KelabMama

Inspirasi Saidatina Satukan Jiwa Wanita & Usahawan di Event “Wanita Itu: Khadijah RA”

Program “Wanita Itu Siti Khadijah RA”

Pada Sabtu, 10 Mei 2025, Mama Siti berpeluang menyertai Program “Wanita Itu: Khadijah RA” yang berlangsung di Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Dalam masa yang sama, Mama Siti juga turut berkesempatan memperkenalkan produk Sunnah Sips Ginger Cube kepada para peserta yang hadir.

Program penuh pengisian ini telah dianjurkan oleh Puan Noor Amy Ismail dan berjaya menghimpunkan ramai wanita yang hadir dengan semangat untuk menimba ilmu serta memperkukuh nilai kerohanian dalam diri.

Program ini bagi menghargai peranan besar Saidatina Siti Khadijah RA ini telah menghimpunkan ramai wanita dari pelbagai latar belakang untuk meneladani sifat kepimpinan, keusahawanan dan keteguhan iman beliau.

Majlis ilmu ini dapat memberikan ruang kepada peserta untuk lebih mengenali keperibadian agung Saidatina Khadijah RA, isteri Rasulullah SAW yang disanjungi kerana ketabahan, kebijaksanaan, dan kesetiaannya.

Sebagai usahawan berjaya dan pendukung utama perjuangan Islam, Saidatina Khadijah RA menjadi simbol inspirasi buat wanita hari ini yang ingin cemerlang dalam kehidupan berkeluarga dan kerjaya.

Sebagai wanita yang disegani, Saidatina Khadijah RA dikenali kerana hartanya yang melimpah, kemahiran dalam perniagaan serta keteguhan iman yang luar biasa.

Beliau bukan sahaja memainkan peranan besar dalam menyokong Rasulullah SAW, malah turut membuktikan bahawa wanita mampu menjadi pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai aspek kehidupan.

Program seperti ini bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah menjadi platform untuk memperkasakan wanita agar terus yakin dengan potensi diri selari dengan semangat idola wanita Islam yang sejati. Mereka juga mampu menyumbang kepada masyarakat, ekonomi dan agama secara seimbang dan bermakna.

Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program ini, Mama Siti mengambil inisiatif mengedarkan Sunnah Sips Ginger Cube secara PERCUMA kepada semua pengunjung.

Usaha ini bukan sahaja memperkenalkan produk, tetapi juga memberi peluang kepada para wanita untuk mengenali manfaat minuman berasaskan halia yang sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian.

Sunnah Sips Ginger Cube atau teh halia ini adalah minuman yang diperbuat daripada halia asli yang dipercayai memiliki pelbagai manfaat kesihatan.

Khasiat utama teh halia termasuk membantu melancarkan penghadaman, mengurangkan kembung perut, serta meningkatkan sistem imun tubuh. Ia juga diketahui dapat meningkatkan aliran darah, memberi rasa kehangatan dan keselesaan pada badan.

Mama Siti turut berkongsi bahawa pengambilan teh halia secara konsisten juga mampu memberikan kesan yang positif untuk wanita, terutamanya dalam menjaga kesihatan hormon dan kestabilan emosi.

Oleh itu, pengambilan Ginger Cubes adalah minuman yang Mama Siti sangat sarankan untuk wanita moden yang ingin menjaga kesihatan dengan cara yang mudah dan bahan semula jadi.

Sambutan yang diterima daripada para peserta sangat menggalakkan. Rata-rata mereka excited untuk mencuba Sunnah Sips Ginger Cube.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada Mama Siti untuk memperkenalkan produk tetapi juga menjadi wadah untuk berkongsi kebaikan pemakanan sunnah dalam kalangan wanita, yang amat penting dalam menjaga kesihatan fizikal dan mental mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang produk atau sebarang pertanyaan, boleh mengunjungi laman sosial media Mama Siti di Facebook, Instagram dan TikTok. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini dan pelbagai tip kesihatan menarik yang dikongsi secara berkala.

Instagram: mamasitibykelabmama
Facebook: Mama Siti by KelabMama
TikTok: mamasitibykelabmama

Dan bagi yang berminat, Sunnah Sips boleh didapati dengan mudah secara online sahaja. Jimat tenaga dan masa, hanya perlu buat pesanan dari rumah dan Sunnah Sips akan dihantar terus ke rumah.

Website: Mama Siti Official Page
TikTok Shop: TikTok Shop Mama Siti

Dengan kehadiran Mama Siti di dalam program “Wanita Itu: Siti Khadijah RA”, ia bukan sahaja memberi peluang untuk memperkenalkan Sunnah Sips, tetapi untuk mengingatkan wanita betapa pentingnya menjaga kesihatan melalui pemakanan yang sihat dan berasaskan bahan semula jadi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Noor Amy Ismail atas jemputan dan peluang yang diberikan kepada kami untuk turut serta dalam acara yang bermakna ini.

Tidak lupa juga kepada semua yang sudi hadir dan singgah ke booth Mama Siti kehadiran dan sokongan semua amat kami hargai. Semoga kita berjumpa lagi di acara yang akan datang!


Dapatkan lebih banyak ilmu keibubapaan yang Mama Papa perlu tahu di SINI.