KelabMama

“Buat Pemeriksaan Mamogram!” Pesan Selebriti Chef, Chef Wan Pada Semua Mama Diluar Sana

Di media sosial Instagram, Chef Wan muat naik perkembangan kanser payudara ibunya yang sedang dirawat di hospital. Beliau menceritakan bertapa peritnya ibu yang yang berumur 90 tahun, masih bertarung nyawa dengan kanser. Mereka membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan berisiko itu. Selepas pembedahan ibu Chef Wan, Puan Seri kembali dalam perjalanan untuk pemulihannya.

Chef Wan turut mengingatkan warga wanita untuk membuat pemeriksaan mamogram sebelum terlambat dan dapatkan pendapat kedua dari pakar-pakar perubatan.

Kredit gambar: Instagram Chef Wan

Simptom: Mengesan Barah Payudara

Bagaimana nak kesan kanser payudara awal sebelum kita terlambat Mama? Jom tengok simptom-simptomnya. Menurut NHS UK, simptomnya adalah berikut:

Jika Mama ada simptom-simptom ini, segera buat temujanji jumpa dengan doktor anda!

Bila Perlu Buat Ujian Mamogram?

Persatuan Kanser Amerika mengesyorkan untuk wanita yang mempunyai purata risiko kanser payudara harus menjalani pemeriksaan mamogram secara berkala bermula pada umur 45 tahun. Mamogram perlu dilakukan setiap tahun untuk semua wanita berumur 45 hingga 54 tahun.

Kemudian, Mama boleh beralih kepada mamogram setiap 2 tahun ataupun anda mempunyai pilihan untuk meneruskan mamogram tahunan. Tetapi ini tidak bermakna wanita umur bawah 40 tidak perlu lalukan ujian mamogram, sebab itulah Mama Siti harap Mama sentiasa buat ujian kendiri di rumah!

Kanser payudara adalah kaser yang paling common antara wanita di Malaysia. 1 daripada 19 wanita berisiko di Malaysia, berbanding 1 daripada 8 di Eropah dan Amerika Syarikat.

Tips Membuat Ujian Mamogram

Terdapat juga tips untuk melakukan mamogram. Memang tidak dinafikan ia adalah tidak selesa bagi kebanyakan wanita. Sesetengah wanita rasa ia sangat menyakitkan. Tetapi jangan risau Mama, mamogram hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Apa yang Mama akan rasa bergantung pada orang yang bertanggungjawab, saiz payudara, dan berapa kali ia perlu ditekan. Payudara Mama mungkin lebih sensitif jika sedang period atau haid. Ahli radiologi akan membaca mamogram Mama selepas ujian. Dia akan melihat sinar-X untuk tanda-tanda awal kanser payudara atau masalah lain.

Bila Akan Dapat Keputusan?

Biasanya ujian mamogram ini akan dapat keputusan dalam masa beberapa minggu, tapi ia juga bergantung pada hospital yang Mama pergi dan pakar radiologi membaca mamogram anda dan kemudian melaporkan hasilnya kepada anda dan doktor anda. Sekiranya terdapat kebimbangan, anda akan mendengar daripada kemudahan mamografi lebih awal. Hubungi tempat ujian mamogram jika Mama tidak menerima keputusan dalam masa 30 hari.

Apa Akan Berlaku Jika Mamogram Tidak Normal?

Mamogram yang tidak normal tidak bermakna Mama kena kanser. Tetapi Mama perlu menjalani mamogram, atau peperiksaan tambahan sebelum doktor boleh memberitahu keputusan akhir. Anda juga boleh dirujuk kepada pakar payudara atau pakar bedah. Ingat Mama, ia tidak semestinya bermaksud Mama menghidap kanser ataupun kene bedah serta merta.

Mama Siti pun baru tahu macam ni rupanya buat pemeriksaan mamogram. Sentiasa juga buat self-test ya, Mama. Kita usaha dan tawakal dengan apa kita boleh lakukan. Ini semua untuk kesihatan Mama dan keluarga Mama juga. Banyak info yang kita dapat supaya kita ada breast cancer awareness. Semoga bermanfaat dan jangan lupa untuk membuat pemeriksaan payudara~