KelabMama

Ovarian Cyst Takkan Sembuh Dengan Suplemen, Jangan Tertipu!

Ovarian Cyst Takkan Sembuh Dengan Suplemen, Jangan Tertipu!

Ovarian cyst ni sememangnya penyakit yang digeruni oleh para wanita. Ianya merupakan ketumbuhan pada ovari yang lazimnya mengandungi cecair. Yang tengah baca artikel ini pun mesti ada yang pernah alami masalah ovarian cyst ni kan?

Kadang-kadang ada yang menghadapi masalah kesihatan ni tapi tak sedar pun dengan simptom-simptom yang dialami. Sebab tu lah Mama Siti nak bantu mama-mama semua untuk kita belajar segalanya tentang ovarian cyst. Sebab penyakit ini bukanlah penyakit yang boleh dipandang ringan, ia boleh membahayakan nyawa tau!

Kali ini Mama Siti bawakan perkongsian daripada seorang pakar perubatan sakit puan, Dr. Muhammad Izzat untuk memberikan maklumat yang lengkap tentang apa yang mama perlu tahu mengenai ovarian cyst.

Ovarian Cyst – Bahaya Ke?

Ovarian cyst adalah kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari, diameternya melebihi 3 cm. Kantung ini boleh terjadi dalam pelbagai saiz, sehinggakan ada yang bersaiz sebiji tembikai!

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser berpunca dari hormon estrogen yang berlebihan dalam badan wanita.

Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air atau lendir dipanggil simple cyst , atau ada yang lebih kompleks mempunyai lendiran yang likat, darah atau bahagian-bahagian pejal dan keras. Jenis – jenis cyst yang biasa terjadi saya senaraikan seperti di bawah:

Jenis-Jenis Cyst

1. Simple cyst

Terjadi apabila folikel besar pada ovari yang terus menerus membesar selepas telur dilepaskan pada ovari. Cyst jenis ini adalah yang paling biasa dijumpai dan ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.

2. Endometrioma

Endometriosis, di mana sel-sel yang terdapat pada rahim didapati terdapat di luar rahim, menyebabkan terjadinya cyst jenis ini dan dipanggil endometrioma.

3. Dermoid cyst

Terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadang-kala bercampur dengan rambut dan lemak. Jenis cyst yang lain adalah jarang-jarang berlaku dan ditemui. Hampir kesemua ovarian cyst yang berlaku sebelum usia menopos adalah TIDAK berbahaya.

Endometriosis, fibroid dan cyst antara masalah yang sering muncul dalam kalangan wanita hinggakan ada kalanya ia menjejaskan fungsi ovari.

Kanser ovari sebelum usia menopaus juga adalah sangat jarang berlaku. Ovarian cyst kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakannya wanita tak sedar pun yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan masalah atau simptom.

Ia hanya akan dikesan bila sesorang wanita itu membuat ultrasound, dalam pemeriksaan apabila menghadapi masalah kesuburan. Walau bagaimanapun, 1 dalam 10 wanita mungkin akan memerlukan pembedahan di kemudian harinya.

Sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung membawa kepada kanser dan lebih berbahaya.

Simptom Ovarian Cysts

Ia pada umumnya tak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut.

Kebanyakkan orang beranggapan perut yang buncit itu disebabkan pengumpulan lemak dan membiarkan sahaja. Lain-lain gejala termasuklah :

Cyst & Kesuburan?

Terdapat pelbagai jenis cyst dan kebanyakannya bukan penyebab dan tak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil.

Kebanyakan cyst tak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tapi, kalau anda mengalami endometriosis atau PCOS, ia mungkin berkait rapat dengan masalah kesuburan.

PCOS berlaku apabila keadaan kilang telur atau ovari seseorang wanita menjadi bengkak disebabkan benih terperangkap di dalamnya dan tak boleh menetas pada waktu subur.

Apa Nak Buat Kalau Ada Cyst?

Rawatan ovarian cyst bergantung kepada jenis cyst yang anda alami. Bagi cyst folikular atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’.

Lazimnya , doktor sakit puan akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Rawatan pembedahan untuk membuang cyst akan dicadangkan jika didapati cyst menjadi semakin besar.

Walau bagaimanapun pilihan akan diberikan bergantung kepada gejala yang anda hadapi, bentuk cyst, dan keputusan ujian darah.

Simple Cyst Berukuran Diameter < 5 cm

Rawatan tak diperlukan. Cyst jenis ini akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan. Anda juga mungkin tak memerlukan rawatan susulan.

Simple Cyst Berukuran Diameter 5 – 7 cm

Anda seharusnya diberikan rawatan susulan, sekurang-kurangnya ultrasound selepas setahun kemudiannya.

Simple Cyst Berukuran Diameter > 7cm

Anda perlu menjalani ujian dan pemeriksan lanjut, seperti MRI atau pembedahan.

Soalan:

Saya mempunyai ovarian cyst dan telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang sista tersebut, bagaimanakah pembedahan itu akan dilakukan?

Anda akan diberikan pilihan untuk menjalani pembedahan laparoskopi (pembedahan melibatkan potongan kecil dan penggunaan kamera), ianya kurang menyakitkan berbanding laparotomi. Dengan pembedahan laparoskopi, anda akan dapat pulang awal ke rumah selepas pembedahan dan sembuh dengan segera.

Rawatan bergantung kepada umur pesakit, simptom yang dihidapi dan sama ada pesakit itu masih mahu mengandung atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun pembedahan laparotomi (pembedahan melibatkan potongan besar) dicadangkan sekiranya sista didapati terlalu besar, ataupun cyst menunjukkan tanda-tanda berkaitan dengan kanser.

Doktor sakit puan akan berbincang tentang kebaikan dan keburukan kedua-dua jenis pembedahan ini, seterusnya menentukan jenis pembedahan yang bersesuaian dengan keadaan cyst itu.

Ovari Akan Dibuang Sekali Masa Operation?

Lazimnya, kedua-dua ovari tak dibuang ketika pembedahan. Ini adalah kerana ovari penting untuk menghasilkan hormon wanita yang diperlukan sebelum menopaus dan dalam kebanyakkan kes, hanya cyst sahaja dibuang.

Walaupun begitu, ada sesetengah keadaan yang memerlukan ovari perlu dibuang juga, misalnya jika keadan sista terlalu besar sehingga menggantikan semua ruang ovari.

Selain itu, ovari juga perlu dibuang sekiranya sista sudah terpusing/ terpuntil sehingga menyebabkan peredaran darah pada ovari terputus, atau merasakan sista itu mungkin menular menjadi kanser.

Segala makanan suplemen, ubat-ubatan herba TAK BOLEH merawat cyst. Minta pandangan doktor ginekologi yang berilmu, bukan penjual suplemen yang cakap-cakap atas angin sahaja.

JANGAN TERTIPU!

Sumber: Muhammad Izzat

BACA JUGA PERANAKAN PENUH KUMAN MENYEBABKAN OVARI WANITA INI TERPAKSA DIBUANG

Pesan Mama Siti:

Dah faham kan? So, mama kena sentiasa alert dengan anugerah kesihatan yang diberikan kepada kita dan jangan pernah sesekali take it for granted. Mama tak boleh pandang remeh dengan perubahan atau kesakitan yang tubuh kita alami apatah lagi kita ni perempuan. Tak boleh sakit sikit, macam-macam yang terjejas. Jadi berwaspada ye!