KelabMama

Pengalaman Guna IUCD Selama 3 Tahun Untuk Menjarakkan Kehamilan

Untuk menjarakkan kehamilan tak semestinya dengan pengambilan ubat. Ada beberapa lagi kaedah lain untuk merancang atau menjarakkan kehamilan antaranya IUCD iaitu Intra Uterine Contraceptive Device. Pasti ada yang tertanya-tanya apa IUCD ni kan? Jom kita ikuti pengalaman guna IUCD ni selama 3 tahun.

INTRA UTERINE CONTRACEPTIVE DEVICE (IUCD)

Thanks IUCD atas khidmat bakti selama 3 tahun yang berjaya !!!
Alhamdullillah berjaya family planning dengan IUCD ni..pasang free je dekat KK Senawang masa hari ke 20 selepas Mikhail lahir..painless okay
Harini genap 3 tahun pakai IUCD ni, so tiba masanya dikeluarkan..sebenarnya kena set appointment dan jumpa doktor sebelum keluarkan benda ni,tapi saya terjah aje KK, daftar dan terus jumpa doktor, memang plan datang masa tengah period sebab memang kena keluarkan masa tengah period ,doktor kata okay boleh keluarkan hari ni juga, so saya setuju jeΒ ..mula mula memang seram juga sebab dah 3 tahun kan, tapi totally tak sakit tambah doktor KK yang keluarkan bagus dan beritahu every step sebelum dan masa dia keluarkan IUCD tu..cuma rasa sedikit tak selesa aje…dan paling terkejut ambil masa kurang daripada 6 minit saya rasa

Bagus untuk jarakkan kehamilan

IUCD ni bagus untuk ibu-ibu yang hendak menjarakkan anak tanpa ada hormon yang boleh kacau kitaran period kita..dan ada ibu ibu yang tak boleh makan pil perancang atas sebab kesihatan, so kaedah ni boleh digunakan..cuma adalah few side effects macam period heavy sikit dan duration panjang sikit daripada biasa..dan kena selalu check benang masa period, selepas period dan selepas β€˜bersama’..

Merancang keluarga sangat perlu untuk sesebuah keluarga atas sebab untuk kestabilan ekonomi keluarga, kesihatan fizikal dan mental emosi para ibu..para suami pun kenalah faham dan belajar tentang family planning ni dan janganlah pentingkan diri sendiri ye..thanks to my husband Redzuan Suratmin sebab faham keadaan kesihatan wife u dan bagi keizinan untuk pasang IUCD ni
Tapi, kalau dah amalkan family planning tapi still mengandung tu kita memang tak boleh nak menidakkan kuasa Yang Esa kan?

Addition: Ramai yang tgk seram kan takut lah kan,bagi saya, saya lagi takut kalau baru bersalin, tambah dengan luka caesarean masih baru kurang daripada 2 tahun lepas tu mengandung lagi sebab takut pada alatan perancang keluarga.. tu lagi seram dan takut dan setiap kaedah merancang mesti ada kelebihan dan keburukan sebab manusia yang cipta mestilah tak boleh tanding kuasa Maha Pencipta..

Sumber : Himawari Chan

BACA JUGA KAEDAH IMPLANON MENJARAKKAN KEHAMILAN UNTUK WANITA

Pesan Mama Siti

Mama Siti tengok alatnya pun dah seram sejuk rasa huhu. Kita memang tak akan dipaksa untuk ambil tapi kalau rasa tak konfiden dengan diri sendiri, kalau rasa takut β€˜terjadi’ makanya dengan redha hati lah ambil kaedah menjarakkan kehamilan ni ye πŸ™‚