KelabMama

Penduduk 3 Negeri Ini Dah Boleh Buat Ujian HPV DNA Di Klinik Kesihatan!

Ramai sangat yang bagitau Mama Siti, takutnya nak buat ujian pap smear. Mana taknya dia guna alat spekulum yang rupanya macam ‘muncung itik’. Katanya, tak selesa, malu dengan doktor atau jururawat yang buat pemeriksaan. Tapi sekarang Mama Siti nak bagitahu, kita dah ada kaedah baru. Kaedah HPV DNA!

Kaedah HPV DNA membolehkan mama untuk buat ujian saringan kanser serviks secara sendiri dengan mudah dan cepat di klinik kesihatan kerajaan, seperti yang diwar-warkan oleh Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor, Pakar Ginekologi Onkologi menerusi posting beliau di Medical Mythbuster Malaysia. Hmm, dah tak perlu malu-malu lagi dah!

Menurut beliau, ujian saringan ni kini telah ditawarkan di Klinik Kesihatan di 3 negeri terawal iaitu Wilayah Persekutuan, Kedah dan Kelantan; dan ia bakal dikembangkan ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat ni.

Berbeza dengan pap smear, kaedah ujian HPV DNA tidak menyakitkan kerana pengambilan tisu melibatkan di kawasan permukaan sahaja.

Ikuti penerangan penuh beliau di bawah ni.

Saringan kanser serviks (pangkal rahim) dengan Ujian DNA HPV

Kerajaan sedang memulakan fasa 1 program saringan kanser serviks di 3 buah negeri di Semenanjung Malaysia menggunakan kaedah baru iaitu ujian DNA HPV.

Tiga buah negeri tersebut adalah KEDAH, KELANTAN dan WILAYAH PERSEKUTUAN.

Wanita-wanita yang layak melakukan ujian ini adalah mereka yang:

*Wanita yang berusia kurang dari 30 tahun dan lebih dari 49 tahun, boleh meneruskan ujian pap smear kerana pada usia ini, pap smear mempunyai kelebihan.

Cara Ujian HPV DNA dilakukan

Ujian HPV DNA ini jauh lebih mudah dan lebih cekap daripada ujian PAP SMEAR khususnya ke atas kumpulan sasaran.

Sampel yang diambil adalah daripada kawasan dalam faraj dan akan dihantar ke makmal untuk ujian kehadiran DNA Virus HPV.

Jika anda tidak yakin, ianya juga boleh dilakukan oleh kakitangan perubatan.

Wanita akan dibekalkan dengan kit ujian dan mereka boleh mengambil sampel sendiri di kawasan tertutup dengan lebih privasi.

Kini ditawarkan di Klinik Kesihatan Wilayah Persekutuan, Kedah & Kelantan

Ujian ini sudah boleh dilakukan SEKARANG di mana-mana KLINIK KESIHATAN terdekat dengan anda di TIGA negeri-negeri yang tersebut di atas.

Tujuan utama saringan ini adalah untuk mencegah kanser serviks (pangkal rahim).

Pemeriksaan HPV DNA disyorkan kepada wanita berusia 30 tahun ke atas dan boleh dilakukan di mana-mana klinik kesihatan terdekat.

Bakal dikembangkan di negeri-negeri lain

Program ini akan dikembangkan kepada fasa seterusnya di negeri-negeri lain tidak lama lagi.

Program yang kerajaan jalankan ini hanya tertumpu kepada sasaran strategik wanita berusia 30-49 tahun.

KEPADA WANITA-WANITA YANG LAYAK, JANGAN LEPASKAN PELUANG TERBAIK INI UNTUK MENCEGAH KANSER SERVIKS.

TOLONG SHARE MAKLUMAT INI KEPADA AHLI KELUARGA, JIRAN DAN RAKAN-RAKAN ANDA.

Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Ginekologi Onkologi
6hb Sep 2019

Sumber: Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor via Medical Mythbuster Malaysia

BACA JUGA UJIAN PAP SMEAR TERBARU, KINI TIADA LAGI ‘MUNCUNG ITIK’

Pesanan Mama Siti:

Hmm, mama dah tak ada alasan untuk tak buat pemeriksaan kanser serviks dah! Bukan saja prosedur dia mudah, sekarang mama dah boleh buat pemeriksaan ni dekat klinik kesihatan yang terdekat. Especially 3 negeri yang Dr. Mohd Rushdan mention tadi. Mama kena ingat yang kita buat semua ini untuk pastikan kesihatan kita terjamin. Jadi yang mana tak buat lagi tu, boleh cepat-cepat buat pemeriksaan sekarang!