KelabMama

MENopause: Adakah Ia Faktor Lelaki Berusia Bersikap Biadap?

Menopause biasa didengar dalam kalangan wanita dimana proses perubahan semulajadi yang disebabkan oleh perubahan keseimbangan hormon seks badan. Apabila mencapai menopause, tahap estrogen berkurangan, yang menyebabkan ovari berhenti menghasilkan telur setiap bulan.

Baca lebih lanjut: Kenali Lebih 15 Tanda Menopause Yang Para Wanita Perlu Take Note

Namun tahukah anda Menopause dalam kalangan lelaki juga berlaku? Baru-baru ini seorang selebriti “Otai” di kritik setelah dianggap bersikap biadap oleh para netizen terhadap seorang wartawan ketika ditemu bual secara langsung.

Sebuah perkongsian di Twitter mengaitkan tindakan selebriti tersebut dengan menopause “versi” lelaki.

Apakah Menopause lelaki? apakah simptom dan faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku?

Menopause Lelaki?

Masalah menopause lelaki atau dalam istilah yang sebenarnya – andropaus – wujud dalam kalangan lelaki. Berbeza daripada menopause wanita, tidak semua lelaki mengalaminya dan ia mungkin berkait rapat dengan masalah hipogonadisme (pengurangan penghasilan hormon seks lelaki: testosteron kerana pelbagai aktor).

Andropaus melibatkan penurunan pengeluaran testosteron pada lelaki berusia 50 tahun ke atas dan menyebabkan masalah fizikal, seksual dan psikologi. – Sumber: Hellodoktor.com

Simptom Menopause Lelaki

Kadang-kadang, apabila lelaki semakin tua, sekitar 40-an atau 50-an, mereka mungkin berasa sedih, kurang atau tiada keinginan melakukan hubungan seks, atau menghadapi masalah libido. Ini boleh berlaku kerana hormon dalam badan mereka mengalami perubahan, seperti wanita yang mengalami andropause.

Terdapat beberapa simptom andropaus iaitu:

Faktor Menopause Lelaki

Testosteron membantu mental dan fizikal anda supaya bertenaga, memastikan perkembangan otot anda sihat, dan membuatkan anda kekal tenang apabila dalam situasi bermasalah.

Ia juga membantu badan anda melakukan perkara penting yang lain seperti menstabilkan penghasilan sperma dan lain-lain fungsi badan.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan andropaus antaranya ialah:

Perkara ini biasanya diterukkan lagi dengan faktor usia yang meningkat termasuklah terjadinya:

Biadap Kerana Andropaus?

Berbalik kepada persoalan artikel ini, biarpun terbukti bahawa andropause ini akan menjejaskan perubahan mood yang tidak menentu dan emosi serta kesihatan mental dan fizikal tidak stabil.

Namun ianya bukan alasan untuk seseorang bersikap kurang sopan, apa lagi seseorang itu ternama di khalayak ramai.


Banyak lagi info menarik mengenai kesihatan lelaki di SINI.