KelabMama

Top 4 Pakej Berpantang Terbaik di Melaka. Lengkap Dengan Khidmat Yang Ditawarkan

pakej berpantang melaka

Kredit gambar: Facebook @Neesa Confinement Care

Terdapat beberapa pakej berpantang Melaka yang Mama boleh pilih untuk penjagaan dan proses pemulihan Mama sepanjang dalam tempoh berpantang.

Mama Siti faham, seorang ibu dalam tempoh berpantang mesti sangat letih dan tertekan disebabkan dalam keadaan sakit masih perlu menguruskan rumah tangga, uruskan anak-anak yang lain, menguruskan diri yang masih bergelut dengan luka jahitan, menguruskan bayi yang baru dilahirkan dan lain-lain lagi.

Tempoh berpantang ini sama mencabarnya dengan mengandung dan melahirkan anak di mana ketahanan mental dan fizikal seorang ibu akan sangat teruji dalam fasa berpantang.

Oleh itu, bagi meringankan beban dan membantu ibu-ibu yang melahirkan, di bawah ini Mama Siti telah sediakan beberapa pakej berpantang yang boleh Mama pilih bagi melancarkan perjalanan berpantang.

Pilihan Pakej Berpantang Melaka Yang Berpatutan

Berikut merupakan pilihan terbaik pakej berpantang melaka yang boleh dijadikan pilihan Mama iaitu:

#1. MamaCare Plus

Kredit gambar: mamacareplus

Perkhidmatan pakej berpantang yang pertama adalah MamaCare. MamaCare menawarkan 5 pakej basic yang boleh dipilih oleh ibu-ibu yang bakal melahirkan sesuai dengan kemampuan masing-masing. Antara pakej tersebut adalah:

Basic 3 hari

Basic 5 hari

Basic 7 hari

Basic 14 hari

Basic 21 hari

#2. Neesa Confinement Care

Kredit gambar: Youtube @Neesa Confinement Care

Terdapat 5 pakej berpantang yang ditawarkan oleh Neesa Confinement Care. Antara pakej tersebut adalah:

Pakej Cindai

Pakej Bakawali

Pakej Anta Permana

Pakej Penutup Pantang

Pakej Keguguran

3 hari (RM510)

5 hari (RM850)

7 hari (RM1,190)

#3. Pakej Berpantang Melaka Di CK Bidan

Kredit gambar: ckbeauty.com.my

Terdapat 5 pakej berpantang di CK Bidan iaitu:

3 Hari Berpantang

5 Hari Berpantang

7 Hari Berpantang

10 Hari Berpantang

14 Hari Berpantang

#4. Pakej Berpantang Melaka Di Pantang Plus

Kredit gambar: pantangplus.com

Pantang plus menyediakan pakej berpantang secara lawatan harian (daily visit) dan tinggal bersama (stay in). Terdapat 6 pakej untuk lawatan harian manakala 5 pakej untuk pakej tinggal bersama.

Antara pakej untuk lawatan harian (Daily visit) adalah seperti berikut:

7 hari

10 hari

14 hari

21 hari

28 hari

40 hari

Diharapkan dengan perkongsian pakej berpantang Melaka ini ia dapat membantu bakal Mama yang ingin
membuat pilihan bagi melancarkan fasa berpantang nanti.


Dapatkan pakej dan panduan berpantang yang lain di SINI.