KelabMama

Masalah Urologi Dalam Kalangan Lelaki: Doktor Pakar Menjawab Persoalan Papa

Untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni, kesihatan seorang ketua keluarga amat penting untuk mencapai kebahagiaan rumah tangga.

Masalah saluran kencing amat kerap berlaku dan menjadi mimpi ngeri buat para lelaki. Masalah ini juga dikaitkan juga dengan masalah buah pinggang.

Tetapi kenapa masalah urologi sering berlaku dalam kalangan lelaki berbanding wanita? Dan seberapa kritikal kondisi pesakit yang menghadapi masalah ini?

Untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang lebih peka kepada kesihatan, Mama Siti bernasib baik, dapat menemu bual Dr Goh Cheng Hood, seorang Pakar Urologi yang kini bertugas di Sunway Medical Centre Velocity.

Masalah Urologi Dalam Kalangan Lelaki

Boleh Dr. terangkan apakah yang dimaksudkan dengan urologi?

Urologi adalah istilah perubatan yang digunakan oleh doktor pakar atau pakar bedah ketika berurusan dengan penyakit di buah pinggang, ureter, pundi kencing dan uretra. Secara amnya, urologi merupakan bidang yang merawat penyakit sistem urinari.

Apakah organ-organ yang terlibat dalam urologi?

Organ yang terlibat dalam urologi adalah buah pinggang, ureter, pundi kencing dan uretra.

Apakah kepentingan penjagaan sistem air kecil?

Selain daripada minum air secukupnya, kita juga perlu menjaga pemakanan kita dan mengambil makanan tinggi purin, kurangkan pengambilan makanan tinggi protein serta mengelak dari ubat tradisional/ubat kampung yang tidak direkomendasikan oleh pengamal perubatan.

Perkara yang akan mengakibatkan masalah sistem urologi? 

Menahan air kencing boleh meningkatkan risiko jangkitan dan pembentukan batu karang, dan ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Selain daripada kerap mengambil ubat tahan sakit, ubat tradisional, bahan kimia juga boleh menyebabkan kerosakan pada sistem buah pinggang. Jangkitan kencing berulang juga boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang.

Mengapakah masalah urologi lebih kerap terjadi dalam kalangan lelaki?

Kebanyakan orang yang bekerja di bawah matahari dan bekerja berat/buruh adalah lelaki, dan pada masa yang sama juga lelaki mempunyai prostat yang tidak dipunyai wanita. Justeru, kaum lelaki lebih mudah mendapat masalah sistem urinari.

Bagi lelaki, alat kelamin adalah tempat yang sama keluarnya air kecil. Apakah perkaitan masalah saluran air kecil dengan kesihatan seksual lelaki?

Tiada sebarang kesan di antara uretra dan fungsi seksual tetapi jika terdapat ‘urethral stricture’ atau parut yang menyempitkan tiub yang membawa air kencing keluar dari badan anda (uretra), maka sperma juga tidak boleh dikeluarkan lalu boleh menyebabkan masalah kesuburan.

Apakah kesan sekiranya seorang tidak menjaga kesihatan sistem air kecil?

Pesakit mungkin mendapat kerosakan buah pinggang dan mungkin berakhir dengan kegagalan buah pinggang serta memerlukan dialisis seumur hidup atau pembedahan pemindahan buah pinggang pada masa hadapan.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Apakah cara penjagaan buah pinggang dan saluran kencing agar dapat dicegah.

Betul, mencegah sememangnya lebih baik daripada mengubati:

Untuk menangani masalah urinal lebih awal, bolehkah Dr. berkongsi simptom awal buah pinggang dan saluran kencing bermasalah?

Secara lazimnya, tiada gejala minimal simptom tapi anda perlu peka jika terdapat gejala termasuk:

Jika anda mempunyai simptom ini, anda perlu mendapatkan konsultasi dengan doktor pakar.

Bagi orang yang telah mendapati simptom atau malah telah di diagnose, apakah pantang larang bagi orang yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing.

Jangan teragak-agak untuk dapatkan rawatan doktor bagi mengelakkan kerosakan buah pinggang yang lebih teruk kerana banyak penyakit dapat disembuhkan jika rawatan dapat diberikan lebih awal.

Antara tindakan lain yang boleh dibuat adalah:

Selain berjumpa dengan pakar, apakah bantuan lain yang perlu didapati sekiranya menghidapi masalah buah pinggang dan pundi kencing.

Dapatkan konsultasi perubatan untuk diagnosis yang tepat adalah langkah yang paling penting.

Sememangnya sistem urologi lebih mudah terkena penyakit dan bakal menjadi mimpi ngeri bagi setiap golongan lelaki.

Seperti yang kita semua tahu, mencegah lebih baik dari merawat, jadi ikut pesanan dan tips-tips yang telah dikongsikan, dan sentiasa berwaspada.


Mama Siti akan kongsikan lebih banyak perkongsian pakar di SINI.