KelabMama

Awas Murung Ketika Hamil! 7 Tanda Kemurungan Mama Papa Perlu Ambil Tahu

wanita murung ketika hamil

Bagi pasangan suami isteri yang menantikan cahaya mata, disahkan hamil tentunya menjadi khabar terindah buat mereka. Mana tidaknya, kehadiran si comel dianggap seperti pelengkap dalam proses rumah tangga selain menjadi penyeri hidup Mama dan Papa.

Namun, dalam keghairahan menyambut kehadiran ‘orang baharu’, bakal Mama dan Papa harus bersedia serta alert tentang risiko yang mungkin dihadapi sepanjang kehamilan termasuklah situasi kemurungan.

Sebab Terjadinya Murung Ketika Hamil

Ya, murung berisiko dihadapi oleh setiap ibu hamil dan perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan emosi serta mental Mama.

Malah, bahaya kemurungan ini juga apabila ia turut memberikan kesan kepada bayi dalam kandungan! Oleh itu, pentingnya untuk Mama dan Papa tahu apa yang dimaksudkan dengan murung sewaktu hamil.

Berdasarkan perkongsian daripada seorang pegawai perubatan, Dr. Zubaidi Ahmad, beliau memaklumkan antara sebab kemurungan dihadapi bakal ibu kebiasaannya disebabkan oleh perubahan gaya hidup sehingga mempengaruhi fizikal serta emosi.

Sebagai contoh Mama Siti jelaskan, wanita yang hamil ini sering risau terutama melibatkan keadaaan kesihatan kandungannya. Senang kata si ibu ini mudah menjadi paranoid dan fikir benda-benda buruk.

Mana tidaknya, kalau sebelum ini, seseorang wanita itu hanya memikirkan tentang keselamatan dirinya semata-mata, tetapi bila berbadan dua, setiap perkara yang berlaku membimbangkan kerana fokus lebih utama adalah mengenai keadaan si kecil di dalam rahim.

Contoh mudah adalah, kalau dahulu nak daki tangga selaju mana pun boleh, tetapi apabila tahu sedang hamil, automatic jadi risau sampai kalau boleh, setiap langkah itu sangatlah berhati-hati dan perlahan sahaja.

Sama juga apabila wanita itu mengalami keracunan makanan. Untuk pengetahuan, food poisoning ini sangat sensitif kepada wanita hamil dan jika ia berlaku, bakal ibu itu tadi pasti tak senang duduk memikirkan tentang janin dalam kandungan.

Bimbang jika berlaku perkara tak diingini. Sebab itulah ada bakal ibu yang kalau boleh, setiap minggu nak pergi scan demi melihat perkembangan bayi dalam kandungannya.

Meskipun kelihatan normal, namun boleh memberikan kesan emosi buat sang ibu yang mana kalau ia terlalu difikirkan secara kerap atau berlebihan, berupaya menyumbang kepada risiko kemurungan.

Selain daripada kebimbangan tentang kesihatan kandungan, ada juga para ibu yang risau memikirkan masalah kewangan dalam menyambut kehadiran ‘orang baharu’ atau merasakan yang mereka ini masih belum cukup aura keibuan, layakkah nak membesarkan anak dengan baik atau sebagainya.

Ini antara faktor gangguan emosi para ibu sehingga berpotensi menjadi murung disebabkan oleh perubahan gaya hidup sekeliling itu tadi. Selain itu, beberapa lagi penyebab yang mungkin menyumbang kepada faktor kemurungan adalah seperti:

7 Tanda Kemurungan Ketika Hamil

Bagaimana nak tahu adakah Mama termasuk dalam kategori murung sewaktu hamil atau tidak. Jom lihat tanda-tanda murung yang Mama Siti kongsikan:

Nota: Jika wanita hamil mengalami tiga atau lebih daripada tanda di atas dalam masa lebih daripada dua minggu, mereka harus segera dirujuk kepada kaunselor atau doktor pakar psikiatri.

Cara Rawat Kemurungan Ketika Hamil

Justeru, bagaimana nak elakkan murung ketika hamil atau hentikan perangai over thinking Mama ini? Mari tengok antara kaedah rawatan yang boleh dipraktikkan:

1. Menjaga Kesihatan Diri Ketika Hamil

Senaman antara terapi diri yang menyihatkan dalaman serta luaran. Walaupun sedang berbadan dua, ia bukan alasan ye untuk Mama tidak bersenam.

Ada aktiviti senaman yang sesuai untuk ibu hamil yang turut boleh mengurangkan rasa murung ketika hamil. Mama boleh lihat di sini.

Aktiviti senaman serta amalan gaya hidup sihat boleh menghasilkan minda dan tubuh yang cergas. Ia termasuklah menjaga pemakanan dan mendapatkan rehat cukup dengan menjaga waktu tidur Mama.

Gaya hidup sihat seperti ini boleh membantu Mama untuk kekal positif kerana penghasilan hormon yang baik. Ini juga sekaligus membantu Mama agar terus kekal bersemangat dan memberikan aura yang ceria meskipun dalam tempoh kehamilan!

2. Menghargai Kehamilan

Ingat Mama dan papa, tak semua pasangan diberikan rezeki untuk mudah hamil. Ada yang terpaksa menanti bertahun-tahun lamanya dan ada juga yang mencuba pelbagai rawatan sama ada secara tradisional atau kaedah moden.

Justeru, apabila diberikan peluang untuk mengandung, Mama haruslah hargai rezeki ini.

Setiap kali rasa down atau emosi tidak stabil, Mama kena kuat untuk fikirkan bahawa kehamilan ini adalah suatu kurniaan terindah dan menjadi detik istimewa bagi seorang ibu.

3. Jangan Terlalu Paksa Diri Dengan Perkara Yang Mama Tak Mampu

Tidak terlalu push diri dalam membuat sesuatu perkara juga boleh membuatkan Mama kurang stress. Mama tak perlulah terlalu strict dalam menyiapkan sesuatu tugasan itu, buat setakat yang mampu sahaja.

Sebab dalam tempoh hamil, adalah normal jika wanita mudah letih.

Sebagai contoh jika Mama rasa tak larat nak memasak pada hari itu, it’s okay, tapau sahaja makanan guna pesanan dalam talian.

Ingat, Mama jangan terlalu memaksa diri demi nak pastikan semuanya sempurna, ia boleh menyumbang kepada tekanan emosi serta fizikal. Sudahnya, Mama juga yang tertekan sebab penat.

4. Pastikan Anda Tetap Ada ‘Me Time’ Sendiri!

It’s okay kalau sesekali Mama nak buat sesuatu yang menyeronokkan hati contohnya nak tonton wayang seorang diri, nikmati aiskrim atau bercuti dengan pasangan sebelum kehadiran orang ketiga.

Buat aktiviti yang menggembirakan boleh membantu Mama happy dan secara tak langsung mengurangkan stress.

Pasti Mama jadi lebih enjoy dengan fasa kehamilan itu.

5. Mendapatkan Support System Daripada Suami

Jika Mama rasa kesunyian menjalani fasa kehamilan ini, apa kata luahkan pula pada suami agar pasangan juga faham apa yang dilalui oleh Mama.

Keletihan, morning sickness dan masalah sepanjang hamil ini memang buat Mama mudah emosi. Papa pula jangan rasa tiada bantuan yang boleh dihulurkan apabila isteri mengalami kemurungan.

Sebenarnya banyak sangat perubahan positif apabila papa sama-sama ambil peranan memahami emosi sang isteri.

Dengar luahan isteri setiap hari dapat mengurangkan beban yang ditanggung dalam fikiran mereka. Selain itu, papa juga boleh memanjakan isteri dengan mengurut kakinya atau menemani isteri melakukan senaman untuk ibu mengandung.

Satu lagi cara mudah adalah, apa kata papa bantu isteri siapkan tugasan rumah tangga contoh ambil alih kerja memasak atau cuci pakaian. Percayalah, emosi isteri itu akan lebih berbunga-bunga dan senyumannya sampai ke telinga sepanjang hari!

Walaupun tanda kemurungan dilihat seperti isyarat normal oleh wanita hamil, namun rawatan perlu dilakukan bagi mengelakkan ianya menjadi lebih serius.

Masih ramai yang salah anggap apabila berpendapat sikap terlebih sensitif ibu itu adalah sengaja dibuat atau sekadar mengada-ngada.

Masyarakat terutamanya para suami perlu memainkan peranan besar dengan memberikan sokongan moral agar kehamilan yang dilalui menjadi seronok sama seperti keterujaan ketika pertama kali disahkan mengandung.

Good luck mommy and daddy-to-be!


Dapatkan pelbagai info berguna tentang kehamilan di SINI.