KelabMama

Pakar Psikiatri, Doktor Psikologi dan Kaunselor. Sama Tujuan, Berbeza Peranan

Ketiga-tiga profesi tersebut berkongsi tujuan yang sama iaitu memastikan penyakit mental dapat dicegah dan dirawat secara klinikal.

Posisi pakar psikiatri lebih berkuasa apabila berbicara dari segi perkhidmatannya. Pakar psikiatri layak untuk mengenal pasti jenis penyakit, menjalankan sesi terapi dan memberikan preskripsi ubat kepada pesakit.

Mama Siti juga ada kongsikan cara-cara berjumpa dengan pakar psikiatri dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan melalui talian HEAL.

Apa kata kita fahami terlebih dahulu tanggungjawab ketiga-tiga pegawai kesihatan mental agar tiada kekeliruan lagi selepas ini.

Siapakah Pakar Psikiatri & Apa Peranannya ?

Kredit gambar: ciputramedicalcenter.com

Pakar psikiatri ialah individu yang bertanggungjawab mengendalikan pesakit dan penyakit mental.

Hanya pakar psikiatri yang dibenarkan untuk membuat diagnosis penyakit serta memberikan preskripsi ubat kepada pesakit yang memerlukannya. 

Individu pengamal perubatan psikiatri seperti pakar psikiatri selalu ada di hospital kerajaan terpilih yang mempunyai jabatan penyakit mental.

Tidak cuma itu, mereka juga memperluaskan lagi peranan di seluruh Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan di klinik swasta. 

Perbezaan Pakar Psikiatri, Doktor Psikologi dan Kaunselor 

Kredit gambar: pacifichealthsystems.com

Ketiga-tiganya sering berkait dengan kesihatan mental. Ada yang tersalah sangka dan masih keliru dengan pekerjaan dan autoriti terma pakar psikiatri, doktor psikologi dan kaunselor. 

Pakar Psikiatri

Kredit gambar: eatingdisordertherapyla.com

Kita mulakan dengan pakar psikiatri. Individu dalam kumpulan ini berperanan besar terhadap pesakit mental serta rawatannya. Tambahan pula, mereka layak untuk memberikan preskripsi ubat kepada pesakit mental yang memerlukan. 

Skop tanggungjawab pakar psikiatri termasuklah mendiagnos, merawat, mencegah sebarang gangguan emosi, mental dan tingkah laku ke atas seseorang individu.

Bagi mendapatkan mandat sebagai pakar psikiatri, mereka perlu mendapat kelayakan sebagai seorang doktor perubatan (MD) atau doktor perubatan osteopati (DO). 

Boleh dikatakan pakar psikiatri ialah doktor yang paling ‘berkuasa’ dalam apa-apa hal berkaitan kesihatan mental. 

Doktor Psikologi

Kredit gambar: Freepik

Golongan doktor perubatan yang mahir dalam sains tingkah laku, emosi dan pemikiran. Mereka juga dikenali dengan istilah pegawai psikologi klinikal dimana sekurang-kurangnya ijazah sarjana (master) diperlukan untuk bergelar doktor psikologi. 

Tugas doktor psikologi adalah untuk menyelesaikan masalah berkaitan perhubungan dan penyakit mental. Namun begitu hanya sebahagian penyakit mental sahaja dibenarkan seperti; 

  1. Masalah berkaitan dengan tekanan, kerunsingan dan keresahan.
  2. Kecelaruan tabiat (Habit Disorders).
  3. Masalah pembelajaran, pekerjaan dan kesukaran membuat keputusan.
  4. Masalah interpersonal – masalah sosial, pasangan dan perkahwinan.
  5. Masalah penyesuaian (Adjustment) psikososial terhadap penyakit dan aspek penting dalam kehidupan.
  6. Masalah tingkah laku.
  7. Masalah kognitif.
  8. Kecelaruan emosi.

Lebih tepat lagi doktor psikologi memfokuskan kepada rawatan psikoterapi. Mereka membantu pesakit sedar, memahami punca terjadinya masalah dan membantu pesakit belajar teknik menghadapi masalah. 

Kaunselor

Kredit gambar: iStock

Pakar psikiatri dan doktor psikologi lebih menjurus kepada penyakit mental manakala kaunselor pula menjalankan intervensi kaunseling kepada populasi yang sihat.

Kaunseling bertujuan untuk mencegah penyakit mental terhadap diri seseorang. Ini bermakna kaunselor berperanan untuk menghalang sebarang kebarangkalian penyakit mental dari dialami seseorang. 

Kaunselor mempunyai jenis perkhidmatan mereka masing-masing. Jadi sangat penting untuk kita cari tahu adakah masalah kita berkaitan dengan latar belakang seseorang kaunselor. 

Kaunselor boleh membuat pengkhususan dalam bidang seperti;

Perkhidmatan dan Rawatan Pakar Psikiatri

Kredit gambar: kedahpages.com

Cara Jumpa Pakar Psikiatri

Kredit gambar: smartmedicalbuyer.com

Untuk mendapatkan saringan awal kesihatan mental, Mama perlu ke klinik kesihatan kerajaan atau swasta. 

Pertama sekali, maklumkan kepada pegawai yang bertugas di kaunter pendaftaran tentang niat Mama ingin melakukan ujian Depression Anxiety Stress Scales (DASS). Mama akan diberikan beberapa helai borang atau Mama perlu menjawab melalui atas talian. 

Selepas selesai menjawab, Mama akan berjumpa dengan doktor supaya Mama boleh ceritakan lebih terperinci tentang apa yang sedang Mama lalui sekarang.

“Saya nak cerita apa dekat doktor nanti Mama Siti? “

Mama boleh bermula dengan perasaan Mama saat ini. Kemudian kongsikan juga tentang faktor pencetus, pola makan dan tidur serta lain-lain soalan yang ditanyakan doktor. 

Berdasarkan keputusan ujian DASS, konsultasi doktor dan penerangan dari Mama, doktor akan menyediakan surat rujukan samada Mama perlu mendapatkan rawatan dengan kaunselor ataupun terus ke pakar psikiatri di hospital. 

Jika didapati keadaan Mama membimbangkan seperti mempunyai keinginan membunuh diri, boleh jadi Mama akan dihantar ke zon kecemasan di hospital.

Surat rujukan yang diperolehi dari klinik kesihatan hendaklah diberikan ke hospital untuk mendapatkan temujanji rawatan kesihatan mental. 

Takut dan Tidak Yakin Ke Klinik? Hubungi Talian HEAL Sekarang!

Talian HEAL ialah singkatan kepada Help with Empathy & Love yang dikhususkan untuk individu yang sedang mengalami ketidakstabilan emosi. 

Dail 15555 untuk bercakap dengan pegawai psikologi kaunseling terlatih yang sedia mendengar dan memberi bantuan kepada Mama. 

Pakar psikiatri, doktor psikologi dan kaunselor mempunyai tanggunjawab berlainan dalam skop kesihatan mental. Barulah kita faham mengapa pesakit perlu melalui beberapa proses sebelum mendapat pengesahan jenis penyakit mereka.

Perkhidmatan yang ditawarkan pakar psikiatri merangkumi penilaian, diagnosis dan pemantauan pesakit mental. Peranan pakar psikiatri sangat besar dalam memastikan kestabilan kesihatan mental rakyat Malaysia.

Semoga dengan perkongsian Mama Siti tentang cara mendapatkan rawatan kesihatan mental di klinik dan talian HEAL membantu Mama menjelaskan ketidakstabilan emosi yang dialami selama ini. Terus kuat demi sihat.


Dapatkan info lanjut mengenai kesihatan mental anda di SINI.