KelabMama

Masakan yang Sihat Menjamin Kehidupan yang Menggembirakan: 3 ‘Mumfluencers’ Kongsikan Tips & Resepi untuk ‘Picky Eaters’ di Rumah

Mama tahukan rasa ‘lega’ dan menyeronokkan apabila anak-anak menghabiskan suapan makanan terakhir yang anda masak dan hidangkan? Ia merupakan perasaan yang paling menggembirakan buat seorang ibu, bukan? Yang pastinya, tiada kerjaya mahupun kejayaan yang berbentuk benda atau material mampu mengatasi ‘kejayaan’ tersebut – terutamanya jika Mama mempunyai anak picky eater

Mama sudah pastinya sangat bersyukur jika memiliki anak-anak yang sangat gemar untuk makan – impian setiap mak ayah tau! Tetapi, untuk pasangan yang dikurniakan dengan anak-anak yang mempunyai selera lain daripada yang lain, jangan risau, jom belajar bersama Mama Siti untuk menjadi lebih kreatif dalam penyediaan makanan mereka! 

Di sini, Mama Siti ingin mengajak Mama semua untuk ‘mengintip’ dapur 3 orang mumfluncers yang terkenal dan belajar satu atau dua tip bagaimana mereka mengajar anak-anak mereka makan sehingga habis licin pinggan! 

Blend & Blitz!

Mama ingat lagi masa bayi anda baru mula makan makanan pepejal? Mama pasti akan mengadun atau blend setiap bubur, sup, sayur yang dikukus, dan daging agar anak anda menjamah makanan yang baik dan bernutrisi tanpa tersedak bukan? Mama ingat lagi? Betul! Kaedah ini masih boleh digunakan walaupun si manja anda sudah membesar dengan gigi mereka tersusun cantik dan kuat! 

Apa Mama? Anak-anak Mama tidak suka makan brokoli? Bawang…eww! Anak anda yang berusia empat tahun fikirkan halia dan kunyit adalah sejenis raksasa yang boleh menyerang mereka? Apa kata Mama blend and blitz bahan-bahan tersebut agar tidak dapat dilihat dengan mata kasar mereka. Saya telah cuba, dan ianya sangat berkesan ya! 

Ada masanya anak saya akan mengutip setiap brokoli kecil atau bunga kubis dari mangkuknya, jadi saya mula mengukus sayur-sayur ini, sejukkan, dan kemudian kisarkan bersama hirisan pisang, avokado, dan susu segar, dan juga sesudu serbuk koko. Apabila dihidangkan sedemikian, barulah saya dapat melihat dia menghabiskan setiap titisan menu air istimewa ini!

Hai, Nama Saya…

Menamakan hidangan anda dengan nama-nama lucu – seperti memanggil daging ayam sebagai daging dinosaur, merupakan antara salah satu kaedah yang menyeronokkan untuk mengajar anak makan makanan yang disediakan. 

Reka satu jalan cerita tentang makanan tersebut, masukkan elemen superheroes kegemaran mereka jika perlu, dan beritahu mereka bagaimana idola mereka mendapat kekuatan dan otot tersebut melalui pemakanan yang sihat! 

Menggubah sesuatu makanan menjadi satu pengembaraan gastronomi sangat berkesan dengan anak-anak kecil. Seperti kata pepatah, mulakan daripada usia yang masih muda!

Masak Bersama, Kekal Bersama

Selain daripada itu, menyediakan masakan bersama anak-anak merupakan cara terbaik untuk mengeratkan hubungan bersama mereka. Proses ini akan membuatkan anak-anak memegang, mencium, menyentuh, dan merasa “sayuran menakutkan” atau bahan-bahan tertentu dan seterusnya, memperluaskan pengetahuan dan minat mereka terhadap makanan. Malah, anak-anak Mama juga dapat menanyakan soalan ketika proses ini dan dan ia merupakan satu peluang hebat untuk mengatasi ketakutan mereka terhadap bahan-bahan tertentu.

Dalam proses pemasaran, penyediaan, dan memasak, ibu atau ayah boleh bercakap tentang jenis makanan, cara memasak yang sihat, dan pentingnya memilih bahan-bahan premium dan jenama yang dipercayai dengan anak-anak kita. Masa yang diluangkan bersama-sama akan menambah memori indah bukan sahaja akan terpahat dalam ingatan mereka, malah, apa yang dipelajari akan dijadikan warisan turun temurun. 

Tak kisahlah betapa kecil atau sedikitnya tips atau petua yang diberikan, saya pasti, anak-anak kita akan turut memberitahu atau mengajar anak-anak mereka sehingga ke generasi seterusnya. 

Minyak Yang Menjadi Pilihan Ramai Berabad Lamanya 

Selama lebih satu abad, Minyak Masak Mazola telah menjadi ‘bintang utama’ di dapur kita – daripada zaman nenek moyang hingga ke mak kita, dan sekarang, diri sendiri menggunakannya. Ramai di antara kita akan ingat melihat ibu memasak dengan Minyak Masak Mazola semasa kita masih kecil dan sekarang, kita sendiri menggunakan minyak yang sama untuk dikongsikan dengan anak-anak. Nostalgik sangat! 

Berasal dari Amerika Syarikat pada tahun 1911, produk Mazola adalah 100% tulen dan semula jadi tanpa bahan pengawet atau bahan tambahan dan bebas dari kolesterol. Sebilangan besar Minyak Masak Mazola mengandungi Vitamin E secara semula jadi dan polyunsaturated asid lemak – yang merupakan komponen penting dalam kesihatan jantung.

100% Asli & Tulen

Pemahaman umum mengenai kolesterol tinggi adalah ketika kita makan terlalu banyak makanan berlemak dan berminyak; tetapi hasil kajian menunjukkan bahawa sebilangan besar minyak yang boleh dimakan yang mengandungi asid lemak penting (seperti Omega-3) sebenarnya menghalang kita daripada masalah metabolik yang meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, dan diabetes.

Definisi umum minyak sihat adalah minyak yang bebas daripada kolesterol, rendah lemak tepu, dan kaya dengan lemak monounsaturated dan polyunsaturated. Satu lagi faktor penting yang harus kita perhatikan ialah Nilai Peroksida (PV) minyak. PV biasanya digunakan untuk menentukan tahap atau keadaan pengoksidaan lemak dan minyak. Sekiranya PV terlalu tinggi, minyak tersebut akan dianggap tengik atau rancid, dan minyak ini akan mengakibatkan pengoksidaan asid lemak dan akhirnya meningkatkan risiko diabetes dan penyakit jantung koronari.

Oleh itu, sangat bagus untuk mengetahui bahawa nilai Peroksida Minyak Masak Mazola berada jauh di bawah 2mEg/kg berbanding dengan beberapa jenama lain yang mungkin 3mEg/kg ke atas.

What’s Cooking, Mazola?

Pengurusan Mazola telah menjalankan R&D yang luas, dari masa ke semasa demi menghasilkan pelbagai minyak masak yang unggul dan selamat untuk hidangan kepada yang tersayang. Semua Minyak Masak Mazola dihasilkan sesuai dengan piawaian yang telah diiktiraf – memastikan kualiti yang terbaik untuk setiap keluarga.

Sama seperti ibu-ibu kita yang bijaksana, yang telah menunjukkan cara untuk menjaga dan mengasihi keluarga, sekarang merupakan masa untuk kita pula menurunkan tips ini kepada anak-anak. 

Rangkaian minyak masak Mazola yang unggul terdapat di semua kedai utama.

Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.