajian menunjukkan bahawa gula mengurangkan proses ini yang dipanggil hippocampal neurogenesis, yang penting untuk meminimumkan gangguan dalam penggabungan maklumat dan ingatan dalam kedua-dua lobus tersebut. (Beecher et al, 2021)

Pernahkah Mama menghadapi situasi di mana seseorang mengganggu rantai pemikiran Mama dan kemudian Mama terlupa apakah yang difikirkan sebelum gangguan tersebut? 

Gula adalah seperti itu, dimana ia mengganggu proses penyimpanan maklumat di dalam otak. 

Dengan lebih banyak gula, datang lebih banyak gangguan yang boleh menjejaskan daya ingatan. Oleh itu, bentuk pembelajaran dan ingatan yang bergantung kepada hipokampal amat berisiko terhadap kesan buruk diet tinggi lemak dan gula. Kajian awal pertama kali dikenal pasti adalah pada tikus (Molteni et al, 2002) tetapi sejak itu telah terbukti digunakan untuk manusia (Attuquayefio et al, 2016).

Oleh itu, kurangkan pengambilan gula untuk mengelakkan kemungkinan kesan buruk pada ingatan dan pembelajaran. 

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Pendawaian Semula Otak untuk Perkembangan Anak-anak 

Jika sesetengah daripada Mama bimbang bahawa anak Mama mungkin mengambil terlalu banyak gula daripada yang Mama selesa, Mama masih boleh membuat perubahan sebelum terlambat. 

Yang paling penting ialah dengan mengeluarkan makanan yang tinggi gula daripada diet anak Mama. Satu kajian menunjukkan bahawa asid lemak berantai panjang omega-3, asid Dokosaheksanoik (DHA) boleh meningkatkan fungsi otak pada kanak-kanak (Kuratko et al, 2013).

Satu lagi nutrien yang boleh membantu ialah Gangliosida (GA®).

Buat pengetahuan Mama, Gangliosida (GA®) membantu membentuk hubungan sel-sel otak untuk pembelajaran dan pembentukan memori dan ia sama penting dengan asid Dokosaheksanoik (DHA), asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan otak semasa peringkat awal kanak-kanak (Palmano et al., 2015).

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Menurut Xu & Zhu, 2005, seperti yang dipetik dalam kajian oleh Palmano et al., 2015, rawatan gangliosida secara oral membantu simptom neurologi yang berkaitan dengan cerebral palsy, khususnya ketegangan otot, fungsi anggota badan, keupayaan bahasa dan kecerdasan. Peningkatan yang lebih pantas dapat diperhatikan pada kanak-kanak kecil sehingga tiga tahun (Palmano et al, 2015).

Di Mana Mama Boleh Mendapatkan Gangliosida (GA®)?

Membran Globul Lemak Susu (MFGM) mengandungi Gangliosida (GA®) ini dan fosfolipid (Lee et al, 2018).

Menurut satu kajian yang dijalankan di Malaysia, produk susu untuk kanak-kanak yang sedang membesar adalah penyumbang utama kepada pengambilan gangliosida dalam kalangan kanak-kanak di negara ini. Kuantiti gangliosida yang lebih kecil diambil daripada sumber pemakanan lain seperti ayam, kuning telur dan ikan (Khor et al, 2016).

Itulah sebabnya penting untuk memilih susu untuk kanak-kanak yang sedang membesar yang tidak mengandungi gula tambahan, tetapi mengandungi MFGM+Gangliosida (GA®).

Jadi, adakah itu bermakna bahawa susu apa sahaja memberikan kesan yang sama? 

Um, tidak juga Mama. 

Ambil perhatian – WHO mengesyorkan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian, bukan hanya dalam susu.

Pada mulanya, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kandungan gula mengikut label pemakanan. Walau bagaimanapun, maklumat itu tidak dilabelkan sebagai ‘gula’, ‘bebas gula’ atau sebarang bentuk ‘monosakarida’ atau ‘disakarida’. Sebaliknya, istilah seperti ‘karbohidrat’, ‘gula’, ‘serat’ dan ‘kanji’ telah digunakan (Bakri et al, 2019).

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Oleh itu, tiada sukrosa tambahan tidak bermakna tiada gula tambahan kerana ia boleh wujud dalam bentuk lain seperti Laktosa (jika terdapat dalam senarai bahan-bahan), Pepejal Sirap Jagung, Pepejal Sirap Glukosa dan Dekstrosa.

Jadi, bayangkan jika mereka mengambil makanan harian yang mengandungi nasi (yang juga mempunyai gula) dan lobak merah (juga dengan sedikit gula), kemudian apabila tiba masa untuk makanan ringan mereka mempunyai satu atau dua biskut, dan kemudian susu dengan gula tambahan – oh tidak, badan mereka akan mengalami kelebihan gula!

Oleh itu, apabila memilih susu, pastikan paras gula jauh lebih rendah daripada pengambilan gula yang disyorkan oleh WHO, kerana dengan makanan harian anak Mama, pengambilan gula mereka mungkin melebihi 10% daripada jumlah cadangan harian.

Perkara-perkara Penting dalam Anmum ESSENTIAL

Pada masa ini, Anmum ESSENTIAL ialah satu-satunya jenama^ dengan MFGM-Gangliosida-DHA Tanpa Gula Tambahan** di Malaysia.

Ia juga dirumus secara saintifik dengan Prebiotik (Inulin) dan 15 nutrien penting seperti tinggi Kalsium, tinggi Protein, Zink dan Vitamin D untuk membantu menyokong keperluan nutrisi kanak-kanak yang sedang membesar.

Kredit gambar: Anmum ESSENTIAL

Walaupun Anmum ESSENTIAL ialah jenama terkenal di Malaysia, ramai ibu baru tidak mengetahui manfaat yang akan diperolehi oleh seorang anak. Dibuat dengan susu tepung dari New Zealand dan disokong oleh 90+ tahun penyelidikan di pusat R&D Fonterra New Zealand, Anmum ESSENTIAL dirumus secara saintifik untuk membantu menyokong keperluan pemakanan kanak-kanak yang sedang membesar berumur satu hingga enam tahun.

Anmum ESSENTIAL sangat menitikberatkan dalam menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Dapatkan sampel Anmum ESSENTIAL di www.anmum.com/my atau dapatkan sampel bersaiz penuh di Motherhood.com.my hari ini!

Penafian:
*GA® merujuk kepada Gangliosida
^Merujuk kepada label produk bagi jenama utama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.
** Sukrosa, Pepejal Sirap Glukosa, Pepejal Sirap Jagung, Gula Perang, Dekstrosa, Laktosa, Fruktosa, Madu dan Gula Putih ditakrifkan sebagai ‘gula’ dan ‘gula tambahan’ di bawah Piawaian Codex 212-1999 dan CAC/GL23-1997. CODEX merangka garis panduan piawaian antarabangsa yang selaras dan kod amalan. Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan Malaysia 1985, Sukrosa, Gula Perang, Dekstrosa, Glukosa, Fruktosa, Madu adalah ditakrifkan sebagai bahan-bahan pemanis.

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.

Rujukan:

Foo, L. H., Lee, Y. H., Suhaida, C. Y., & Hills, A. P. (2020). Correlates of sugar-sweetened beverage consumption of Malaysian preschoolers aged 3 to 6 years. BMC Public Health, 20,552. https://doi.org/10.1186/s12889-020-08461-7

Attuquayefio, T., Stevenson, R. J., Boakes, R. A., Oaten, M. J., & Yeomans, M. R. (2016). A high-fat high-sugar diet predicts poorer Hippocampal-Related Memory and a Reduced Ability to Suppress Wanting Under Satiety. Journal of Experimental Psychology: Animal Learning and Cognition, 42(4), 415-428. http://dx.doi.org/10.1037/xan0000118

Beecher, K., Alvarez Cooper, I., Wang, J., Walters, S. B., Chehrehasa, F., Bartlett, S. E., & Belmer, A. (2021). Long-term overconsumption of sugar starting at adolescence produces persistent hyperactivity and neurocognitive deficits in adulthood. Frontiers in Neuroscience15. https://doi.org/10.3389/fnins.2021.670430

Molteni, R., Barnard, R. J., Ying, Z., Roberts, C. K., & Gómez-Pinilla, F. (2002). A high-fat, refined sugar diet reduces hippocampal brain-derived neurotrophic factor, neuronal plasticity, and learning. Neuroscience, 112(4), 803-814. http://doi.org/10.1016/S0306-4522(02)00123-9

Beilharz, J. E., Maniam, J., & Morris, M. J. (2015). DIET-induced cognitive deficits: The role of fat and sugar, potential mechanisms and nutritional interventions. Nutrients, 7(8), 6719–6738. https://dx.doi.org/10.3390%2Fnu7085307

Kuratko, C. N., Barrett, E. C., Nelson, E. B., & Salem, N. (2013). The relationship of docosahexaenoic acid (DHA) with learning and behavior in Healthy Children: A Review. Nutrients, 5(7), 2777–2810. https://doi.org/10.3390/nu5072777

Palmano, K., Rowan, A., Guillermo, R., Guan, J., & McJarrow, P. (2015). The role of gangliosides in Neurodevelopment. Nutrients, 7(5), 3891–3913. https://dx.doi.org/10.3390%2Fnu7053891

Wolraich, M. L. (1995). The effect of sugar on behavior or cognition in children. JAMA, 274(20), 1617-1621. https://doi.org/10.1001/jama.1995.03530200053037

Lee, H., Padhi, E., Hasegawa, Y., Larke, J., Parenti, M., Wang, A., Hernell, O., Lönnerdal, B. & Slupsky, C. (2018). Compositional Dynamics of the Milk Fat Globule and Its Role in Infant Development. Frontiersin. https://doi.org/10.3389/fped.2018.00313

Khor, G. L., Shyam, S., Misra, S., Fong, B., Chong, M. H. Z., Sulaiman, N., Lee, Y. L., Cannan, R., & Rowan, A. (2016). Correlation between dietary intake and serum ganglioside concentrations: a cross-sectional study among Malaysian toddlers. BMC Nutr, (2)74. https://doi.org/10.1186/s40795-016-0113-3

Nazahiah Bakri, N., Nadzri Mohamad, A., Nur Amalina Rashid, I., Faiza Abdul Rahman, F., Rasdi, Z. R., Faezah Md Bohari, N., & Mohd Radzia, A. (2019). Determination of sugar types and content in formulated milk of infants and children in Malaysia. Malaysian Journal of Fundamental and Applied Sciences, 15(5), 695-698. https://mjfas.utm.my/index.php/mjfas/article/view/1495/pdf