KelabMama

Betul Ke Ni Mama? Mitos Pelik Tentang Penyusuan Susu Ibu Yang Sering Didengar

Susu ibu tidak mempunyai kandungan zat besi yang mencukupi.

Pernah tak Mama dengar mitos hingga Mama rasa boleh percaya ke ni? Haa, jika Mama pernah, jom debunk mitos-miots mengarut ini!

Jika Mama terfikir, “Kenapa mitos macam ini wujud eh?” Mitos ini selalunya hendak memberi pengajaran daripada kita. Orang dulu-dulu ada cara mereka tersendiri untuk mengajar kita supaya prihatin dengan keadaan sekeliling. Tetapi, mitos juga lama-lama macam ridiculous kan?

Sebenarnya, banyak je mitos tentang penyusuan badan ibu ni. Mujurlah ada Nad Masrom, seorang Kaunselor Laktasi bertauliah. Nad Masrom memang handal share semua tentang apa yang Mama perlu tahu tentang menyusu bayi daripada badan.

Kalau Mama nak baca dengan lebih lanjut, jom baca di bawah.

5 Mitos Aneh Tentang Penyusuan Susu Ibu

Mitos #1 Kiri Air, Kanan Nasi

Fakta: Kedua-dua payudara mengandungi foremilk dan hindmilk. Susukan satu payudara sahaja pada satu sesi.

Fakta menarik yang Mama perlu tahu adalah pada awalnya pengeluaran susu dipanggil sebagai foremilk. Ia cair umpama air, sebab itulah bayi yang menyusu tak memerlukan air kosong. Lemak dalam susu ibu akan meningkat seiring dengan masa penyusuan. Susu Mama pada akhir penyusuan dipanggil sebagai hindmilk. Ia mengandungi segala nutrien yang diperlukan oleh si manja Mama seperti karbohidrat, protein, vitamin dan lain-lain tau!

Mitos #2 Bayi Menangis Tak Cukup Susu

Fakta: Bayi mungkin tidak selesa atau sekadar nak tenang sahaja. Fahami ragam bayi.

Kadang-kadang bayi tidak berapa selesa dengan keadaannya. Mungkin juga mempunyai ragam yang tak tentu sahaja. Pastikan mereka dalam posisi yang betul tau Mama supaya mereka tidak banyak ragam. Nanti mereka ragam, susah Mama.

Mitos #3 Payudara Kecil Susu Sikit, Payudara Besar Susu Banyak

Fakta: Besar atau kecil hanya disebabkan jumlah sel lemak yang berbeza. Semakin tinggi demand (permintaan) semakin tinggi supply (pengeluaran).

Menurut Portal MyHealth, menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangka masa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Dan ia sangat penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap Mama menyusu, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Haa, satu lagi bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari tau Mama.

Mitos #4 Bayi Kuning Wajib Topup Susu Formula

Fakta: Penyusuan yang kerap, cukup hindmilk, posisi dan lengkapan yang betul dapat kurangkan kuning.

Dengan penyusuan yang kerap 8 hingga 12 kali sehari, ia dapat kurangkan kuning bayi ya Mama~ So, jangan stop breastfeeding kerana banyak nutrien dan vitamin yang diberikan daripada breastfeeding.

Mitos #5 Nak Tahu Susu Cukup, Kena Sukat Dengan Botol

Fakta: Penghasilan susu mengikut demand dan saiz perut bayi.

Si kecil akan lapar bila-bila masa sahaja dan apabila mereka lapar, meragam dan menangis tu, boleh terus susu ya Mama. Bila mereka dah kenyang tu, jangan lupa sendawakan mereka.

Kredit: TikTok Nad Masrom

Semua mitos ini memang memeningkan dan Mama Siti tak percaya adalah ini realiti!? Macam-macam mitos penyusan susu daripada badan ibu ni rupanya. Setiap ibu dan anak berbeza tau Mama, jangan pukul rata semua~

Memang bernasib baik ada Kaunselor Laktasi Nad Masrom sudi berkongsi fakta sebenar! Dapat pun debunk semua mitos ini. Selalu kita kene fact-check dulu sebelum percaya tau Mama!

Hati-hati dengan mitos ya Mama~