KelabMama

Pantang Larang Nenek-Moyang Kita Ketika Mengandung dan Berpantang Yang ‘Mindblown’

Setiap generasi mempunyai pantang larang yang berbeza-beza. Terdapat beberapa pantang larang yang sering diturunkan daripada nenek-moyang kita. Namun begitu, kita harus berhati-hati juga mengikut pantang larang ini.

Ia adalah kerana pantang larang yang sering Mama akan dengar sangat tidak masuk akal dan datang daripada pelbagai sumber. Tetapi pantang larang diwujudkan untuk kebaikan kesihatan Mama juga.

5 Pantang Larang Ketika Mengandung

Jom kita lihat 5 pantang larang yang ‘mindblown’ ini!

#1 Pukul Binatang Nanti Anak Akan Menyerupainya

Mama pernah tak dengar pantang larang yang menyatakan jika kita menyakiti binatang, nanti anak dalam kandungan kita akan terima padah yang sama. Disebabkan emosi Mama tidak stabil dan asyik nak marah sahaja.

Nenek-moyang kita membuat pantang larang ini kerana mungkin sebelum hamil, Mama amat menyayangi binatang malah tidur sekali dengan haiwan kesayangan, apabila mengandung pula, Mama amat benci terhadapnya. Sebab itulah kita perlu sentiasa berhati-hati tau, Mama!

#2 Elakkan Tangga dan Keluar Malam Seorang Diri

Tahu tak kenapa nenek-moyang kita melarang Mama duduk di tangga? Ini adalah kerana mereka risau akan Mama tergelincir dan jatuh, lalu membahayakan Mama dan kandungan.

Bagi keluar malam pula, secara amnya, wanita memang tidak digalakkan untuk keluar pada lewat malam. Ini adalah kerana risau akan keselamatan Mama. Jika sarat mengandung dan terjadi apa-apa kecemasan yang tidak diingini, siapa nak tolong Mama kan? Sebab itulah pantang larang ini diwujudkan.

#3 Elakkan Makan Makanan Mentah

Sering dikaitkan dengan ibu hamil tidak boleh makan telur separuh masak, daging medium rare, ikan mentah seperti sushi kerana ia membahayakan janin mereka. Menurut Anak Malaysia Sihat,

Kita harus berwaspada dengan makanan yang kita masukkan ke dalam badan kita.

#4 Makan Makanan Yang Pedas Memberi Kesan Buruk Pada Mama

Buat Mama yang suka akan masakan pedas, Mama Siti sarankan supaya berhati-hati dengan pemakanan anda. Sejujurnya, tiada bukti saintifik yang membuktikan dengan makan makanan pedas boleh memberi kesan buruk kepada kehamilan.

Secara umumnya, makanan pedas tidak perlu diambil dengan kuantiti yang berlebihan kerana Mama akan mengalami pedih perut dan masalah pencernaan. Ini seharusnya dielakkan terutama sekali semasa trimester ketiga.

#5 Makan Kicap Boleh Membuatkan Kulit Anak Menjadi Lebih Gelap

Selalu sangat kita dengar pantang larang ini. Semestinya ia adalah kepercayaan orang-orang tua kita. Kajian mengatakan tiada makanan yang boleh mengubah ketetapan genetik kita. Ia akan diwarisi daripada ibu, ayah dan nenek moyang sahaja. Oleh itu, jangan risau untuk makan kicap semasa hamil.

5 Pantang Larang Yang Tidak Masuk Akal Sewaktu Berpantang

Sekarang Mama dah tahu pantang larang ketika mengandung. Mari kita lihat pula apa pantang larang yang tidak masuk akal sewaktu Mama berpantang pula.

#1 Berpantang Minum Air

Ada yang mengatakan bahawa jika terlalu banyak minum air boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh mengakibatkan jumlah air di dalam badan menjadi terlalu banyak (water retention).

Jangan begitu Mama. Ketika berpantang, Mama harus minum air secukupnya untuk membantu penyembuhan dalaman akibat kelahiran anak Mama dan juga memberikan Mama tenaga.

#2 Jangan Basahkan Rambut

Orang dulu-dulu cakap kalau mandi basahkan rambut nanti badan boleh masuk angin. Ia boleh dikatakan urat saraf mengembang dan cepat sakit kepala. Untuk kebersihan diri Mama, basahkan rambut adalah satu tabiat penjagaan kebersihan diri yang tidak boleh ditinggalkan. Pastikan mandi dengan bersih untuk bersihkan kulit-kulit mati ya!

#3 Udara Sejuk Sama Sekali Tidak Boleh!

Sama juga dengan pantang larang mandi basahkan rambut, angin yang sejuk daripada kipas dan penghawa dingin dipercayai menyebabkan angin masuk dalam badan. Ia akan memudaratkan masalah kesihatan Mama dikemudian hari.

Kajian mengatakan kulit manusia mempunyai beberapa lapisan. Angin tidak boleh memasuki kulit dan terus masuk ke saluran darah. Pantang larang ini semestinya tidak tepat ya Mama! Tetapi jangan sampai memudaratkan kesihatan Mama. Bersederhana adalah kunci untuk Mama menjadi lebih berwaspada.

#4 Dilarang Membaca Atau Menangis

Satu lagi pantang larang yang gila adalah, membaca adalah merbahayakan. Kerana mata kita sering dikaitkan dengan hati, Mama dipercayai supaya elakkan membaca kerana ia memudaratkan hati.

Mama yang hamil dilarang membaca dan menangis kerana mata sering dikaitkan dengan masalah rabun. Tetapi ia sama sekali tidak benar ya Mama! Jadikan membaca sebagai satu tabiat dan hobi untuk menambah ilmu dan pengetahuan am yang boleh diajarkan pada anak kita.

#5 Pantang Makanan dan Minuman Air Sejuk

Pantang larang yang popular untuk ibu yang berpantang (dan selama 2 tahun lamanya!) adalah tidak boleh memakan laksa kerana sering dikaitkan dengan masalah angin.

Makanan sejuk yang terdiri daripada beberapa sayuran dan buahan juga tidak digalakkan untuk diambil semasa berpantang.

Untuk pengetahuan Mama, Mama seharusnya mengamalkan pemakanan yang seimbang semasa berpantang kerana terdapat banyak faedah untuk Mama dan bayi melalui pengambilan sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Sekarang Mama dah tahu kan banyak pantang larang yang gila-gila dan diamalkan oleh orang tua-tua dahulu. Kita seharusnya semak terlebih dahulu tentang pantang larang dan juga fakta yang dijumpai. Apa-apa pun, Mama harus berwaspada dengan pantang larang dan amalkan dengan sederhana sahaja.

Pesan Mama Siti:

Pantang larang ini tidak seharusnya diambil terlalu serius sehingga memudaratkan kesihatan. Ikut pantang larang dengan selamat. Mama sihat, anak dalam kandungan pun lebih sihat!