KelabMama

Masyarakat Perlu Prihatin, Kanak-Kanak Hiperaktif (Sindrom ADHD) Bukan Nakal!

Masyarakat Perlu Prihatin, Kanak-Kanak Hiperaktif (Sindrom ADHD) Bukan Nakal!

Kanak-kanak  lasak yang sukar duduk diam dan tak dengar cakap ibu bapa sering dilabelkan sebagai nakal. Mungkin ibu bapa akan pening kepala memikirkan bagaimana caranya nak tangani anak-anak yang terlampau aktif ini. Kebanyakan ibu bapa menganggap masalah ni akan beransur hilang seiring dengan peningkatan usia mereka tanpa perlu melakukan apa-apa.

Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan. Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD).

Sindrom ADHD merupakan satu masalah tak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan ikut gerak hati, sukar untuk fokus dan sukar mengasingkan maklumat.

Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD biasanya sukar untuk memberi perhatian, bersifat terlampau aktif (hiperaktif) dan sukar mengawal tingkah laku.

Mungkin mama dan papa tertanya-tanya, “Macam mana nak uruskan kanak-kanak yang ada sindrom ADHD ni?” atau “Susahnya, sebab mereka terlalu aktif!”. Walhal, semua masalah ni boleh diselesaikan sekiranya ibubapa mengenali kanak-kanak ni dan memahami langkah yang sepatutnya sepanjang mengurus mereka.

Sindrom ADHD ni sukar dikesan. Ia bukan seperti penyakit-penyakit lain yang ada simptom untuk dikenalpasti. Tapi, mama kena tahu yang tahap kenakalan kanak-kanak hiperaktif ni berbeza dengan rakan seusia yang normal.

Kebanyakan anak kecil yang mengalami masalah ini hanya dirujuk kepada pakar selepas usia 6-9 tahun.  Bukan mudah nak diagnosis tanda masalah sebab dari mata kasar, kanak-kanak ADHD sama seperti kanak-kanak seusia yang lain. Pada usia tu mereka mula lasak dan nakal disebabkan rasa ingin tahu sesuatu yang baru.

Perbezaan Antara Kanak-Kanak ADHD Dengan Kanak-Kanak Nakal: Tahap Tingkah Laku

Kanak-kanak nakal akan dengar cakap tapi bukan anak kecil yang mengalami ADHD. Mereka tak mahu dengar arahan atau belajar daripada kesilapan. Mereka akan terus lakukan kesilapan yang sama berulang kali.

Contoh senang untuk mama, kalau mama letak 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, mama masih takkan nampak sebarang perbezaan. Sebab apa? Sebab kanak-kanak ni sukar dikawal apabila diletakkan didalam satu kumpulan yang sama.

Tapi bagi kanak-kanak yang mengalami sindrom ADHD, mereka lebih sukar susah dikendalikan dimana kita sendiri menyangka yang mereka ada masalah tingkah laku.

Simptom ADHD dapat dikesan pada kanak kanak seawal usia mereka dalam lingkungan 2 hingga 5 tahun.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati 333,000 kanak-kanak atau 4.3% mengalami masalah ADHD. Jika tak diberi rawatan lebih awal, 60% daripada individu ni akan membesar sebagai orang dewasa bermasalah sehingga mendorong mereka untuk melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

Disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ni kepada anak lelaki mereka. Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lebih cenderung mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding budak perempuan.

Hakikatnya mereka kelihatan tak ubah seperti kanak-kanak normal di luar, mereka sihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara individu biasa dan lebih menakjubkan sebilangan besar mempunyai kebolehan serta bakat seni luar biasa.

Kanak-kanak yang mengalami sindrom ini sebenarnya tak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menjadikan mereka sukar mengawal diri. Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.

Rawatan

Kanak-kanak yang mengalami masalah ini perlu dididik dengan cara yang betul agar segala tenaga dan metabolisma mereka yang tinggi tu dapat disalurkan dengan lebih berkesan.

ADHD perlu dirawat segera sebaik saja dikesan kerana ia menyebabkan beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik.

Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tak kecewa jika anak mereka didapati mengalami masalah ini. Bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tak terbawa-bawa ke alam dewasa. Mereka masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain.

Panduan Membesarkan Kanak-Kanak ADHD

Bawa anak mama berjumpa doktor psikiatri kanak-kanak atau pun doktor perkembangan kanak-kanak, atau bawanya ke Klinik Kesihatan Primer terdekat untuk penilaian lanjut dan rujukan jika perlu.

Sumber: Dr. Subash Kumar Pillai

BACA JUGA ANAK KURANG BIJAK? MUNGKIN DISLEKSIA

Pesan Mama Siti:

Sebagai ibu bapa, janganlah pula rasa malu dan kecewa kalau anak didapati mengalami masalah ni. Kalau anak mama disahkan ADHD, bawa dia berjumpa pakar supaya tingkahlaku dia boleh dirawat dan ianya tak terbawa-bawa ke alam dewasa. Sungguhpun mencabar, anak mama masih berpotensi menjalani kehidupan normal seperti individu lain. Jadi, jangan putus asa ye!