KelabMama

Mengidam Perkara Aneh Ketika Hamil, Adakah Ia Berkait Dengan Mental Mama?

Mengidam atau “craving” adalah keinginan secara tiba-tiba untuk makan makanan tertentu. Terdapat pelbagai panduan saat mengidam bagi para Mama.

Perkara ini adalah pengalaman sebenar dan telah mempengaruhi ramai wanita semasa hamil. Kadangkala Mama mungkin mengidamkan makanan biasa seperti kek coklat atau epal.

Kadangkala pula Mama mungkin mahu makan gabungan makanan yang luar biasa atau makanan yang biasanya Mama tidak suka. Keinginan makanan biasa termasuk ais krim, coklat, makanan manis lain, ikan, produk tenusu dan buah-buahan.

Namun tidak kurang juga ibu mengandung yang mengidam perkara yang bukan makanan atau disebut sebagai “pica“.

Mengidam Perkara Aneh (Sindrom Pica)

Sindrom pica juga dikenali sebagai picamalacia adalah keadaan seseorang ingin makan benda-benda “aneh” seperti bahan-bahan yang tidak boleh dimakan sehingga dalam sebahagian kes, boleh membahayakan kesihatan.

Contohnya seperti ais batu, rambut, pasir, syiling, beras, sabun mandi, dan pelbagai lagi.

Pakar perubatan mengklasifikasikan pica sebagai gangguan makan. Sebilangan wanita mungkin mengalami sindrom pica semasa kehamilan. 

Kesan yang dialami oleh mereka yang mempunyai sindrom Pica ini antaranya adalah:- 

  1. Gigi patah atau rosak 
  2. Sakit perut 
  3. Najis berdarah 
  4. Keracunan plumbum 

Faktor Mengidam Perkara Aneh

Penyebab pica yang paling biasa termasuk:

  1. Kehamilan
  2. Kondisi tumbesaran, seperti autisme atau ketidakupayaan intelek
  3. Kondisi kesihatan mental, seperti skizofrenia
  4. Norma budaya yang melihat bahan bukan makanan tertentu sebagai suci atau mempunyai sifat penyembuhan
  5. Kekurangan zat makanan, terutamanya anemia dan kekurangan zat besi

Kurangkan Risiko Pica

Seperti yang kita telah lihat, pica boleh mendatangkan kemudaratan bahkan boleh membahayakan bayi dan Mama.

Berikut antara cara mengurangkan risiko sindrom Pica:

1. Menahan diri dari makan sesuatu yang aneh

Mengidam bukanlah sesuatu yang harus dituruti setiap masa. Selagi ianya tidak membahayakan maka tiada masalah jika ingin dituruti.

2. Alihkan perhatian

Mama juga boleh sibukkan diri dengan aktiviti lain untuk lupakan “craving” mama.

3. Makan makanan yang sihat dan bernutrisi tinggi

Antara penyebab sindrom Pica ialah nutrisi yang tidak mencukupi. Makan makanan yang tinggi nutrisi bagi mencukupkan badan dengan bekalan zat-zat dan mengurangkan risiko menghadapi sindrom pica.

4. Gantikan makanan

Gantikan makanan yang Mama mengidam dengan sesuatu yang seakan-akan sama tekstur bau atau rasa seperti sabun dengan sumi atau puding, dan daun dengan ulam.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Banyak lagi info berkenaan kehamilan di SINI.