KelabMama

6 Jenis Pemeriksaan Kesihatan Yang WAJIB Dilakukan Oleh Para Wanita

wanita berjumpa doktor

Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun, sebagai langkah pencegahan awal kepada kita. Terdapat banyak pakej pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan di hospital kerajaan, swasta, mahupun pusat-pusat perubatan yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi kaum wanita, Mama Siti perasan sebenarnya masih ramai antara kita kurang menerima pendedahan mengenai pakej-pakej kesihatan untuk wanita yang disediakan di negara kita ini.

Selain itu, ramai juga yang takut untuk melakukan pemeriksaan-pemeriksaan tersebut kerana ada yang melibatkan bahagian sulit di tubuh badan kita. Selalunya, ujian yang dilakukan juga adalah ujian saringan asas sahaja iaitu berkaitan:

Jadi Mama Siti nasihatkan untuk kita semua – tak kisah yang sudah berkahwin atau tidak, yang masih muda atau sudah meningkat usia – untuk mengambil pakej kesihatan untuk wanita dan melakukan pemeriksaan ini sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Lebih baik mencegah daripada mengubati bukan. Ini penting untuk kesihatan kita juga.

Jenis Pemeriksaan Kesihatan Khas Untuk Para Wanita

1. Ujian HPV

Seperti yang di perkatakan oleh Dr.R Junaidah, ujian HPV adalah untuk mengesan Virus Human Papilloma (HPV) yang boleh menyebabkan ketuat genital dan kanser serviks.

Untuk melakukan ujian HPV ini, selalunya Doktor akan mencadangkan sekiranya ujian pap smear Mama tidak normal dan yang berumur 30 tahun ke atas.

2. Ujian Pap (Pap Smear)

Kredit gambar: Hunn Anne

Pap smear ialah ujian yang boleh mengesan kanser serviks. Untuk melakukan pemeriksan ini, doktor akan memasukkan sejenis alat yang dipanggil spekulum ke dalam faraj.

Spekulum ini digunakan untuk membuka serviks bagi memudahkan doktor mengambil sel dari serviks untuk dihantar ke makmal.

Seperti yang diujarkan oleh Dr Mathews, pemeriksaan disyorkan pada Mama yang melahirkan anak pertama atau yang pernah melakukan hubungan seksual selepas setahun. Tujuan pap smear dilakukan adalah untuk mengenal pasti kehadiran HPV yang berisiko menyebabkan kanser.

Wanita yang berumur 21 sehingga 50 tahun digalakkan melakukan pemeriksaan ini sekali dalam tiga tahun, manakala bagi mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas, boleh lakukannya sekali dalam lima tahun.

Bagi wanita yang berumur 21 tahun dan belum berkahwin, tidak perlu untuk melakukan ujian ini kecuali mereka yang disahkan positif HIV atau mempunyai sistem imuniti yang lemah akibat rawatan kemoterapi, atau pemindahan organ yang berkemungkinan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti.

3. Vaginal Exam (VE)

Vaginal Exam adalah satu prosedur dimana jari akan dimasukkan ke dalam faraj untuk merasai atau memeriksa bahagian serviks dan dalamnya.

Pemeriksaan ini membantu wanita untuk mengenal pasti sekiranya terdapat perubahan atau ketumbuhan yang tidak normal dalam faraj.

4. Vaginoskopi

Pemeriksaan ini akan menggunakan cystoscopy pada bahagian dalam faraj. Alat ini seperti satu kabel yang disalut dengan plastik yang nipis sahaja bersama satu kamera video kecil pada hujungnya.

Melalui video yang akan dipaparkan pada cystoscopy ini, ia membolehkan doktor melihat bahagian dalam faraj pada monitor untuk membantu mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang abnormaliti.

5. Pemeriksaan Klinikal Payudara (Clinical Breast Examination)

Kredit gambar: BebasNews

Mama boleh melakukan pemeriksaan ini di mana-mana klinik kesihatan, klinik LPPKN (Lembaga Keluarga Negara), Klinik FPA (Persatuan Perancang Keluarga) dan klinik swasta.

Bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kanser payudara, adalah disyorkan untuk melakukan pemeriksaan dengan kerap. Sebelum melakukan pemeriksaan, doktor akan menanyakan mengenai haid dan sejarah kehamilan bagi mereka yang telah berkahwin.

Semasa pemeriksaan berlaku, doktor akan memeriksa dari segi saiz, bentuk atau simetri payudara.

Untuk pemeriksaan ni, Mama boleh buat sendiri dirumah dengan melihat cara-cara yang ditetapkan oleh doktor. Tetapi sekiranya Mama tidak begitu yakin, boleh sahaja terus ke hospital atau mana-mana klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ini.

6. Pemeriksaan Pelvik

Pemeriksaan ini dibuat untuk memeriksa sekiranya ada simptom penyakit atau jangkitan abnormal pada bahagian pelvis wanita.

Pemeriksaan dilakukan pada bahagian:

Tetapi untuk melakukan ujian ini, Mama memerlukan alasan khusus seperti:

Pesan Mama Siti

Oleh itu, Mama Siti nak pesan dekat wanita luar sana jangan ambil mudah ye tentang pemeriksaan kesihatan ini.

Jangan malu-malu kerana ia berkaitan dengan kesihatan kita juga. Sudah semestinya doktor pun akan memberi nasihat dan menerangkan prosedur yang betul terlebih dahulu sebelum melakukannya. Jadi, Mama jangan takut ye.


Tahukah Mama Kanser Pangkal Rahim boleh dicegah dengan vaksin HPV? Klik DI SINI.