KelabMama

7 Pakej Berpantang Terbaik di Kuala Lumpur & Selangor (Dan Yang Terkini)

pakej berpantang

Kredit gambar: cozziconfinement.com.my

Pada zaman kini, pakej berpantang selepas bersalin semakin popular dan telah mendapat tempat di hati para ibu pantang tanpa mengira bangsa.

Tidak seperti masyarakat cina dan yang lain, untuk masyarakat Melayu tempoh berpantang selalunya mengambil masa selama 44 hari.

Sememangnya perkataan “berpantang” itu sendiri sudah menunjukkan banyak perkara yang sebelum ini boleh dilakukan tetapi semasa berpantang tidak boleh dilakukan, makanan yang sebelum ini boleh dimakan tetapi dalam tempoh 44 hari ini tidak boleh dimakan dan sebagainya.

Banyak pantang larang antaranya adalah dari segi jenis makanan yang boleh dimakan, cara berjalan, cara duduk, pemakanan dan lain-lain lagi.

Kadang-kala ia mampu mengundang rasa stress ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Walaupun ramai orang mempersoalkan keperluan untuk berpantang selepas melahirkan namun banyak sebenarnya kebaikan dari amalan berpantang ini.

Kebaikan Berpantang Selepas Bersalin

Antara kebaikan amalan berpantang selepas melahirkan ini adalah dapat memberikan masa rehat yang secukupnya untuk ibu memulihkan tenaga selepas berjuang untuk melahirkan zuriat.

Selain itu, tempoh 44 hari ini dapat memberikan ruang kepada ibu, bayi dan ahli keluarga untuk mencipta hubungan yang baru tercipta.

Bukan itu sahaja, malahan berpantang yang disediakan juga berupaya untuk membekalkan nutrien berkhasiat melalui amalan pemakanan yang sihat dan betul.

Kebaikan yang seterusnya ialah dapat memberikan ketenangan emosi kerana ibu tidak perlu memikirkan perihal rumah tangga sepanjang tempoh berpantang.

Sewaktu mengandung, kebanyakan ibu-ibu mengalami kenaikan berat yang mendadak, jadi tempoh berpantang ini boleh membantu ibu-ibu untuk mengembalikan berat dan bentuk badan asal seperti waktu sebelum mengandung.

Yang terakhir adalah mengelakkan berlakunya sindrom meroyan atau post-natal blues yang terjadi akibat perubahan hormon.

Oleh itu, di bawah ini kami senaraikan beberapa buah pusat jagaan ibu pantang yang menawarkan pakej berpantang menarik bagi membantu para ibu mendapat kebaikan-kebaikan seperti yang disebutkan seperti di atas, terutamanya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jom kita lihat!

Senarai Pakej Berpantang Dengan Harga Berpatutan Di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Berikut merupakan pilihan terbaik untuk pakej dalam pantang yang boleh Mama pilih iaitu:

1. LYC Mother & Child Centre

Kredit gambar: Facebook @LYC Mother & Child Centre

LYC Mother & Child Centre merupakan antara pusat jagaan untuk wanita yang sedang berpantang yang sangat popular dan sering kali menjadi pilihan utama ibu-ibu selepas melahirkan anak.

LYC Mother & Child Centre menawarkan perkhidmatan atau pakej berpantang yang sangat eksklusif di mana ia dapat memberi peluang kepada si ibu untuk mendapatkan rehat yang secukupnya tanpa perlu berasa bimbang mengenai perkara lain. Pusat jagaan ibu bersalin ini menawarkan pakej penjagaan selama 14 hari hingga 44 hari.

LYC Mother & Child Centre turut menyediakan bilik penginapan si ibu yang sama taraf dengan bilik hotel untuk memastikan para ibu dapat berehat dengan lebih selesa dan tenang.

Semua pakej ini didatangkan dengan beberapa pilihan mengikut bajet anda. Para suami juga turut mempunyai ruang rehat untuk menemani isteri serta dilengkapi dengan pengawasan keselamatan 24 jam.

2. Natalis Mother Care & Beauty

Kredit gambar: Facebook @Esther Postpartum Care

Natalis Mother Care & Beauty merupakan pusat jagaan pantang yang sangat popular di kalangan selebriti serta orang-orang kenamaan (VIP) dan juga kerabat diraja. Ia ditubuhkan sejak 13 tahun lalu dan kekal kukuh sehingga kini.

Pusat perkhidmatan jagaan dalam pantang ini juga turut menjadi pilihan penyanyi nombor 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sebaik saja penyanyi itu melahirkan anaknya yang pertama, iaitu Siti Aafiyah pada tahun 2017.

Terdapat banyak pilihan pakej yang disediakan dengan harga bermula serendah RM1,950 untuk pakej jagaan 7 hari sehingga RM40,000 untuk pakej 100 hari berpantang.

3. Pakej Berpantang di Esther Postpartum Care

Kredit gambar: Facebook @Esther Postpartum Care

Pakej perkhidmatan jagaan dalam pantang yang seterusnya pula adalah Esther Postpartum Care. Pusat jagaan dalam pantang ini pula cukup terkenal dalam kalangan pelanggan yang berbangsa Cina.

Tetapi dengan peredaran masa dan keterbukaan minda, pusat jagaan ini berjaya menawan hati para ibu di kalangan bangsa lain.

Esther Postpartum Care merupakan pusat jagaan wanita berpantang di mana ia menggabungkan perubatan tradisional Cina dan moden dalam penjagaan ibu berpantang. Malah melalui Esther Postpartum Care ini juga, tahap kesihatan ibu dan bayi akan dipantau secara rapi sebaik sahaja mereka dibenarkan keluar hospital selepas bersalin.

Bayaran pakej yang disediakan untuk berpantang adalah selama 28 hari dengan harga antara RM13,888 hingga RM33,000 bergantung kepada pakej dan jenis penginapan yang anda pilih.

4. Pakej Berpantang di Mamacare.my

Kredit gambar: Facebook @Mamacare.my

Pilihan lain untuk penjagaan postnatal selain perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak swasta, para ibu juga mempunyai alternatif untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di bawah program naungan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu Mamacare.

Mamacare merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menubuhkan pusat kesihatan wanita di mana ia bukan sahaja untuk mengajar wanita cara mengendalikan ibu berpantang, tetapi turut menawarkan pakej berpantang bagi ibu lepas bersalin dengan harga yang sangat berpatutan.

5. The Senses Confinement Centre

Kredit gambar: Facebook @TheSensesConfinementCentre

Walaupun baharu sahaja beroperasi selama beberapa tahun, The Senses Confinement Centre ini berjaya mendapat kepercayaan para ibu berpantang untuk menggunakan perkhidmatan mereka tanpa mengira bangsa dan agama.

Pusat jagaan berpantang ini sangat menitikberatkan psikologi ibu pantang dengan memberi penjagaan yang cukup rapi dan teliti agar emosi mereka tidak terjejas.

Malah melalui The Senses Confinement Centre ini juga, ibu dan bayi akan dijaga menggunakan 5 deria utama seperti melihat, menghidu, mendengar, menyentuh dan rasa. Ia juga turut dilengkapi dengan kawalan CCTV selama 24 jam pada setiap hari.

6. TYH Postnatal Care Centre

Kredit gambar: www.kosmo.com.my

Bagi anda yang inginkan pusat penjagaan yang ekslusif, TYH Postnatal Care Centre adalah pilihan terbaik. Ia merupakan pusat jagaan ibu berpantang yang sangat mewah dan selesa.

TYH Postnatal Care Centre juga menyediakan kemudahan yang serba lengkap termasuklah penjagaan penuh ibu sepanjang mereka berpantang selain jururawat khas untuk menjaga bayi.

Malah, melalui pusat jagaan ini juga mereka turut menyediakan doktor pakar yang sangat berpengalaman yang ditempatkan di premis bagi membolehkan para ibu mendapat rawatan dan khidmat nasihat yang terbaik selain membantu jika terjadi kes-kes kecemasan.

Harga pakej yang ditawarkan adalah bermula RM13,800 hingga RM36,800.

7. Nejlika Mother & Baby Centre

Kredit gambar: Facebook @Nejlika Mother & Baby Centre

Nejlika Mother & Baby Centre merupakan pusat jagaan ibu berpantang di mana ia menggabungkan konsep berpantang tradisi Cina dan juga gabungan beberapa perkhidmatan barat dan moden. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti kamar mewah, ruang spa, sauna, dan bilik senaman.

Malah, ruang bayi dan isolate dengan pengudaraan yang baik juga turut disediakan dengan pemantauan oleh jururawat berpengalaman yang bertugas selama 24 jam. Untuk pakej yang ditawarkan, Mama boleh check di sini.

Selain itu, Mama juga boleh mendapatkan maklumat mengenai hospital bersalin swasta mahupun kerajaan yang terbaik dengan membaca artikel-artikel tersebut. Team Mama Siti dah compile sebagai panduan Mama.


Lihat senarai pusat perubatan dan panduan lain DI SINI.