KelabMama

NGILU KETIKA SUNTIKAN EPIDURAL

Kesakitan ketika bersalin adalah antara kesakitan yang paling tinggi yang dialami oleh manusia. Jika di berikan skala di antara 0 hingga 50 daripada tiada kesakitan sehinggalah kesakitan melampau, maka purata angka yang ditandakan untuk kesakitan bersalin terutamanya anak pertama ialah melebihi 40.  Oleh itu, pelbagai kaedah telah digunakan oleh doktor dan juga pengamal perubatan untuk membantu mengurangkan kesakitan ibu semasa bersalin. Antaranya ialah pemberian gas pelali, suntikan dan ubat penahan sakit. Semua jenis teknik tersebut hanya dapat mengurangkan kesakitan antara 50% ke 60% sahaja.  Namun teknik moden yang di yakini oleh doktor-doktor pakar bius dapat mengurangkan kesakitan bersalin sehingga hampir 100% ialah teknik pembiusan epidural. Teknik ini lebih diguna pakai kepada ibu yang bersalin secara Cesarean. Namun jika ada permintaan daripada ibu yang boleh bersalin normal juga dibenarkan untuk mendapatkan suntikan (atas nasihat doktor). Jika ada ibu-ibu pernah merasa mendapat suntikan ini pasti ada perasaan seriau dan ngilu ketika proses suntikan berlangsung bukan?

 

            Ia melibatkan suntikan khas ubat bius setempat ke dalam lapisan lemak epidural (epidural space) yang mengelilingi cecair saraf tunjang (cereberospinal fluid) melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang pesakit. Sejenis tiub halus turut dimasukkan ke dalam lapisan lemak epidural pesakit untuk memboleh ubat bius di masukkan secara berterusan ke sehinggalah ibu selesai bersalin. Ubat bius ini akan bertindak menghalang penghantaran isyarat kesakitan daripada bahagian rahim dan vagina daripada sampai ke otak. Kesannya ialah kesakitan di bahagian pinggang dan ke bawah tidak di rasai oleh pesakit. 

 

            Suntikan Epidural memerlukan kepakaran dan latihan khusus dan hanya mampu dilakukan oleh Doktor bius yang telah mendapat latihan yang secukupnya. Doktor bius memberi bius epidural pada ibu yang hendak bersalin terlatih maka hampir tiada komplikasi yang bakal di alami oleh pesakit. Namun begitu sekiranya ianya dilakukan oleh doktor yang tidak terlatih maka ia boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala yang teruk untuk beberapa hari, ketidak stabilan tekanan darah, jangkitan kuman pada selaput saraf tunjang dan kelumpuhan sementara pada kedua-dua belah kaki. 

  

            Ibu-ibu yang hendak bersalin terutamanya anak sulung dan merasa takut dengan kesakitan bersalin bolehlah meminta perkhidmatan epidural daripada doktor bius di hospital berkenaan. Walau bagaimanapun tidak semua hospital menyediakan khidmat pembiusan epidural untuk ibu-ibu bersalin. Bertanyalah kepada bidan atau doktor bersalin semasa anda sedang mengandung berkenaan khidmat pembiusan epidural di hospital tersebut sekiranya anda ingin mendapatkannya.