KelabMama

Makan Jadi Cantik! Manfaat Coklat Untuk Kecantikan

Dalam dunia ni, terdapat banyak jenis coklat yang ada di pasaran. Coklat gelap dengan kandungan koko yang tinggi, dalam kuantiti sederhana boleh memberikan antioksidan dan mineral serta membantu melindungi daripada penyakit jantung. Tetapi ia juga mungkin mengandungi jumlah gula dan kalori yang tinggi.

Coklat gelap sarat dengan nutrien yang boleh memberi kesan positi kepada kesihatan anda. Diperbuat daripada biji pokok koko, ia adalah salah satu sumber antioksidan terbaik yang boleh anda temui.

Kajian menunjukkan bahawa coklat gelap boleh meningkatkan kesihatan anda dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Berikut adalah 7 manfaat kepada kecantikan yang disokong oleh sains.

Tapi ingat! Coklat gelap je tau! Macam mana coklat boleh membantu untuk kecantikan? Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!

7 Manfaat Coklat Untuk Kecantikan

1. Coklat Gelap Kaya Dengan Vitamin

100 gram coklat gelap dengan 70–85% koko mengandungi:

Sudah tentu, 100 gram (3.5 auns) adalah jumlah yang agak besar dan bukan sesuatu yang perlu anda makan setiap hari. Nutrien ini juga datang dengan 600 kalori dan jumlah gula yang sederhana.

Kerana itu, ianyagelap perlu dimakan secara sederhana. Asid lemak koko dan coklat gelap juga bagus dan kebanyakannya terdiri daripada asid oleik (lemak yang menyihatkan jantung, juga terdapat dalam minyak zaitun dan asid palmitik.

2. Coklat Kaya Dengan Antioksidan

Antioksidan ialah bahan yang membantu melindungi permukaan kulit daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh bahan radikal bebas seperti UV dan pencemaran.

Coklat gelap sarat dengan sebatian organik yang aktif dan berfungsi sebagai antioksidan. Ini termasuk polifenol, flavanol dan katekin.

Menurut penyelidikan, polifenol yang terkandung dalamnya juga boleh membantu menurunkan beberapa bentuk kolesterol LDL (“buruk”) apabila digabungkan dengan makanan lain seperti badam dan koko.

Satu kajian menunjukkan bahawa koko dan coklat gelap mempunyai lebih banyak aktiviti antioksidan, polifenol, dan flavanol daripada buah-buahan lain yang diuji, termasuk beri biru dan beri acai.

3. Menambah Baik Pengaliran Darah & Mengurangkan Tekanan Darah

Flavanoid dalam coklat gelap boleh merangsang lapisan arteri, untuk menghasilkan nitrik oksida (NO) dan salah satu fungsi NO adalah menghantar isyarat kepada arteri untuk berehat. Ini akan merendahkan daya tahan terhadap aliran darah dan sekaligus mengurangkan tekanan darah.

Banyak kajian terkawal menunjukkan bahawa koko dan coklat gelap boleh meningkatkan aliran darah dan menurunkan tekanan darah, walaupun kesannya biasanya sedikit.

Pengaliran darah dan kesihatan jantung secara umum akan menambah baik kesihatan dari dalam.

4. Boleh Melindungi Kulit Dari Sinaran Matahari

Sebatian bioaktif dalam coklat gelap juga mungkin bagus untuk kulit anda. Flavanol boleh melindungi daripada kerosakan matahari, meningkatkan aliran darah ke kulit, dan meningkatkan ketumpatan dan penghidratan kulit.

Kalau Papa Mama nak bercuti di pantai, pertimbangkan untuk mengambil coklat gelap pada seminggu atau lebih baik, sebulan sebelumnya.

Dan sentiasa ingat bahawa coklat hanya berungsi sebagai pembantu, namun tidak boleh menggantikan pelindung matahari yang lain.

5. Mengurangkan Stress

Stress merupakan antara faktor utama dalam penjagaan kecantikan. Seorang yang stress boleh mengalami hormon tidak stabil, tidur tidak mencukupi, rambut gugur, tekanan darah tinggi, dan pelbagai lagi komplikasi kesihatan.

Magnesium akan menyekat pembebasan hormon stres (kortisol). Oleh kerana coklat gelap mengandungi magnesium yang mencukupi, ia akan membantu mengurangkan tekanan, dan seterusnya menghalang kerosakan kolagen, mengekalkan kesihatan kulit anda.

Magnesium juga membantu anda tidur lebih nyenyak, yang penting untuk kulit yang sihat.

6. Manfaat Coklat Untuk Kecantikan Rambut

Mineral seperti kuprum, besi dan zink dalam coklat gelap meningkatkan pertumbuhan sel dan meningkatkan aliran darah ke kulit dan kulit kepala, memudahkan pemindahan nutrien yang lebih baik ke sel, seterusnya membawa kepada rambut yang lebih sihat dan kuat. Peredaran sel dalam darah yang lebih baik juga membantu melawan keguguran rambut.

Nutrien yang terkandung, bukan sahaja meningkatkan pertumbuhan rambut tetapi juga meningkatkan kualiti rambut anda dengan menambahkan kekuatan pada setiap helai dan menjadikannya berkilau dan lembut.

7. Menambah Baik Sel-Sel

Mineral penting yang terdapat dalam coklat gelap seperti besi dan zink menggalakkan pertumbuhan sel dan menyuburkan kulit anda, memastikan ia kelihatan lebih muda.

Ia juga bersifat menyahtoksik kulit dan menanggalkan sel kulit mati, membantu kulit anda kelihatan segar dan berseri.

Coklat gelap diperkaya dengan mineral yang meningkatkan penyembuhan sel. Selain mendedahkan kulit licin dengan menanggalkan sel kulit mati, ianya juga membantu mencerahkan parut dan jeragat kulit.

Banyak juga manfaat coklat untuk kecantikan bukan? Tapi, jangan makan banyak tau! Fikirkan kesihatan dalaman terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu makanan.


Untuk lebih banyak info pemakanan dan nutrisi klik SINI.