KelabMama

Apa Yang Mama Harus Tahu Mengenai Najis Selepas Bersalin?

Berpantang dan sembelit adalah suatu yang tak dapat dipisahkan. Kebanyakkan wanita yang baru selesai melahirkan cahaya mata pastinya disusuli masalah sembelit pula.

Kecuali, Mama yang menggunakan alat bantuan seperti ubat pelembut najis atau seumpamanya sejak daripada awal.

Bagaimanapun secara umumnya, sembelit adalah suatu keadaan yang telah dijangka akan menimpa seorang ibu.

Pengalaman Mama Siti selepas melahirkan anak pertama dahulu turut tidak terkecuali apabila mengalami masalah sembelit. Namun, ia bermula sebaik Mama Siti selesai berpantang.

Sepanjang proses berpantang, Mama Siti tak berhadapan dengan masalah sembelit ekoran mengamalkan ubat lembut najis sejak daripada hari pertama.

Bagaimanapun, tindakan makan ubat berkenaan secara konsisten selama 40 hari berturut-turut menyebabkan Mama Siti sembelit teruk sehingga luka berdarah akibat tekstur najis yang keras.

Menurut doktor, puncanya kerana usus terlalu lama tidak memproses sisa makanan secara semulajadi menyebabkan ia sedikit ‘slow’ selepas Mama Siti mengentikan alat bantuan (ubat) berkenaan secara mendadak.

Dua minggu mengalami buasir berdarah, Mama Siti kemudiannya kembali jaga pemakanan termasuklah pengambilan buah-buahan berserat tinggi.

Pada masa sama, aktiviti bersukan turut membantu organ dalaman tubuh berfungsi dan bekerja dengan sebaiknya.

Alhamdulillah, keadaan itu beransur pulih dengan sendiri tanpa perlu makan ubat lagi.

Apa Yang Sedang Berlaku?

Jika ditanya situasi ketika itu, Mama Siti akui amalan consume ubat lembut najis yang terlalu lama adalah disebabkan trauma untuk membuang air besar secara normal.

Mana tidaknya, Mama Siti mengalami koyakan yang teruk semasa melahirkan anak menyebabkan proses jahitan sangatlah lama dan menyakitkan.

Ditambah pula keadaan benang yang renggang selepas dua minggu berpantang hingga doktor hampir bertindak untuk menjahit sekali lagi.

Namun kerana Mama Siti merayu tak sanggup dengan ‘azab’ itu, maka doktor berikan alternatif lain iaitu ubat anti-biotic dan dipantau doktor selepas ubat habis.

Makanya, Mama Siti asyik berhadapan pengalaman ngeri diseluk doktor dan jururawat berpuluh-puluh kali gamaknya sejak daripada detik kehamilan hingga berpantang.

Ini semua buat Mama Siti trauma dengan perkara-perkara melibatkan private part termasuklah untuk membuang air besar.

Menurut laporan Hello Doktor, sembelit selepas melahirkan anak biasanya berpunca daripada gabungan faktor berbeza – mungkin melibatkan sistem pencernaan sejak lahir, perubahan hormon, ubat selepas bersalin, dehidrasi atau rasa takut jahitan bersalin pada faraj akan terkoyak.

Bagi mereka yang melalui prosedur episiotomi atau koyakan faraj, ketakutan tersebut boleh menyebabkan Mama menahan keinginan membuang air besar. Tetapi adakah ia benar-benar menyakitkan untuk buang air besar selepas bersalin?

Perasaan bimbang sebenarnya boleh memburukkan situasi, sekali gus menjadi faktor sembelit terjadi. Ini kerana ia akan membuatkan Mama mengetatkan saluran belakang dan bukannya menenangkannya.

Hakikatnya, Mama mungkin tidak berasa apa-apa jika bersalin secara normal. Ini kerana bahagian antara faraj dan perineum (saluran dubur) mungkin sedikit kebas, ia disebabkan saraf di dalam dan sekeliling faraj telah meregang.

Jahitan bersalin pula tidak akan terbuka jika ke tandas. Sebaiknya, elakkan daripada meneran ke bawah kerana ini boleh menegangkan lantai pelvis dan melambatkan proses penyembuhan.

Semasa di dalam tandas, cuba bertenang dan jangan tergesa-gesa. Alihkan perhatian dengan mendengar muzik atau sebarang media sosial.

Jika bimbang mengenai jahitan faraj, lipat tuala wanita atau gunakan tisu bersih dan pegang bahagian perineum atau atas jahitan daripada depan. Ia membantu meredakan sebarang kesakitan yang dirasai.

Kebimbangan Untuk Bersama

Selain daripada kebimbangan mengenai proses membuang air besar, kebanyakkan Mama yang baru beberapa bulan bersalin turut khuatir untuk kembali bersama suami. Ini kerana perasaan trauma dan ngeri dengan luka jahitan.

Masakan tidak, kalau buang air besar pun boleh rasa ngeri, apatah lagi mengenangkan hubungan intim yang mana tentunya melibatkan anggota tubuh yang baru pulih tadi.

Secara tak sengaja akan flashback saat bertarung nyawa dan kesakitan melahirkan cahaya mata.

Sebab itulah ada wanita yang sanggup menolak hubungan intim selama hampir setahun bermula daripada hari pertama berpantang kerana belum bersedia dengan kesakitan dahsyat di area berkenaan yang ditanggung sebelum ini (melahirkan anak).

Malah, satu kajian di aplikasi Peanut yang menjalankan survey ibu-ibu milenium menunjukkan bahawa 72 peratus daripada mereka mengaku takut berasa sakit ketika melakukan hubungan seks selepas bersalin.

Bagaimana Mengatasinya

Sepatutnya, proses menimang cahaya mata menjadi detik indah pasangan suami isteri. Bagaimanapun, trauma dengan keadaan yang berlaku menyebabkan ramai Mama enggan melayan kemesraan si Papa.

Jangan biarkan kehadiran rezeki baru ini memudarkan rumah tangga Mama. Kelahiran si kecil sepatutnya menjadi penyeri dalam hubungan suami isteri.

Namun, kegelisahan melampau terhadap proses membuang air serta hubungan intim dengan sang suami menyebabkan Mama dan Papa semakin berjauhan. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh Mama dan Papa lakukan:

Tips untuk Mama:

Tips untuk Papa:

Sebenarnya keadaan ini boleh dikurangkan jika Mama tidak terbawa-bawa dengan emosi. The keywords are, tenang dan relax. Diakui memang ramai wanita luar sana merasa takut untuk bersama selepas bersalin. Jadi, mula dengan perlahan-lahan ya.


Dapatkan pelbagai tips selepas bersalin dan semasa berpantang di SINI!