KelabMama

6 Menu Sahur Ekspres Tapi Menyelerakan, Sesuai Untuk Malam-malam Terakhir Ramadan

resepi simple untuk sahur

Selalunya kalau dah lambat bangun ni Mama mesti fikir nak masak telur kicap je sebab ni paling simple dan cepat. Nak masak menu lain risau tak sempat. Tapi, sebenarnya ada menu sahur ekspres Mama boleh masak selain telur kicap.

Jom tengok menu apa yang Mama Siti nak kongsikan untuk sahur esok.

6 Menu Sahur Ekspres untuk Mama

1. Ayam Goreng Bawang Putih

Kredit Gambar: YouTube Channel Srikanda Senja

Bahan-bahan

Bahan kisar

Cara penyediaan:

  1. Mama gaul dulu ayam dengan garam.
  2. Blend bahan kisar tadi sehingga halus.
  3. Campurkan bahan kisar dengan ayam.
  4. Masukkan tepung ubi kayu, gaul rata.
  5. Perapkan ayam Mama lebih kurang 15 minit.
  6. Selepas 15 minit, gorengkan ayam dan masukkan bawang putih.
  7. Terbalikkan ayam dan goreng sehingga masak.
  8. Ayam goreng bawang putih sedia untuk dihidang.

Resepi: Dapur Biru

2. Udang Goreng Bersama Telur Dadar

Bahan-bahan

Cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan serbuk lada putih, sedikit garam dan tepung jagung. Kacau rata sehingga sebati.
  2. Masukkan bawang merah, lobak merah, daun bawang dan tomato.
  3. Seterusnya panaskan sedikit butter dalam kuali, bila butter dah cair Mama tuangkan telur ke dalam kuali.
  4. Kemudian Mama susunkan udang Mama.
  5. Terbalikkan telur Mama bila bahagian bawah dah garing.
  6. Bila bahagian bawah dah masak Mama boleh toskan sekejap.
  7. Sedia dihidangkan panas-panas.

Nota: Mama nak gorengkan udang dulu pun boleh juga, terpulang pada citarasa Mama ye.

Resepi: Buat Orang Lapo

3. Ayam Masak Blackpepper

Kredit Gambar: YouTube Channel Che Nom

Bahan untuk perapan

Bahan tumbuk halus

Bahan-bahan lain

Cara penyediaan:

  1. Marinate ayam dengan sos tiram, kicap cair, kicap manis dan serbuk lada hitam. Gaul rata, dan perapkan lebih kurang 15 minit
  2. Kemudian panaskan minyak, gorengkan ayam sehingga separuh masak atau keperangan. Ketepikan ayam.
  3. Keluarkan sedikit minyak, Mama masukkan bahan tumbuk halus tadi sehingga kekuningan.
  4. Tambahkan bawang holland sedikit dalam tumisan.
  5. Masukkan lada hitam, gaul rata.
  6. Seterusnya, Mama masukkan ayam goreng, sos tiram, air dari bekas perapan dan air dari bekas tumbuk halus tadi. Kacau rata.
  7. Tambahkan kicap manis sedikit, lobak merah dan tutup dengan penutup dalam 10 minit.
  8. Bancuhkan tepung jagung sedikit, masukkan dalam kuali dan masukkan garam, gula dan capsicum.
  9. Tambahkan sedikit air kalau Mama suka kuah cair.
  10. Akhir sekali, masukkan bawang holland dan tutupkan api.
  11. Sedia untuk dihidang menu sahur Mama.

Nota: Pastikan Mama kacau rata tepung jagung untuk elakkan tepung jadi berketul-ketul.

Resepi: Che Nom

4. Telur Bistik

Kredit Gambar: Resepi Fesbuk

Bahan-bahan

Cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur dan masukkan sos ikan. Gaulkan sampai rata.
  2. Mama goreng telur dadar seperti biasa. Toskan.
  3. Dalam kuali lain, Mama tumis bawang holland, putih dan cili sampai wangi.
  4. Masukkan isi ayam, gaul rata.
  5. Dalam mangkuk kecik, Mama masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram, masukkan sedikit dan kacau sebati.
  6. Masukkan sos yang Mama bancuh dalam kuali, biarkan sehingga mendidih.
  7. Tambahkan sayur campur dan tomato, sos ikan, gula dan daun sup.
  8. Curahkan kuah atas telur dadar. Kalau nak masukkan telur tadi dalam kuah tadi dan panas atas api sekejap pun boleh. Siap!

Resepi: Rezeki Dapur Kita

5. Ikan Tongkol Kicap Berempah

Kredit Gambar: Resepi Mudah

Bahan-bahan

Cara penyediaan:

  1. Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing.  Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap.  Didihkan seminit.
  4. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.
  5. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.

Nota: kalau Mama nak guna ikan lain pun boleh juga tak ada masalah.

Resepi: rasa

6. Singgang Ikan Tongkol

Kredit Gambar: RASA

Bahan-bahan

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air dan masukkan bawang merah dan putih, cili kering, lengkuas dan asam keping.
  2. Mama tunggu sehingga air mendidih, kemudian masukkan ikan.
  3. Biarkan kuah mendidih, perlahankan sedikit api dan masukkan garam dan gula merah.
  4. Bila ikan Mama dah masak, Mama masukkan kacang bendi.
  5. Bendi Mama dah layu, boleh matikan api dan siap untuk dihidang menu sahur Mama.

Resepi: Dapur Berasap

Nota: Mama boleh gunakan gula melaka anggaran ¼ ketul dan asam pula bergantung jenis asam, kalau asam jenis masam Mama boleh letak 1-2 je.

Prefect sedikit menu sahur ekspres kali ni, kalau tak sahur dengan telur kicap je bosan jugak. Menu-menu sahur ekspres ni simple je tapi menyelerakan untuk family Mama makan lagi-lagi waktu sahur yang tak ada mood nak makan.

Selamat mencuba Mama!


Mama nak tahu apa lagi menu yang Mama boleh cuba? Klik di SINI.