KelabMama

Nikmati Gaya Hidup yang Sihat dan Menyeronokkan di Rumah

Setelah berbulan-bulan belajar secara dalam talian, menghabiskan cuti sekolah di rumah akan menjadi satu lagi cabaran, termasuk untuk ibu-ibu yang sebelumnya bijak dalam mengatur aktiviti harian mereka. Namun begitu, kekal berada di rumah tidak bermaksud Mama tidak boleh melakukan apa sahaja aktiviti yang menyeronokkan. Mama masih lagi boleh kekal sihat dan bergembira dengan ahli keluarga walaupun ketika berada di rumah. 

Mungkin sudah tiba masanya untuk Mama mengubah cuti sekolah anak-anak di rumah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyihatkan.

Cuti sekolah ini, Mama Siti mencadangkan Mama mengubah suasana di rumah. Daripada membiarkan anak-anak membuang masa cuti sekolah dengan menonton televisyen, atau mengajar mereka mengenai subjek-subjek yang akan dipelajari nanti, apa kata Mama mengajak anak-anak dan seisi keluarga untuk membina gaya hidup yang sihat?

Hmm, macam mana ya nak buat?

Jangan bimbang, Mama Siti faham bagaimana bersemangatnya Mama untuk memastikan ahli keluarga kekal sihat. Jadi, berikut merupakan beberapa tips yang ingin Mama Siti kongsikan:

Kawal dan Kurangkan Masa Melihat Skrin 

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan, ‘screen time’ kita semakin meningkat. Lebih teruk, mungkin juga lebih banyak berbanding masa-masa sebelumnya. Daripada penggunaan ‘Zoom’ (perbincangan atas talian dan juga ‘online class’ anak-anak) kepada permainan mudah alih dan menonton televisyen, mata kita sudah terlalu banyak tertumpu kepada piksel skrin. 

Sekarang, Mama cuba bersandar dan tutup mata sebentar…mata Mama ada rasa letih tak?

Mata yang melihat skrin dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan penglihatan kita menjadi kabur dan kering. Tetapi, jangan risau. Mama boleh mengambil peluang semasa musim cuti sekolah ini untuk menjadi lebih sihat, di mana Mama boleh elakkan daripada terus melihat paparan skrin. 

Daripada membiarkan anak-anak leka bermain permainan mudah alih atau ‘video game’, apa kata Mama minta anak-anak Mama mengenakan ‘lab coat’ (apron putih atau t-shirt putih yang lama juga sesuai), dan biarkan mereka menjadi saintis dan menjalankan eksperimen yang menyeronokkan!

Mama Siti yakin yang anak-anak Mama juga pasti sudah bosan atau letih belajar teori sains di paparan skrin sahaja. Jadi, gunakan peluang ini untuk melakukan aktiviti yang menggunakan fizikal mereka (dan juga mungkin sedikit kotor!). Berikut merupakan beberapa aktiviti yang anak-anak Mama boleh lakukan dengan hanya menggunakan barang-barang yang sudah ada di rumah! 

Sumber: The Best Ideas For Kids

1. Kertas Pelangi – alatan yang anda perlukan adalah pen marker berwarna (warna-warni), tisu dapur, air, dua cawan, dan gunting.

2. Topeng Muka Kain Buatan Sendiri – barang-barang yang anda perlukan adalah kain, kain ‘lining’, gunting, dan mesin jahit. Sesuai sangat dengan keadaan sekarang!

Sumber: FreePik

3. Art Sandwich – bahan-bahan yang anda perlukan adalah roti, keju, Naturel Soft Margarine, dan topping pilihan sendiri. Lihat video untuk membuat ‘Art Sandwich’ yang comel!

Buat Mainan Baru Bersama-sama

Sumber: 5-minute crafts

Sejak akhir-akhir ini, Mama mesti banyak membeli barang dalam talian bukan? Nanti dulu! Jangan terus buang kotak barang-barang tersebut kerana dengan menggunakan sedikit imaginasi dan kreativiti, Mama boleh mengajak anak-anak untuk meluangkan masa mereka dengan menghasilkan model perabot dan barang-barang di dalam rumah. 

Pertama sekali, dapatkan beberapa kotak kadbod terpakai, pisau kecil yang sesuai untuk kanak-kanak, ‘glue gun’, pembungkus hadiah, pita pelekat, dan alat tulis atau lain-lain barang yang boleh digunakan di rumah. Kemudian, tonton cara-cara untuk membuat perabot atau model yang digemari dalam video ini dan lihat bagaimana anak-anak Mama boleh menghasilkan dapur memasak, mesin basuh, kapal angkasa, permainan arked, dan banyak lagi dalam masa yang singkat!

Semua aktiviti ini dapat membantu anak-anak memahami bahawa keseronokan bukanlah bermula di skrin, tetapi melalui permainan kreatif di rumah.

Masa Untuk Lebih Aktif!

Tidak dapat disangkal lagi bahawa waktu bermain merupakan waktu yang paling dinantikan anak-anak. Tetapi, Mama tahu tak apakah yang membuatkan ‘playtime’ mereka dua kali ganda lebih menyeronokkan? Semestinya bermain dan melakukan aktiviti yang digemari dengan ibu bapa mereka. Sebenarnya, anak-anak lebih menantikan interaksi dengan Mama dan Papa berbanding dengan permainan mereka tau! 

Oleh itu, Mama Siti cadangkan untuk meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti “Physically-fit” (kalau Mama pernah tengok filem Madagascar dengan anak-anak, mesti Mama tahu perkara ini!). Menjadi lebih aktif demi memupuk gaya hidup sihat bersama seisi keluarga!

Untuk senaman yang lebih menyeronokkan untuk dilakukan di rumah, Mama boleh menonton pelbagai video di YouTube seperti –  Kids Workout Exercise At Home With RyanPopSugar Fitness’ Family Fun Cardio, and Body Bop Bop Dance untuk belajar mengenai anggota badan; dan At-Home Yoga for Kids with PAW Patrol untuk meningkatkan kesedaran tentang kinestetik kepada anak-anak.

Memupuk Minat Berkebun Dan Bercucuk Tanam

Tidak menjadi masalah sekiranya Mama sekeluarga tinggal di rumah ‘landed’ atau pangsapuri, Mama pasti boleh mewujudkan satu ruang khas untuk menanam tumbuh-tumbuhan atau berkebun. Cari sebuah ruang yang sesuai sebagai ruang untuk bercucuk tanam di kediaman anda. Sekiranya Mama sudah mempunyai sebuah kebun, Mama boleh terus mengajak anak-anak berkebun sebagai salah satu aktiviti bersama keluarga. 

Mama mungkin berfikir, “Eh tak boleh! Bermain dengan tanah kan kotor!”. Sabar dulu Mama. Sebenarnya Mama tak perlu risau pun anak-anak bermain dengan tanah dan pasir. Malah, ia memberi manfaat kepada kesihatan dan perkembangan mereka dengan meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu kawalan dan kekuatan kemahiran ‘fine motor’ mereka. Ini kerana mereka akan menyentuh, merasakan, dan melihat dengan mata sendiri hasil tumbuhan tanaman mereka – daripada benih, kepada bunga dan menjadi buah.  

Mungkin ia akan mengambil masa, tetapi ini juga salah satu cara untuk memupuk sifat sabar dalam diri anak-anak. Selain itu, semasa melakukan aktiviti ini bersama, ia mendedahkan anak-anak kepada sains dan dunia realiti. Tambahan pula, anak-anak pasti akan menanyakan pelbagai soalan, dan ia juga merupakan salah satu cara untuk menguatkan sifat ingin tahu dalam minda mereka, serta melatih pemikiran secara kritis dan kreatif.  

Sekiranya tiada ruang yang sesuai di rumah, lihat kaedah hidroponik yang boleh Mama lakukan dengan hanya menggunakan botol terpakai di bawah. Bolehlah Mama dan anak-anak bercucuk tanam sayuran organik seperti salad, bayam, herba-herba, dan tomato melalui kaedah tanaman hidroponik! 

Mama juga boleh mencuba aktiviti berkebun yang menyeronokkan dengan anak-anak seperti:

1. Projek Tanaman Mudah Di Rumah – satu siri projek tanaman mudah yang pasti akan disukai oleh si kecil Mama.

2. Aktiviti Berkebun DIY – aktiviti berkebun DIY yang dipersetujui oleh para ibu, yang sangat mudah untuk dilakukan di rumah.

Mama boleh mencuba aktiviti-aktiviti di atas bersama anak-anak. Pasti lebih seronok sekiranya Mama bercucuk tanam tanaman yang boleh dimakan. Bolehlah merasa hasil tanaman sendiri dalam menu masakan Mama! 

Sekiranya Mama merupakan seorang yang menggemarkan cabaran dan menikmati makanan hasil air tangan sendiri, apa kata Mama cuba memasak hasil tanaman dengan pasta ‘homemade’ organik? Sangat mudah untuk dibuat! Lihat cara membuat pasta ‘homemade’ di sini!

Sebagai alternatif, Mama boleh menggunakan Spageti Organik Naturel untuk dimasak dengan sayuran organik di kebun anda.

Jadi…apa menu untuk makan malam Mama hari ini? Lihat ‘point’ seterusnya!

Sediakan Dan Makan Makanan Yang Sihat

Tidak ada yang lebih baik daripada makan bersama seisi keluarga. Tidak ada telefon bimbit, tidak ada mainan, tidak meninggalkan meja lebih awal – tidak ada gangguan. Tetapi ada juga aktiviti tambahan yang boleh disenaraikan dalam aktiviti bersama keluarga anda selain daripada makan bersama – iaitu, MEMASAK bersama!

Anak-anak lebih suka dan gembira apabila Mama melibatkan mereka dalam “tanggungjawab orang dewasa”. Dan cara apakah yang lebih baik selain daripada mengajak mereka memasuki dapur, dan memasak bersama dengan Mama mereka?!

Disini Mama Siti kongsikan beberapa resepi yang mudah, enak, dan berkhasiat yang pasti digemari oleh ahli keluarga Mama. 

Tetapi Mama harus ingat, sebelum memulakan penyediaan untuk memasak, pastikan Mama mengetahui tahap kemahiran anak-anak. Sekiranya mereka masih berada di prasekolah, saya tidak menyarankan Mama membiarkan mereka memegang pisau. Mereka seharusnya dapat mengendalikan pisau, gunting, dan sukatan sekiranya mereka sudah belajar di sekolah rendah. Sekiranya mereka bersekolah menengah, mereka seharusnya sudah mampu menyediakan makanan yang boleh dimakan di dapur.

Ini panduan untuk memudahkan Mama mengenal pasti tahap kemahiran anak-anak:

Tahap 1: ‘Beginner’ (kanak-kanak kecil)
Tahap 2: ‘Intermediate’ (kanak-kanak sekolah rendah)
Tahap 3: Pro (kanak-kanak sekolah menengah)

Spageti Sayuran Panggang

Nikmati makanan yang sihat dan enak dengan Spageti Sayuran Panggang bersama anak-anak anda. Apabila dimasak sendiri di rumah, Mama lebih tahu bahan-bahan yang digunakan, dan semestinya lebih sihat dan selamat. Walaupun Mama kesuntukan masa, cubalah resepi yang akan mengenyangkan perut anak-anak serta kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh mereka!

Untuk resipi ini:

Tahap 1 boleh mencampurkan dan menggaulkan sayuran yang digunakan dan kemudian dituang ke dalam dulang pembakar.
Tahap 2 boleh memotong sayur-sayuran dan didihkan air.
Tahap 3 boleh melakukan hampir setiap langkah dalam resepi ini.

Smørrebrød

Ingin makan sandwic terbaik di dunia? Ada yang mengatakan sandwic ‘open-face Danish’, yang juga dikenali sebagai Smørrebrød, adalah sandwic yang terbaik dan Mama Siti pun sangat setuju! Dengan sepotong roti tebal yang disapu marjerin dan topping yang lazat, hidangan ini sangat sesuai untuk dijadikan snek dan juga makanan tengah hari! 

Untuk resepi ini:

Tahap 1 boleh menyediakan sapuan herba.
Tahap 2 boleh melakukan hampir setiap langkah dalam resepi ini.
Tahap 3 boleh melakukan hampir setiap langkah dalam resepi ini.

Salmon Percik 

Eh, belum Hari Raya lagilah!…tetapi ketika Mama asyik memasak di rumah, bila-bila masa boleh menjadi Hari Raya!

Salmon yang kaya dengan Omega-3, sangat bagus untuk jantung dan otak – dan oleh itu, ianya berkhasiat untuk seisi keluarga. Mama Siti sudah cuba resepi ini dan percayalah, sekali masak, rasa pedas dan ‘tangy’ menu ini pasti akan membuatkan Mama akan lebih kerap memasak menu ini di rumah (dan bakal menjadi kegemaran anak-anak!).

Untuk resepi ini:

Tahap 1 boleh melumurkan garam dan bahan perapan pada ikan salmon.
Tahap 2 boleh mengisar bahan-bahan kuah percik dengan menggunakan mesin pengisar. 
Tahap 3 dapat melakukan hampir setiap langkah dalam resepi ini dengan pengawasan orang dewasa.

Jom Nikmati Hidup Sihat dengan Naturel 

Untuk pengetahuan Mama, terdapat pelbagai aktiviti dan tips yang boleh dilakukan untuk sihat bersama keluarga; dari bersenam, membina mainan mini, berkebun dan memasak bersama. Namun, ada satu lagi komponen untuk memastikan keluarga anda mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, dan ia adalah makanan yang mereka makan!

Itulah sebabnya Mama Siti mencadangkan anda memilih produk Naturel!

Minyak Masak Naturel Blend diperbuat daripada minyak bunga matahari dan minyak kanola yang kaya dengan Vitamin E dan mengandungi Omega 3 dan 6. Tambahan pula, vitamin dan mineral ini sangat penting untuk pertumbuhan anak-anak. Apabila Mama menggunakan Minyak Masak Naturel Blend di dalam masakan Mama, Mama akan menyedari bahawa makanan tersebut akan berasa kurang berminyak, dan oleh itu, ia sangat sesuai untuk penyediaan makanan yang sihat. Ia juga boleh meningkatkan aroma rempah ratus tersebut, menjadikan hidangan Mama lebih wangi dan menyelerakan.

Minyak Zaitun Extra Virgin Naturel adalah minyak zaitun ‘cold-pressed’; dirumus khas dengan gabungan tiga kultivar buah zaitun Sepanyol yang TERBAIK untuk memberikan manfaat kepada kesihatan. Buah-buah zaitun tersebut kaya dengan antioksidan dan Vitamin E, mempunyai aroma zaitun dan rasa yang istimewa – sesuai untuk dimakan bersama salad!

Pasta Organik Naturel diperbuat daripada 100% Gandum Durum Organik, yang sinonim dengan pasta Itali yang berkualiti tinggi. Ia adalah makanan sihat yang rendah I.G. (Indeks Glikemik), kurang lemak dan tanpa garam. Hasilnya? Menu pasta yang sihat dan sedap untuk anak-anak anda.

Untuk menu sarapan yang sihat, Naturel telah melancarkan Marjerin Lembut Naturel, yang dihasilkan daripada minyak kanola dan minyak bunga matahari. Ia kaya dengan lemak yang baik dan bebas kolesterol. Marjerin Lembut Naturel sangat sesuai untuk dijadikan sebagai sapuan pada roti bakar kegemaran anda. Mulakan pagi anda dengan nutrien sihat hari ini!

Jadi, tunggu apa lagi? Masa untuk memulakan gaya hidup sihat dengan Naturel dan mula merancang cuti persekolahan yang sihat dan menggembirakan dengan seisi keluarga!

Artikel diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story