KelabMama

PCOS: Semua Yang Mama Perlu Tahu Tentang Sindrom Ovari Polisistik

Artikel ini telah disemak serta disahkan oleh Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Ong Zhong Wei dari Bukit Tinggi Medical Centre.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Ong Zhong Wei dari Bukit Tinggi Medical Centre

Adakah Mama tahu bahawa wanita yang mempunyai PCOS memberi kesan pada tubuh, kesuburan, dan juga fizikal seseorang. Selalu dikaitkan dengan kitaran haid yang tidak teratur, PCOS adalah antara perkara yang paling common dalam kalangan wanita. PCOS bermaksud Polysistic Ovary Syndrome atau nama dalam BM, Sindrom Ovari Polisistik.

Apa Tu PCOS?

PCOS ialah keadaan yang boleh menjejaskan haid, kesuburan, hormon dan aspek penampilan anda. Ia juga boleh menjejaskan kesihatan anda dari jangka masa panjang. Dianggarkan 2 – 20 dalam setiap 100 wanita boleh terjejas dengan PCOS.

Macam mana boleh terjadinya PCOS? Macam mana nak detect saya ni ada PCOS?

Terdapat beberapa sebab wanita mempunyai PCOS:

Jika Mama mempunyai simptom dalam 2 yang Mama Siti senaraikan ini, kemungkinan besar anda ada PCOS.

Ovari Polisistik

Ovari polisistik ialah keadaan di mana terdapat banyak sista kecil (folikel) yang tersusun di dalam ovari dan hanya dapat dilihat melalui imbasan ultrasound.

Menurut National Center for Biotechnology Information (NCBI), keadaan ini boleh berlaku pada kira-kira 20 hingga 25 peratus wanita sihat — jadi, mempunyai ovari polisistik tidak semestinya bermaksud seseorang itu menghidap PCOS.

Di Malaysia sendiri, kajian oleh Goh et al., 2022 dan Dashti et al., 2019 mendapati sekitar 10 hingga 13 peratus wanita mengalami sindrom PCOS, bergantung pada kriteria diagnosis yang digunakan.

Simptom Sindrom Ovari Polikistik (PCOS)

Jika anda mempunyai tanda dan simptom PCOS, ia biasanya akan menjadi ketara semasa lewat remaja atau awal 20-an.

Mereka boleh termasuk:

PCOS juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mengalami masalah kesihatan di kemudian hari, seperti kanser rahim, diabetes jenis 2 dan paras kolesterol tinggi.

Merawat PCOS

Tiada ubat untuk PCOS, tetapi simptomnya boleh dirawat. Bercakap dengan GP jika anda fikir anda mungkin mempunyai keadaan ini.

Jika anda menghidapi PCOS dan anda berlebihan berat badan, mengurangkan berat badan dan makan makanan yang sihat dan seimbang boleh membuat beberapa gejala menjadi lebih baik.

Ubat juga disediakan untuk merawat gejala seperti pertumbuhan rambut yang berlebihan, haid tidak teratur dan masalah kesuburan.

Jika ubat kesuburan tidak berkesan, prosedur pembedahan mudah yang dipanggil penggerudian ovari laparoskopi (LOD) mungkin disyorkan.

Ini melibatkan penggunaan haba atau laser untuk memusnahkan tisu dalam ovari yang menghasilkan androgen, seperti testosteron.

Dengan rawatan, kebanyakan wanita dengan PCOS boleh hamil.

Apa Akan Jadi Jika Tidak Dirawat?

Jika biarkan ia berlarutan, dalam jangka masa yang panjang terdapat komplikasi-komplikasi yang boleh mendatangkan kemudaratkan pada Mama antaranya:

Kredit: My Health KKM


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan maklumat terkini tentang kesihatan Mama di SINI.