KelabMama

Suka Duka Selepas Menyambut Kelahiran Bayi: 3 Realiti Kehidupan Bakal Mama Harus Tahu

Buat bakal-bakal Mama yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung, pastinya anda sedang berasa sangat gembira dan berdebar bukan? Teringat kembali memori mengandung dan melahirkan anak sulung. Pelbagai jenis perasaan dan kebimbangan yang bermain di fikiran saya dan suami. Daripada tahap perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan, kepada kehidupan sebagai seorang ibu dan bapa.

“Macam mana nak bersalin nanti? Nak menyusu, pakaian, nak beli lampin pakai buang, pemakanan dan lain-lain. Risau, tapi tak sabarnya!”

Pelbagai jenis perasaan dan rasa yang tak terungkap. Tak dinafikan juga, pertama kali menantikan kelahiran cahaya mata sulung merupakan satu pengalaman baru dan seperti satu tahap kehidupan yang sangat baru! 

Pasti Mama yang sedang hamil pun rasa begitu bukan? 

Jika ada yang menanyakan Mama Siti, berikut merupakan tiga perkara yang Mama Siti akan kongsikan kepada ibu-ibu lain dan harus diberi perhatian oleh bakal ibu sebaik sahaja kelahiran bayi nanti. Tiga perkara inilah yang akan dirindui, dan seperti tanda titik mula kehidupan menjadi seorang ibu.

#1 Bau dan ‘skin-to-skin’ bayi baru lahir 

Berdasarkan pengalaman Mama Siti, perkara yang paling Mama Siti rindukan semestinya bau bayi yang baru lahir. Indah dan tenang tak terucap dengan kata-kata. Terus hilang rasa perit dan penat bertarung nyawa melahirkannya sebelum itu. Sebab itu pentingnya ‘skin-to-skin contact’ dengan bayi sejurus kelahiran si manja.

Antara manfaat ‘skin-to-skin’ Mama dengan bayi yang baru lahir: 

Untuk Bayi

  1. Manfaat jangka panjang iaitu perkembangan dan fungsi otak si manja akan menjadi lebih baik, dan lebih mudah dekat dengan ibu bapa. 
  2. Lebih mudah untuk bayi menyusu susu ibu sebaik sahaja dilahirkan. 
  3. Peningkatan sistem imun dan memudahkan si manja untuk menyerap dan menghadam nutrien penting. 

Untuk Mama

  1. Berpotensi untuk mengurangkan pendarahan dan risiko kemurungan selepas bersalin. 
  2. Pengalaman menyusukan anak menjadi lebih baik dan positif. 
  3. Meningkatkan penghasilan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan. 

Apabila si manja sudah mula makan ‘solid food’ dan besar sedikit, bau masham-masham dia pula yang menjadi kegemaran Mama. Setiap masa rasa nak cium dan gomol je! 

#2 Kaedah penyusuan adalah pilihan si ibu.

Ada sesetengah memilih untuk berikan susu badan terus kepada si manja, malah ada juga yang memilih untuk mengepam dan berikan melalui botol. Ada juga ibu-ibu yang tidak dikurniakan rezeki susu badan yang banyak, lalu memilih untuk memberikan susu formula kepada anak mereka.

Mana-mana pun sebenarnya tidak salah dan Mama tidak perlu rasa tertekan mengenai hal ini. Mama hanya perlu lakukan apa yang Mama rasa terbaik untuk badan Mama dan si manja. 

Penyusuan bukanlah mudah seperti yang disangka. Proses penyusuan susu ibu sendiri mempunyai pelbagai cabaran dan keadaan yang harus ditempuhi. Cukup dengan Mama tahu apa yang terbaik dan tidak memudaratkan bayi, disertai sokongan suami, Mama boleh teruskan kaedah penyusuan yang selesa buat Mama. Usah pedulikan kata-kata orang lain yang tidak menyenangkan. 

#3 Hati-hati! Kulit si manja sangat lembut, dan sensitif.  

Kulit si manja yang baru lahir sangat lembut, mulus, dan gebu! Sama ada kulit pipi, jari-jemarinya yang kecil, mahupun punggung si manja, semua rasa nak picit 24 jam. Seronok tengok kulit si manja yang gebu dan toink-toink apabila dipicit. 

Tetapi, nanti dulu Mama. Jangan asyik seronok lihat kulitnya yang begitu, terus Mama lupa perkara yang perlu diberi perhatian apabila berkaitan dengan kulit si manja. 

Disebabkan kulit mereka yang lembut dan sensitif, Mama perlu memastikan untuk memilih material pakaian, produk mandian dan lampin pakai buang yang sesuai dengan si manja. Mama Siti tak nafikan, bahawa proses ini sedikit ‘tricky’ dan kadang-kala menguji kesabaran. Hal ini adalah kerana, Mama harus membuat kajian bahan-bahan produk yang ingin digunakan kepada bayi dan juga Mama akan melalui proses ‘try and error’. 

Salah memilih produk dan material boleh memberi kesan negatif kepada kulit bayi. Pada Mama Siti, pemilihan lampin yang betul adalah sangat penting. Salah memilih lampin boleh menyebabkan kulit bayi mengalami kemerah-merahan, keradangan, dan iritasi yang tidak selesa.

Mama Siti bukanlah mahir atau ‘master’ dalam memilih lampin, tetapi selepas pengalaman anak pertama, Mama Siti ‘stick’ dengan dua tips utama ini:

Dengan memikirkan kulit si manja yang sensitif dan berdasarkan dua tips di atas, Mama Siti pastikan untuk membuat kajian yang mendalam mengenai pemilihan lampin bayi dan akhirnya Mama Siti (dan si manja) terpikat dengan lampin pakai buang Genki!.

Kredit: Facebook @GenkiMalaysia

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Home Tester Club, *9 daripada 10 ibu bersetuju bahawa lampin pakai buang Genki! adalah 3 kali lebih lembut dan menyerap berbanding lampin semasa yang mereka gunakan

*Tinjauan dilakukan oleh Home Tester Club antara 7/5/2021 dan 24/5/2021, dimana 213 ahli telah menerima dan menggunakan Genki! Tape Diaper. 

Genki! Newborn Tape – Tiga Kali Kelembutan (Dan Keselesaan) Pada Si Manja! 

Mengikut pengalaman, Genki! Newborn Tape ni sangat sesuai buat anak-anak Mama Siti yang baru lahir. Genki! Newborn Tape yang diperbuat daripada 100% bahan seperti kapas menjadikannya tiga kali lebih lembut dan daya penyerapan yang tinggi, dimana ia mampu menarik kelembapan daripada kulit si manja selama berjam-jam lamanya. Tape yang digunakan pun sangat lembut dan selesa, tidak meninggalkan kesan merah pada bahagian pinggang bayi.

Kredit: Facebook @GenkiMalaysia

Yang paling membuatkan Mama Siti tertarik dengan Genki! Newborn Tape ini adalah ia bebas daripada sebarang pewangi dan klorin. Barulah kurang atau tiada kegatalan pada kulit bayi. Kita pun rasa seronok tengok kulit bayi yang lembut dan bersih daripada keradangan dan kegatalan bukan? 

Berita Baik Buat Mama Semua. Rebut Hadiah Menarik Daripada Genki!

Haa, untuk menambahkan kegembiraan Mama atau bakal Mama semua, bermula Oktober 2021 hingga Januari 2022, Genki! menganjurkan Genki! Happy Start Campaign dimana 10,000 lampin pakai buang akan diberikan bersama ‘gift packs’ eksklusif yang lain DAN hadiah-hadiah menarik yang bernilai sehingga RM100,000! 

Psst. Hadiah-hadiah tersebut istimewa daripada LG, La Gourmet, Bio-Oil, Photobook, dan banyak lagi tau! Bukan biashe-biashe bak kata milenial sekarang. 

Untuk menjadi salah seorang Mama yang bertuah dan menikmati tawaran menarik ini, Mama hanya perlu mengikuti langkah-langkah dibawah: 

  1. Layari www.genki.com.my/starthappy
  2. Daftar dan isikan maklumat diri (nama, nombor telefon, alamat dll)
  3. Tunggu pengesahan SMS dan pengumuman pemenang! 
  1. Beli sebarang produk Genki! di Lazada/Shopee 
  2. Layari www.genki.com.my/starthappy 
  3. Daftar dan isikan maklumat diri (nama, nombor telefon, alamat dll)
  4. Muat naik resit pembelian (dalam bentuk pdf, jpg, atau png)
  5. Dan tunggu pengumuman pemenang! 

Mudah bukan? Jangan fikir lagi Mama. 

Dapatkan dan rasai tiga kali kelembutan lampin Genki! pada si manja dan tiga kali keceriaan buat Mama (dan Papa!) dengan melayari laman rasmi Genki! dan juga Facebook Genki! hari ini.