KelabMama

“Doktor Bila Boleh Saya Hamil Lagi?” – Pakar Sakit Puan Jelaskan Panduan Umum Jarak Kehamilan Yang Sesuai

Kredit gambar: canva

Sesuatu perancangan memerlukan penyediaan dari segi mental dan fizikal untuk masa yang akan datang. Terutamanya dalam merancang keluarga – bila nak mengandung lagi, apa pula perancangan kita selepas anak lahir dan sebagainya.

Merancang keluarga mempunyai pelbagai maksud, dan yang Mama Siti tahu;

Menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan berapakah bilangan yang diingini oleh pasangan dalam perkahwinan.

Perkhidmatan Perancangan Keluarga, MyGOV

Kali ini kita mahu tekankan isu jarak kehamilan Mama. Tak kisahlah daripada kehamilan pertama dengan yang kedua atau seterusnya.

“Bila saya boleh hamil lagi selepas bayi baru lahir?

Mama Siti pasti ramai yang masih berteka-teki mengenai hal ini – bilakah masa yang sesuai untuk mengandung lagi selepas kelahiran bayi.

Menerusi laman Twitter, seorang doktor pakar, Dr Muhammad Izzat merangka satu panduan asas buat Mama yang tertanya-tanya dan mahu tahu lebih lanjut mengenai hal ini. Jom kita baca perkongsian beliau.

Panduan Umum Daripada Doktor Izzat

Kredit gambar: Istock

“Berapa lama saya kena tunggu untuk mengandung lagi?”

“Kena tunggu anak yang baru lahir ni umur berapa baru boleh mengandung lagi?”

Apa saya tulis ini untuk panduan umum sahaja. Paling baik adalah consult your doctor. Individualized assessment.

Faktor yang perlu dilihat untuk buat keputusan yang baik, adalah:

Faktor untuk Membuat Keputusan Mengandung Lagi

“Boleh Ke Nak Hamil Lagi, Doktor?”

Kredit gambar: Istock

WHO menggariskan panduan:

33 bulan antara kelahiran

– World Health Organization, WHO

Bermaksud anak sebelumnya berusia lebih kurang 3 tahun.

Panduan ni boleh saya anggap bersifat conservative, dan banyak O&G berpendapat 3 tahun ni mcm terlalu lamaaaa dan usually akan advice patient. Okaylah 2 tahun tu just nice and acceptable.

Anak dah 2 tahun pun tak tentu lagi akan mengandung dalam masa terdekat kan?

Kalau ada caesar, dan nak cuba bersalin secara Vaginal birth after cesarean (VBAC) – 2 tahun recommended untuk kurangkan risiko parut pecah (scar rupture).

Kalau kehamilan dan kelahiran terdahulu tiada masalah, boleh la try untuk mengandung lagi bila si kecik umur 1 tahun (kalau nak). Kalau tunggu 18 bulan (1 tahun 6 bulan) umur anak tu – boleh kurangkan risk kelahiran pramatang.

Kenapa tak disarankan mengandung dekat-dekat?

Risiko Jarak Kehamilan Yang Singkat/Dekat-dekat

Kredit gambar: Thebump

Paling PENTING, kalau pernah ada history kelahiran pramatang, saya sarankan space out sekurang-kurangnya 18 bulan.

American College of O&G ada sarankan

Jangan mengandung kalau anak kecil masih lagi umur 6 bulan, dan wanita dinasihatkan untuk space out sekurang-kurangnya 18 bulan.

– American College of O&G

Kalau wanita tersebut sudah berumur, jarak 12 bulan boleh dipertimbangkan. Ok? So jangan mengandung lagi kalau si kecil masih umur 6 bulan.

Preferably jarakkan 12-18 bulan (depends on individual factors). Kalau tak ingat juga, take 2 years as magic number to space out your family.

Walau bagaimanapun ini adalah panduan asas sahaja, untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut dan teliti, Mama harus berjumpa dengan doktor supaya mendapat diagnosis yang tepat. Dari situ doktor Mama akan nasihat lebih lanjut tentang perkara ini.

Yang penting, jarak kehamilan itu untuk kesihatan Mama juga. Banyak faktor yang harus dipertimbangkan seperti kekurangan zat besi, kurang susu, saiz bayi kecil, kelahiran pramatang dan macam-macam lagi. Adui! Risau dibuatnya.

Jangan lupa share maklumat penting ini dengan kawan-kawan dan saudara-mara Mama! Sharing is caring kan?