KelabMama

Memasak Tidak Sepatutnya Membebankan! Alce Nero Kongsikan Cara Yang Mudah (+ Pelbagai Resepi Yang Sedap!)

Kredit: xFrame

Mama, saya lapar!

Sebagai seorang Mama, kita siap sedia perlu ‘memakai’ topi chef sepanjang masa untuk menghasilkan 3 ke 6 hidangan sehari – sarapan pagi, snek waktu pagi, makanan tengah hari, minum petang, makan malam, malah, ada hari, Mama juga kena sediakan supper! Ye Mama, saya pun faham sangat dengan keadaan ini kerana anak-anak saya pun lapar memanjang, 24 jam. Aduhai, letih rasa! 

Kadang-kadang, sangat susah untuk memenangi hati anak-anak; mereka boleh menjadi pengkritik yang paling tegas dalam menilai setiap makanan yang kita sediakan untuk mereka; memikirkan diet seimbang dan berkhasiat yang akan mereka makan adalah pekerjaan sepenuh masa mak-mak semua! 

Tetapi adakah Mama pernah fikirkan bahawa menyediakan makanan sebenarnya boleh jadi menyeronokkan dan mudah untuk Mama dan anak-anak? Biar Mama Siti perkenalkan Mama kepada Alce Nero, sebuah jenama produk makanan yang menghasilkan produk-produk organik, yang pasti Mama ingin simpan di rumah. Teruskan pembacaan dan lihat bagaimana Alce Nero dapat membantu Mama untuk menyediakan menu harian, dan banyak lagi! 

Menu Sarapan Menjadi Lebih Mudah dan Sedap!

Untuk sarapan pagi, sediakan menu yang ringkas dan manis seperti roti bakar rangup dengan Alce Nero Organic Chestnut Jam. Chestnut atau buah berangan merupakan sumber antioksidan dan serat yang baik, serta kaya dengan Vitamin C.

Alce Nero Organic Chestnut Jam hanya menggunakan buah berangan yang ditanam di Itali; ia mempunyai rasa yang manis dan pekat serta konsistensi yang berkrim, menjadikannya sangat sedap untuk dihidangkan bersama roti bakar. Anak-anak pasti akan menyukai menu yang sihat dan manis ini sebagai sarapan pagi!

Nikmati Kebaikan Sayuran tanpa ‘Hijau’. Shhh!

Waktu makan tengah hari ialah masa di mana semua orang berehat dari kerja dan sekolah untuk recharge semula badan sebelum sambung bekerja. Jadi menu makanan tengah hari mestilah sesuatu yang berkhasiat tinggi dan menyelerakan! Perkara terakhir yang kita mahu adalah untuk memikirkan ‘syarat-syarat’ untuk makan sayur, bukan? Haa, jangan risau Mama. Jom cuba menu makan tengah hari ini: Tricolore Sports Pasta dengan Salmon Teriyaki.

Resepi Tricolore Sports Pasta dengan Salmon Teriyaki

ALATAN

BAHAN-BAHAN

CARA MEMASAK

  1. Campurkan kicap, cuka, dan madu dalam mangkuk sehingga madu larut dan tidak melekat pada bahagian bawah mangkuk.⁣
  2. Dalam mangkuk yang cetek atau hidangan pembakar, satukan separuh daripada campuran kicap dengan bawang putih dan halia, jika digunakan. Simpan baki sos untuk dihidangkan bersama salmon yang dimasak.⁣
  3. Letakkan bahagian bawah ikan salmon ke dalam bahan perapan dan sudukan ke atas setiap bahagian agar semua menyerap perapan tersebut dan ketepikan selama 5 hingga 15 minit.⁣
  4. Sementara menunggu salmon diperap, sediakan sayur dan/atau hidangan sampingan lain seperti nasi atau mee.⁣
  5. Letakkan rak ketuhar di kedudukan teratas dalam ketuhar dan panaskan ke tahap tinggi. Letakkan kulit salmon yang diperap di sebelah bawah pada lembaran pembakar yang dialas dengan aluminium foil (tidak mengesyorkan ‘baking paper’ kerana ia boleh terbakar).⁣
  6. Panggang salmon sehingga kelihatan masak, 8 hingga 10 minit. Bergantung pada ketebalan salmon anda, ia mungkin berwarna merah jambu sedikit di bahagian tengah. Jangan risau! Ia akan masak dengan sendirinya nanti.⁣
  7. Hidangkan salmon dengan sos tambahan, hidangan sampingan lain dan taburan biji bijan dan daun bawang yang dihiris, jika mahu.⁣

Setiap ibu bapa mengetahui kepentingan makan sayur-sayuran yang mencukupi dalam setiap hidangan, namun, (hampir) setiap kanak-kanak akan bersetuju bahawa sayur-sayuran bukanlah menjadi menu kegemaran mereka!

Alce Nero membantu memudahkan ibu bapa dan anak-anak dengan AC Tricolore Sports Pasta! Pasta ini didatangkan dalam bentuk berkaitan sukan seperti berlari, bola sepak, ragbi, raket dan trofi! Menggunakan pewarna semula jadi di mana warna hijau berasal dari bayam dan warna merah adalah menggunakan tomato, memudahkan anak-anak untuk makan sayur-sayuran mereka tanpa rasa yang memenatkan seperti tarik tali.

Mama tak percaya? Lihat apa yang dikatakan ibu-ibu ini:

“Anak saya menyukai warna dan bentuk menarik yang terdapat pada pasta ini dan sekejap sahaja dah habis memakannya! Saya sangat suka bahawa ia adalah organik, dan warna-warnanya berasal daripada sayuran semula jadi. Satu lagi cara yang baik untuk memasukkan sayur-sayuran ke dalam diet anak saya! Pasta ini juga mudah dimasak, dimana dalam masa beberapa minit sahaja ia sudah menjadi tekstur ‘al dente’ yang diinginkan.” – Daisy O

“Anak-anak saya suka pasta Tricolore ini. Setiap kali saya memasaknya, anak-anak pasti akan tambah kerana mereka melihat trofi tersebut dan mahu menjadi juara.” – Kelly K

“Anak suka melihat bentuknya yang unik. Mereka seronok menikmatinya. Dalam setiap bentuk pasta ada rasa tersendiri. Semuanya daripada bahan organik yang terbaik. Penyediaan masak pun mudah. Terima Kasih.” – Siti Hanum O

Masa Snek adalah Masa Yang Paling Best!

Dalam rumah saya ni, waktu minum petang adalah satu kemestian. Selepas seharian bekerja dari rumah untuk orang dewasa dan melakukan kerja sekolah untuk anak-anak, adalah idea yang baik untuk berehat dan recharge badan dengan secawan teh panas dan makanan ringan yang sihat.

Alce Nero mempersembahkan kepada Mama: Panna Cotta dengan Blueberry Jam!

Kredit: Instagram Alce Nero
Kredit: Instagram Alce Nero
Kredit: Instagram Alce Nero

Haa, fancy bukan namanya? Nama sahaja fancy, tetapi resepi ini mudah untuk dilakukan dan boleh disediakan lebih awal dariapda waktu minum petang. Alce Nero Organic Blueberry Jam dibuat dengan menggunakan 100% buah semula jadi (bagi setiap 100g produk siap), dan bebas pektin. 

Kaedah vacuum-pan yang digunakan bermakna Mama boleh memasaknya pada suhu yang rendah dan waktu memasak yang sangat singkat bagi mengekalkan aroma, bau, rasa, warnanya yang terang, dan memastikan masih terdapat khasiat buah beri tersebut. 

Makan Malam Sudah Siap Terhidang!

Persediaan untuk menu makan malam tidak perlu rumit, jika empat menu dirasakan terlalu banyak untuk disediakan pada hari-hari yang Mama sibuk, cuba fikirkan dengan mudah. Apa kata Mama sediakan menu kegemaran sepanjang masa, tetapi dengan sedikit kelainan seperti Ayam Masak Masam Manis dengan Spaghetti Tricolore? Dengar nama je pun dah rasa sedap bukan? 

Kredit: Instagram Alce Nero
Kredit: Instagram Alce Nero
Kredit: Instagram Alce Nero

Spaghetti Alce Nero diperbuat daripada tepung durum organik, yang memberikan lebih banyak serat makanan kepada diet seseorang individu. Tidak seperti spageti biasa, pewarna semulajadi (bayangkan bayam, tomato, lobak merah!) pasti menceriakan menu makan malam Mama.  Karbohidrat, protein, vitamin dan mineral, dan serat semuanya dalam satu pinggan, kini Mama tidak boleh mendapatkan yang lebih baik daripada ini, bukan? 

Resepi Menarik untuk Pencinta Rempah 

Resepi ini adalah untuk masa-masa Mama perlukan pick-me-up, untuk meraikan sesuatu majlis, atau apabila anak-anak menjadi terlalu picky (bila masa je tak picky waktu makan, bukan? Heh!). Jom cuba snek “bila-bila masa, di mana sahaja”: Whole Wheat Spaghetti Pad Thai.

Kredit: Instagram Alce Nero
Kredit: Instagram Alce Nero
Kredit: Instagram Alce Nero

Untuk menggembirakan selera anak-anak, Mama tak perlu masukkan cili dan voila dalam hidangan tersebut. 

Apabila memilih pasta, pasta gandum sentiasa menjadi pilihan yang lebih sihat kerana ia penuh dengan nutrien. Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti menggunakan semolina gandum durum wholemeal organik yang dibuat dengan mengisar bijirin penuh, tanpa menambah bahan-bahan yang tidak diperlukan.

Dengan semua hidangan lazat ini, Mama pasti akan dikagumi sebagai ibu (atau ayah)-chef selebriti mulai sekarang!

Dari Sarapan Pagi hingga Makan Malam

Alce Nero ialah syarikat makanan Itali yang berusaha untuk meningkatkan kualiti, identiti dan keunikan produknya, sentiasa melakukannya dengan cara yang paling inovatif, dinamik dan cekap. Diasaskan pada tahun 1978, Alce Nero merupakan satu jenama yang percaya dengan hasil yang ditanam secara organik, dari tanah yang bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya seperti racun perosak, racun herba dan baja kimia.

Ia menyokong makanan organik sebagai yang terbaik untuk kesejahteraan manusia, tanpa mengira umur dan kecergasan kerana hasil organik lebih berkhasiat, sihat dan rasa yang lebih baik daripada hasil yang ditanam secara konvensional. Dan kerana makanan organik bebas daripada sebarang bahan kimia berbahaya atau organisma yang diubah suai secara genetik, ia secara semula jadi menyuburkan sambil menghormati fungsi semula jadi badan. Difahamkan bahawa diet organik secara mendadak mengurangkan risiko dijangkiti penyakit maut dan kronik.

Dengan itu, Alce Nero telah memperkenalkan makanan berkualiti premium yang menawarkan nutrisi unggul tetapi memudahkan untuk ibu bapa moden dan sibuk. Tak kisahlah Mama tiba-tiba dalam mood untuk makan mee, nasi, atau minuman, atau perlukan perasa dan sos, atau mencari jem yang berkualiti, pengawet, dan madu, Alce Nero pasti ada untuk membantu Mama!

Jom Masak!

Masih mencari lebih banyak resepi untuk mengekalkan gelaran chef selebriti di rumah? Lihat hidangan kreatif Mama-Mama ini!

Pendapat Mama-mama Lain 

Nanti dulu Mama, jom lihat apa pendapat Mama-mama yang lain yang telah mencuba Alce Nero Organic Tricolore Pasta ini

Pasta Alce Nero adalah comel dan masak dengan baik. Ia tidak pecah dan bentuknya masih kekal walaupun ada sekali tu, saya secara tidak sengaja terlebih masak. Tiada pasta lembik dan anak kecil saya menyukainya kerana bentuknya membuatkan waktu makan lebih menyeronokkan!

L. Findeisen

Anak saya menyukai warna dan bentuk yang menarik yang terdapat pada pasta ini, dan memakan makanannya dalam masa yang singkat! Saya sangat suka bahawa pasti ini adalah organik, dan warna-warna itu secara semula jadi yang berasal dari sayur-sayuran. Saya juga menyukai hakikat bahawa ia mudah dimasak, dan saya dapat mencapai tekstur al dente dalam beberapa minit sahaja.

Daisy O

Pasta Organik Alce Nero adalah kegemaran saya kerana ia membolehkan saya memasak dengan gembira, memuaskan dan tanpa bimbang kerana saya tahu saya sedang menyediakan hidangan yang sihat untuk keluarga saya kerana ia dibuat dengan 100% gandum durum Itali dan pewarna semula jadi daripada bayam & lobak merah.

Chee Yeng N

Bersedia untuk mendapatkan beberapa produk Alce Nero dan masak hidangan mengikut citarasa Mama? Bersiap sedia untuk menambat hati keluarga Mama! Layari laman web Alce Nero hari ini yang penuh dengan pelbagai resepi lazat; Mama juga mungkin ingin layari Facebook dan Instagram Alce Nero untuk mendapatkan lebih banyak idea, maklumat dan interaksi dengan mak-mak lain!  

Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.