KelabMama

Selamat Malam, Tidur Nyenyak! Inilah Masa & Cara Berkesan Untuk Mama dan Si Manja Tidur Seperti Bayi

Pengorbanan seorang ibu tiada tandingannya. Bayangkan, bermula dari seawal Subuh, seorang ibu akan bangun dan siapkan makanan pagi, bekal untuk anak yang sudah bersekolah, menyediakan pakaian suami, masak tengah hari, kemas rumah, menjaga anak kecil dan sebagai. 

Ada juga yang hari mereka bermula jauh lebih awal – seawal jam 4 atau 5 pagi SETIAP hari. Lain pula buat ibu-ibu yang bekerja. Mereka juga mempunyai tanggungjawab lain yang harus dilakukan setiap hari sebelum dan selepas bekerja. Kadang-kadang sampai tak cukup tangan nak siapkan semuanya. Sebab itulah seorang wanita yang bergelar ibu pasti sentiasa didampingi dengan gelaran Supermom! Yelah, apa sahaja yang berlaku, hati dan kesabaran seorang mak sangat kuat dan kental.

Namun, setiap ibu juga pasti melalui beberapa siri masalah dan ‘concern’ dalam kehidupan harian mereka. Lihat sahaja isu-isu yang telah diutarakan beberapa orang ibu apabila ditemu bual oleh KelabMama. Apakah cara yang terbaik untuk meringankan masalah mereka?

“Anak saya asyik menangis bila saya masuk dapur untuk memasak. Nak masak pun rasa susah hati,” 

Bayangkan, baru sahaja letak anak diruang yang selamat untuk dia bermain, terus menangis. Nak potong bahan-bahan pun ambil masa yang lama sebab anak asyik merengek. Setiap hari ada sahaja halangan untuk menyiapkan makanan untuk seisi keluarga apabila si manja mula menangis. 

Saya percaya, ketika hendak mula memasak atau melakukan aktiviti harian yang lain, Mama yang mempunyai anak kecil pasti akan meletakkan dia di tempat yang mudah untuk kita melihat pergerakkannya bukan? Tetapi biasalah, anak kecil sangat memerlukan perhatian ibu bapa. 

Apa kata Mama cuba masak masakan yang simple dan cepat, serta sesuai untuk seisi keluarga? Antaranya, tom yam, sup sayur atau sup ayam, ikan masak stim, sayur goreng, ayam goreng popcorn, dan sebagainya.

Tips utama agar Mama dapat menyediakan masakan-masakan ini dengan pantas adalah, Mama harus memastikan semua bahan-bahan telah dicuci dan dipotong sejurus Mama pulang dari membeli barang dapur. Pasti lebih mudah kerja Mama!

“Rindunya “beauty sleep” macam masa single dulu. Saya mungkin akan mempunyai lebih banyak masa untuk menikmati waktu tidur kalau ada cara untuk menyeimbangkan masa antara kerja, aktiviti harian, dan si manja,”

Walaupun sepanjang PKP Mama semua harus bekerja dari rumah, dan secara tidak langsung lebih banyak masa bersama anak-anak, namun Mama juga pasti melalui beberapa insiden yang kurang menyenangkan bukan?

Sedang anda sibuk “meeting online” bersama “teammate” yang lain, tiba-tiba sahaja bayi anda menangis, ‘memberi isyarat’ bahawa dia sudah terjaga daripada waktu tidurnya. 

Berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar dari Universiti Manchester dan Universiti Essex, 18% ibu yang bekerja lebih tertekan berbanding orang lain, dan mereka yang mempunyai dua orang anak dan turut bekerja pula mengalami tekanan sehingga 40% lebih tinggi berbanding ibu-ibu yang lain! 

Boleh bayangkan tak tekanan yang dihadapi oleh para ibu? Untuk masalah ini, adalah lebih baik untuk si ayah memainkan peranannya iaitu dengan tidak membiarkan isteri melakukan semua kerja seharian dengan sendiri. Ayah juga harus turut membantu meringankan kerja si ibu.

“Dalam sehari, banyak kali saya kena tukar lampin bayi sebab lampin yang digunakan sekarang tak tahan semalaman. Risau pulak fikirkan hal kewangan kalau setiap hari macam ni,” 

Tidak mudah mencari lampin yang sesuai untuk si manja. Lebih-lebih lagi kalau lampin yang mudah bocor. Pasti susah untuk anak anda tidur lena sepanjang malam. 

Perkara beginilah yang membuatkan Mama selalu akan ke kedai untuk menambah stok lampin kerana harus menggunakannya dalam kuantiti yang banyak dalam masa sehari. Yelah, satu pek lampin pun dapat bertahan untuk beberapa hari sahaja bukan? 

Kajian juga mendapati bahawa bayi akan membuang air kecil antara 15 hingga 20 kali sehari. Cuba bayangkan kalau Mama harus tukar lampin untuk setiap kali waktu bayi anda membuang air kecil mahupun besar? Banyak lampin yang harus digunakan bukan?

Untuk membantu Mama dan juga mengurangkan kuantiti penggunaan lampin dalam sehari, Mama boleh menukar lampin bayi anda sekarang kepada lampin MamyPoko Extra Dry.

MamyPoko Extra Dry – Tidur Lena Pagi Senyuman

Dalam pada itu, MamyPoko Extra Dry juga boleh membantu mengurangkan beban Mama dengan memberikan keselesaan kepada bayi agar mudah untuk Mama melakukan aktiviti harian tanpa tekanan dan lebih masa untuk tidur lena pada waktu malam. 

MamyPoko Extra Dry dengan “Powerful Absorbent Core” kini ada lebih 20% kuasa penyerapan! Ia boleh bertahan sehingga 12 jam lamanya, membuatkan bayi dan Mama boleh menikmati tidur yang lebih lena dalam keselesaan yang berpanjangan. 

Mama juga boleh mendapatkan tidur yang lebih nyenyak kerana si manja tidak lagi terjaga dan menangis kerana lampin basah. Bayi anda juga pasti lebih gembira dan Mama pula akan lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti harian pada keesokkan harinya, tanpa perlu menukar lampin bayi hampir setiap masa!

Selain itu, MamyPoko Extra Dry turut dihasilkan dengan “Speed Airwave technology” dan ruang pengudaraan 360° agar lampin lebih kering dan selesa buat si manja. Sesuai sangat untuk kita yang tinggal di negara yang sentiasa bercuaca panas dan lembab ini. Bayi yang selesa pasti lebih leka bermain dan tidur lebih lena ketika waktu nap mereka. Mama juga boleh memasak, mengemas rumah, dan melakukan aktiviti lain dengan tenang dan tanpa tergesa-gesa.

Sebenarnya, terdapat banyak nilai dan kebaikan apabila Mama membeli (dan menambah stok di rumah!) lampin yang berkualiti seperti MamyPoko Extra Dry

Mama akan lebih jimat masa, tenaga, dan wang kerana tidak harus ke kedai membeli lampin hampir setiap masa. Paling menarik, MamyPoko Extra Dry memberikan semua ibu lebih banyak masa untuk melakukan aktiviti harian anda! Si manja juga pasti menjadi lebih ceria. Jadi, bolehlah anda berdua menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama-sama. Pilihan yang sangat berbaloi bukan?

Kini Anda Berpeluang untuk Memenangi 1 Karton MamyPoko Extra Dry

Sekarang Mama juga sudah ketahui kehebatan MamyPoko Extra Dry, anda berpeluang untuk memenangi 1 karton lampin dari MamyPoko dengan menyertai peraduan MamyPoko di Facebook Motherhood. 

Cepat, hanya 5 pemenang bertuah akan dipilih!

Cara-cara untuk Menyertai Peraduan & MENANG MamyPoko:

Langkah 1: Kongsikan mengapa MamyPoko Extra Dry merupakan pilihan yang lebih berbaloi di bahagian komen posting Facebook ini.

Langkah 2: TAG 3 rakan dan SHARE peraduan tersebut di laman Facebook anda (pastikan profile anda telah ditetapkan kepada public).

*Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Mama juga boleh mendapatkan MamyPoko Extra Dry di Motherhood.com.my dan layari Facebook MamyPoko untuk maklumat lanjut hari ini.