KelabMama

Panduan Persediaan Bersalin Yang Berguna Untuk Bakal Ibu, Bapa dan Anak Yang Bakal Lahir

Kredit: healthline.com

Waktu-waktu akhir menunggu kelahiran bayi memang sangat mendebarkan. Mungkin ramai bakal ibu bapa masih belum jelas tentang persediaan bersalin yang perlu dilakukan, terutamanya apabila tiba saat-saat hendak melahirkan bayi. Perancangan yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan apabila tiba tarikh kelahiran bayi akan memudahkan banyak perkara, baik dari segi fizikal dan mental. 

Kredit: sinarharian.com.my

Benar, kita tidak dapat menentukan waktu sebenar bila kita akan melahirkan bayi yang dikandungkan. Ada masa ianya tiba seperti yang dijangkakan, dan ada juga yang tiba lebih awal atau lewat dari hari yang dijangka. Namun demikian, itu bukanlah penghalang untuk kita merancang segala persediaan bersalin sebelum menyambut kelahiran. 

Selama 9 bulan mengandung, ibu bapa pasti sudah ada ‘overall’ idea kelahiran bagaimana yang akan, mungkin dan mahu ibu bapa lalui. Tanpa disedari, dengan sekelip mata masa 9 bulan itu pantas berlalu dan tiba waktu untuk melahirkan. 

Kredit: petuaibu.com

Bagi yang bergelar ibu dan bapa buat pertama kalinya, pasti akan tambah berdebar dan risau. Itu adalah perkara biasa. Jadi, untuk mengurangkan kerisauan dan debaran, persiapan awal pasti membantu. 

Di sini Mama Siti ingin berkongsi tips panduan dan langkah-langkah persediaan bersalin yang boleh bakal Mama dan Papa ni ambil bagi memudahkan perjalanan untuk bersalin nanti.

Tips & Panduan Persediaan Bersalin Untuk Bakal Ibu 

Waktu kelahiran yang dijangkakan tidak semestinya tepat, ada yang awal beberapa hari atau ada juga yang terlewat hingga berminggu lamanya. Ibu-ibu kenalah ambil tahu tanda-tanda tiba hari untuk melahirkan supaya ibu-ibu bersedia.

Antara tanda-tanda sudah hampir waktu untuk melahirkan bayi termasuklah:

#1 Kontraksi yang kuat dan konsisten dalam sela masa yang tetap. Kontraksi ialah pergerakan otot rahim menegang dan mengendur sebagai persediaan untuk melahirkan bayi. Selalunya, sela masa kontraksi adalah antara 5 hingga 10 minit. 

#2 Kontraksi dirasakan sangat kuat sehingga sukar untuk berjalan atau bercakap ketika berlakunya kontraksi. 

#3 Air ketuban pecah. Selalunya, ibu-ibu akan berasa air meleleh secara tiba-tiba dengan banyaknya. 

#4 Keluarnya cecair atau mukus pekat seperti darah, atau keperangan. Terma yang biasa diungkapkan oleh orang-orang tua Melayu, ini adalah kelahiran kembar darah. 

#5 Rasa sakit belakang, terutamanya di bahagian bawah pinggang yang amat sangat, walaupun ibu telah cuba mencuba pelbagai posisi untuk cuba melegakan sakit belakang itu.

Kredit: thezuriat.com

Tiga atau dua minggu sebelum tarikh kelahiran, ibu mungkin ingin menyediakan ‘beg bersalin’ yang diisi dengan perkara asas yang mungkin ibu perlukan di hospital nanti. Antara barang-barang yang diperlukan termasuklah:

Tips & Panduan Persediaan Bersalin Untuk Bayi Yang Akan Dilahirkan

Cara normal untuk melahirkan anak adalah melalui faraj ibu. Rahim ibu akan mengalami kontraksi yang amat keras dan kuat untuk membantu memudahkan bayi keluar.  

Jika ada komplikasi melahirkan secara normal, doktor pakar akan mencadangkan untuk melahirkan secara pembedahan cesarean atau C-zer. Doktor akan memotong perut dan rahim ibu untuk mengeluarkan bayi.  Selalunya, ibu dinasihatkan untuk melahirkan secara normal berbanding pembedahan C-zer kerana ia lebih selamat untuk ibu dan bayi. 

Kebiasaannya, ibu yang menjalani pembedahan C-zer akan dicadangkan untuk melakukan pembedahan yang sama untuk kelahiran berikutnya. Tetapi, ada juga kes yang membolehkan ibu melahirkan secara normal walaupun mempunyai sejarah kelahiran melalui C-zer sebelumnya. 

Doktor pakar akan mencadangkan satu tarikh tetap untuk ibu melahirkan anak jika sudah dikenalpasti daripada pemeriksaan rutin bulanan dan mendapati akan ada komplikasi jika ibu melahirkan secara normal. 

Selalunya, ibu dinasihati untuk menunggu sehingga minggu ke 39 dan jika selepas itu, masih belum melahirkan bayi, doktor akan mencadangkan untuk ibu bersalin secara induced.

Kredit: cafemom.com

Antara perkara yang perlu ibu bapa sediakan untuk menyambut si anak pula termasuklah:

Tips & Panduan Persediaan Bersalin Untuk Suami

Para suammi juga memainkan peranannya untuk bersiap-sedia menyambut kedatangan orang baru di dalam keluarga. Antara barang-barang yang boleh bapa sediakan untuk dibawa ke hospital termasuklah:

Proses melahirkan bayi bukanlah sesuatu yang mudah. Disebabkan itulah, ibu yang meninggal dunia kerana bersalin diganjarkan status syahid akhirat nanti.  

Bapa-bapa digalakkan untuk mempelajari cara-cara menenangkan ibu, menjadi pembakar semangat dan membantu untuk memudahkan proses kelahiran. Kebiasaannya, selepas melahirkan, ibu akan berasa sangat letih. Kehadiran bapa untuk membantu menyuapkan makanan, membasahkan badan serta menenangkan bayi yang mungkin keresahan pastinya sangat membantu. 

Kredit: babysleepmadesimple.com

Mama Siti ingin mengakhir artikel ini dengan sedikit perkongsian pengalaman Mama Siti. Risau dan berdebar menanti detik kelahiran pasti akan ada, sakit bersalin menahan kontraksi tidak dapat digambarkan, tetapi percayalah, sejurus kedengaran suara si kecil menangis mencari ibu yang tak pernah ditemuinya itu, pasti akan menghilangkan segala rasa sakit dan risau.

Selain daripada senarai di atas, Mama boleh juga print checklist yang disediakan Motherhood.com.my ini untuk kemudahan Mama dan Papa.

Semoga ibu bapa selamat melahirkan bayi soleh solehah.