KelabMama

12 Jenis Pam Susu Yang Trendy Tapi Masih Mesra Poket Dengan Mak-mak Zaman Sekarang

jenis pam susu

Bagi Mama mesti confuse kan nak beli pam susu yang macam mana kan sama ada beli pam manual atau handfree. Lebih-lebih lagi Mama yang baru kali pertama kali jadi Mama.

Pam susu ni sangat berguna kepada Mama yang berkerja. Lagi-lagi kepada Mama yang berjuang untuk breastfeeding anak-anak.

Mama jangan risau, Mama Siti dah senaraikan jenis pam susu mengikut harga tau. Jadi, Mama boleh pilih yang sesuai dengan bajet Mama.

Jenis Alat Pam Susu dan Kos Setiap Satu

Untuk memudahkan Mama, Mama Siti susun ikut urutan harga mengikut bajet Mama. Senang la Mama nak pilih mengikut berapa bajet Mama untuk beli pam susu ini.

1. Anakku Manual Breast Pump

Kredit Gambar: Carousell Malaysia

Harga: RM74.90

Bagi Mama yang lebih suka gunakan produk bercirikan manual, Anakku Manual Breast Pump ni akan menjadi pilihan utama Mama.

Jenis pam susu ni bukan mudah alih je, bunyinya pun perlahan jugak. Sebab tu pam susu ni sesuai kalau Mama nak guna dekat luar.

Design pam susu ni dapat membantu merangsang time mengepam susu Mama secara semula jadi.

Walaupun harganya murah Mama jangan risau, silikon dan botolnya diperbuat dengan bahan yang berkualiti tinggi jadi pam susu ni dapat bertahan lama.

2. Mama’s Choice Single & Handy Electric Breast Pump

Kredit Gambar: Shopee Malaysia

Harga: RM127.50 (single)

Breast pump dari Mama’s Choice ni bukan berfungsi dengan menggunakan kabel elektrik je tapi kalau Mama nak gunakan USB pun boleh jugak tau. Lagi senang kan cucuk je USB.

Paparan dan button pun senang je Mama nak handle. Selain tu, ada dua mod ekspresi dengan sembilan laras sedutan untuk kesesuaian Mama nak guna.

Jadi, kalau tetiba takda bekalan elektrik pun tak apa kan, sebab boleh cucuk guna USB je breast pump Mama’s Choice ni.

3. Autumnz Swift Single Electric

Harga: RM159.00 (single)

Jenis pam susu ini mempunyai corong pam yang dilengkapi dengan silikon bubble yang sama dengan sistem urutan untuk payudara. Pam susu ini jugak mempunyai satu sistem anti backflow untuk mengelakkan dari susu tercemar tau.

Paparan LCD di pam ini jugak ada night mode yang membolehkan Mama mengepam walaupun di dalam gelap.

Jadi, kalau Mama gunakan pam susu dari Autumnz Swift Single Electric tak perlu risau nak pam dalam gelap pun boleh.

4. Anakku Double Electric Breast Pump

Kredit Gambar: iRFA

Harga: RM199.90 (double)

Breast pump jenama ini tidak mengeluarkan bunyi yang bising sebab ada Teknologi Ultra-Senyap. Jadi Mama boleh pump di mana-mana je.

Selain tu, pad silikon mengurut breast Mama dan perlahan-lahan meredakan kesakitan time mengepam jadi time Mama mengepam akan buat Mama lebih selesa.

Saiznya yang ringan, senang dipasang dan mudah untuk dibersihkan. Selain tu ada jugak percuma kit pemegang pam manual yang boleh ditukar.

5. Philips Avent Comfort Manual Breast Pump

Kredit Gambar: ebebek

Harga: RM203.00

Design pam ni yang unik membolehkan Mama mengepam dengan posisi yang lebih selesa. Sebab susu akan mengalir terus ke dalam botol walaupun Mama duduk tegak.

Breast pump Avent ni jugak mempunyai kusyen urut yang lembut untuk merangsang lebih banyak aliran susu keluar.

Bukan tu je, bahagian pam pun senang nak digunakan, basuh dan jugak dipasang semula. Saiznya pun mudah untuk Mama bawak ke mana-mana dan ringan.

Untuk breast pump ini Mama boleh dapatkan ni di Motherhood tau.

6. Halford Duo Rechargeable Double

Harga: RM219.00 (double)

Breast Pump ini bukan saja tak bising malah, ada paparan LCD yang akan memudahkan Mama untuk mengawal penggunaannya.

Breast pump ini menyediakan urutan lima kali dengan hisapan satu kali baik untuk melegakan kesakitan akibat bengkak payudara dan merangsang penyusuan yang lebih baik.

Breast pump ini dilengkapi dengan Bateri Lithium-lon yang Mama boleh cas semula (kira-kira 200 minit setiap kitaran setelah dicas penuh).

Motor pam yang kecik dan ringan jadi sangat sesuai untuk Mama bawak ke mana-mana.

7. Autumnz GAYA Gen 2 Wearable Electric Breast Pump

Harga: RM255.00 (single combo)

Autumnz Gaya Gen 2 ni ada ciri yang ringan iaitu mudah dipakai tanpa wayar dan ringan je.

Kalau mesin pam ni Mama cas penuh, Mama boleh mengepam untuk empat ke lima sesi dan setiap sesi pula boleh dilakukan selama 15 hingga 20 minit.

Bekas pam pula Mama jangan risau sebab boleh kumpulkan sebanyak 180 ml atau enam oz tanpa gunakan wayar. Nak pam sambil buat kerja pun boleh.

Pam susu ni pun ada sembilan tahap sedutan untuk dua mod yang berbeza iaitu massage dan ekpresi mod jugak.

8. Pigeon Electric Portable

Kredit Gambar: The Review Collective

Harga: RM263.12 (single)

Selesanya pump ini sebab ada Comfort ProperFit Soft Silicone Cushion yang menyediakan material yang selamat dan sesuai untuk mengepam dengan lebih cekap.

Pam ini ada dua mod, iaitu stimulasi dan ekspresi dengan enam tahap tekanan sedutan boleh laras.

Sangat sesuai kalau Mama yang jarang guna pam kalau nak beli pam jenis macam ni. Tapi untuk guna pam ni kena ada plug elektrik tau.

Pam yang portable dan botol pula disediakan dengan stand. Jadi, Mama tak ada masalah susu tumpah.

9. Malish Aria Double Electric

Kredit Gambar: Carousell

Harga: RM399.00 (double)

Pam susu Malish Double ni ada dua pam tau yang oleh Mama mengepam secara serentak terus. Pam ni pun dilengkapi dengan paparan LCD yang Mama boleh kawal sendiri untuk kuasa sedutannya.

Design pam susu ni bertindak balas kepada irama pam yang meniru penyusuan baby untuk keselesaan yang maksimum.

10. Bumble Bee Mini Ultra 2 Double Breast Pump

Kredit Gambar: www.carousell.com.my

Harga: RM414.15 (double)

Jenama Bumble Bee ni selalu menjadi salah satu jenama yang kerap menjadi pilihan Mama. Corong yang direka untuk keselesaan Mama supaya time Mama mengepam susu tak tumpah.

Pam ni pun ada ciri-ciri mimik suction baby dengan sembilan laras lembut untuk memudahkan susu Mama keluar seperti semula jadi je.

Satu lagi, Mama jangan risau kalau Mama lupa nak laraskan mengikut kesesuaian dengan Mama sebab pam ni ada sistem memori yang akan ingatkan Mama tetapan terakhir pada motor.

Keamatan pada pam susu ni pula maksimumnya lebih 50Kpa. Serta ada dua corong mudah alih dengan saiz yang kecil juga.

Dekat Motherhood pun ada breast pump Bubble Bee ni kalau Mama beli, time diskaun lagi murah dari harga asal tau.

11. IMANI i2Gen2 Breast Pump

Kredit Gambar: Amazon.com

Harga: RM499.00 (single)

Imani Hands Free Breast Pump i2Gen2 ada dua mod iaitu massage dan ekpresi. Ketetapannya ada lima tahap.

Rekaanya kecil dan ringan membolehkan Mama gunakannya di mana-mana je. Dilengkapi dengan bateri, yang membolehkan Mama guna selama tiga jam berterusan dan Mama hanya perlu cas selama dua jam je untuk penuhkan bateri.

Breast pump ni ada anti backflow, paparan LED and ada auto-off jugak selepas Mama guna selama 20 minit.

12. Philips Avent Electric Breast Pump

Harga: RM1299.00 (single & double)

Breast pump dari Philips ini telah diciptakan dengan ada nya ciri pintar selaras vakum Natural Emotion Technology di mana seakan baby yang sedang menyusu.

Ciri yang ada pada pam ni dengan lancarnya menukarkan dari tetapan stimulasi ke ekspresi. Sebab itu, breast pump ni gunakan kit ekspresi perlindungan material silikon yang lembut.

Kalau Mama nak tahu baterinya boleh dicas untuk penggunaan on-the-go tau. Selain saiznya yang sudah pasti boleh dibawa ke mana-mana, saiz silikon perlindungan areola yang boleh muat dan selesa pada mana-mana saiz puting Mama.

Pam ini ada 16 untuk tetapan expression manakala, lapan tetapan simulasi yang Mama boleh pilih.

Mama perlu ada pam susu di rumah sekurang-kurangnya yang manual. Pam susu ni penting untuk mengelakkan berlaku bengkak susu tau.

Kredit gambar: Motherhood.com.my

Bagi Mama yang masih aktif menyusukan si manja, jom sama-sama kita sertai acara Breastfeeding Pledge TERBESAR yang dianjurkan Motherhood.com.my di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Jangan lupa untuk pledge dan tunjukkan sokongan anda mengenai breastfeeding bersama mak-mak yang lain. Setiap pledge bakal menerima sijil penyertaan dan mereka yang dapat menghadirkan diri di Tropicana Gardens Mall nanti akan turut menerima sebuah goody bag bernilai RM100*!

Daftarkan penyertaan dan ikrar Mama sebagai seorang breastfeeding mom di SINI hari ini.

*Tertakluk kepada terma & syarat


Baca pelbagai kisah menarik mengenai Breastfeeding di SINI.