KelabMama

Pilihan Mama Siti: Top 4 Pakej Berpantang di Kota Kinabalu Untuk Mama di Sabah

pakej berpantang kota kinabalu

Kredit gambar: www.mstar.com.my

Bagi anda yang melahirkan bayi di Kota Kinabalu, anda boleh pilih beberapa pakej berpantang kota kinabalu yang menawarkan perkhidmatan terbaik.

Berpantang adalah satu tempoh penyembuhan dan membaikpulih kesihatan ibu-ibu yang baru lepas melahirkan.

Berpantang ini bukan sahaja menjadi amalan masyarakat melayu malahan kaum lain juga turut mengamalkannya. Ia memberi banyak kebaikan kepada ibu juga bayi.

Amalan ini juga adalah salah satu cara ibu-ibu untuk merehatkan badan selepas 9 bulan mengandung dan selepas berjuang semasa melahirkan.

Tempoh 44 hari berpantang ini memberi peluang kepada ibu-ibu untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang. Namun, rehat dan tenaga tersebut tidak dapat diperolehi oleh ibu-ibu kerana perlu menguruskan bayi, rumah tangga, anak-anak yang lain dan sebagainya.

Kini, banyak pakej-pakej berpantang yang telah diperkenalkan di seluruh negara yang bertujuan untuk meringankan beban dan membantu ibu-ibu berpantang dengan selesa.

Pilihan Pakej Berpantang Kota Kinabalu Yang Terbaik

Berikut adalah 4 pakej berpantang yang boleh didapati di Kota Kinabalu.

#1. Pakej Berpantang Kota Kinabalu Dengan Pantang Plus

Kredit gambar: my.hiredly.com

Pantang Plus adalah sebuah syarikat perkhidmatan yang menyediakan pakej berpantang di seluruh negara termasuk Kota Kinabalu.

Antara pakej yang ditawarkan adalah seperti pakej lawatan harian dan juga pakej tinggal bersama.

Untuk pakej lawatan harian anda boleh pilih bilangan hari yang anda inginkan dengan harga bermula dari RM2,160 hingga RM11,410.

Manakala bagi pakej tinggal bersama pula harganya bermula dari RM4,468 hingga RM14,489. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi anda boleh layari laman webnya dengan klik di SINI!

#2. Pakej Berpantang Kota Kinabalu Dengan Ara Mobile Spa

Pakej berpantang kedua ialah Ara Mobile Spa. Antara pakej yang disediakan adalah pakej rawatan asas, pakej rawatan eksklusif, pakej rawatan eksklusif dan lengkap, pakej penutup pantang dan pakej rawatan berpantang selepas keguguran.

Antara perkhidmatan yang disediakan pula adalah seperti:

Setiap pakej mempunyai harga yang berlainan. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut Mama boleh layari laman webnya dengan klik di SINI!

#3. Kinabalu Mobile Spa

Kredit gambar: Kinabalu Confinement Care & Beauty

Pakej berpantang yang ketiga ialah dari Kinabalu Mobile Spa. Pakej ini adalah secara lawatan harian (Daily Visit) selama 6 jam sehari dengan harga yang ditawarkan bermula dari RM850 hingga RM8,000. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah:

Pengurusan Ibu

Pengurusan Bayi

Untuk mengetahui pakej-pakej lain pula, anda boleh lawati laman web mereka di SINI!

#4. Lavender Confinement Care

Kredit gambar: www.happypreggie.com

Terdapat 3 pilihan tempat untuk dipilih oleh ibu-ibu berpantang iaitu pakej di rumah, pakej di hotel (bertempat di Hotel Westin, Kuala Lumpur) dan pakej di luar negara.

Namun, sekiranya ibu-ibu yang tinggal di Kota Kinabalu ingin memilih Lavender Confinement Care, hanya pakej berpantang di rumah sahaja yang boleh dipilih.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti urutan selepas bersalin, lulur badan, tangas, sauna, mandi herba, bertungku, penyediaan makanan pantang, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjaga bayi, mandikan bayi, urutan bayi, tuam bayi dan membasuh pakaian.

Harganya pula bermula dari RM1,700 hingga RM8,200. Ketahui dengan lebih lanjut dengan melayari laman web Lavender Confinement Care di SINI!

Berpantang dengan pakej berpantang ini akan dapat banyak membantu ibu-ibu mendapatkan semula tenaga dan kesihatannya sebelum ini.

Bukan sahaja ibu-ibu, malahan golongan bapa juga akan turut merasa lega dengan adanya pertolongan dari yang pakar.

Semoga membantu!


Dapatkan pakej dan panduan berpantang yang lain di SINI.