KelabMama

Mama, Scan Baby Tak Perlu Buat Selalu!

Scan Baby Tak Perlu Hari-Hari!

“ Eh, kenapa tak scan baby pun hari ini? Jumpa Doktor A minggu lepas dia buat scan. Jumpa Doktor B minggu ni tak scan pun.

Memang sah, Doktor B PEMALAS, makan GAJI BUTA! “

Aik, macam ni pun ada? Kalau doktor yang rajin scan baby dikatakan bagus, yang jarang lakukannya pula dilabel malas. Prosedurnya bukan macam tu mama. Untuk first time mom, Mama Siti faham mesti rasa excited tu menggunung bak Gunung Everest. Nak tahu macam mana keadaan bayi, nak tengok kepala, kaki, mata dan sebagainya.

Tapi bila kena buat proses scanning ni? Tiap kali jumpa doktor ke atau sekali sekala, ikut doktor tu nak buat ke tidak. Macam tu ke? Penjelasan dari Dr. Muhammad Izzat akan buka mata mama mengenai isu ni supaya tak ada lah mama nak risau sangat bila mana doktor tak scan kandungan dalam perut mama tu.

Ramai wanita yang pertama kali menjadi ibu tak tahu bila scan kehamilan harus dilakukan.

Kenapa Kali Ni Doktor Tak Scan Baby?

Meh saya nak terangkan sikit mengapa dan bila perlu scan baby.

Scan dicadangkan ketika 3 peringkat kehamilan iaitu :

1- Trimester Pertama ( 11-14 Minggu )

Tujuan:

Masa scan ni, boleh nampak dah kepala bayi, tulang belakang, tangan, kaki, denyutan jantung. Bila nampak bahagian-bahagian penting ni, kita boleh menghela nafas lega sebab bayi yang dikandung sekarang boleh dikatakan normal. Kadang-kadang scan biasa (melalui perut ibu) tak berapa jelas, jadi doktor perlu lakukan scan dari bawah (transvaginal) untuk mendapatkan imej yang jelas kerana ianya berhampiran dengan rahim.

Masa buat scan ni, untuk ibu yang berisiko, akan dicadangkan untuk ukur ketebalan cairan terdapat pada belakang leher bayi – Nuchal translucency (NT). Dengan kombinasi NT mahupun ujian darah mampu meramalkan risiko bayi menghidap Sindrom Down.

Kalau kembar pula, jenis uri perlu dikenalpasti samada kembar berkongsi uri yang sama atau uri yang berbeza. Follow up berbeza untuk jenis-jenis kembar yang berlainan.

2- Detail Scan ( 18-22 Minggu )

Detail scan yang juga dikenali sebagai fetal anomaly scan, dilakukan pada trimester kedua kehamilan.

Scan ini seolah-olah macam melakukan pemeriksaan menyeluruh pada bayi dalam kandungan. Kepala, muka, jantung, perut, peparu, pundi kencing, buah pinggang, tangan, kaki, jari kaki, jari tangan, mulut, tali pusat, kedudukan uri, jantina, kuantiti air mentuban diperiksa dengan teliti.

Scan jenis ini mengambil masa yang agak lama sedikit dan memerlukan ‘tukang scan’ fokus pada skrin. Jadi, janganlah anggap mereka sombong sebab tak melayan pertanyaan anda ketika scan. Mereka perlu fokus dan tak boleh ada gangguan.

Satu lagi, walau fokus mana sekalipun, kadang-kadang ada sesetengah struktur yang tak jelas dan anda diminta datang semula pada hari lain untuk ulangan scan.

Perlu diingatkan, majoriti bayi adalah bayi yang normal. Kecacatan hanya berlaku dalam 1 dalam 100 kehamilan. Walaupun scan yang dilakukan dengan teliti sekalipun, ada beberapa ketidaknormalan yang mungkin tak nampak pada scan, dan mungkin nampak bila kandungan dah membesar sedikit.

3- Scan Tumbesaran ( Selepas 32 Minggu )

Tumbesaran bayi akan dinilai berdasarkan ukuran kepala, abdomen dan tulang peha.

Tumbesaran bayi boleh dipantau melalui scan yang dilakukan secara berkala. Diameter kepala, ukur lilit kepala, ukur lilit abdomen, panjang tulang kaki ( femur) akan diukur. Berat bayi dan air mentuban juga turut diukur. Kesemua bacaan ini akan diplotkan ke atas graf tumbesaran bayi untuk lihat bayi membesar atau tak.

Scan pada peringkat awal kehamilan, sebelum 10 minggu – TIDAK dijalankan secara rutin, kecuali

Scan perlu dibuat pada masa yang betul ketika hamil, supaya kita dapat maklumat yang betul mengenai kehamilan.

Scan hari-hari tak memberikan sebarang kelebihan dan tak dapat ubah apa-apa dari segi rancangan rawatan pesakit.

Ikhlas,
Doktor yg scan bila perlu sahaja.

Sumber: Muhammad Izzat

BACA JUGA KENAPA DETAIL SCAN BAYI LEBIH PENTING DARIPADA SCAN 3D, 4D, & 5D?

Pesan Mama Siti:

Semoga penjelasan Dr. Izzat dapat beri pencerahan kepada ibu hamil tentang jenis imbasan yang paling penting dibuat ketika mengandung. Best buat scan ni, boleh tengok anak membesar. Tapi kalau hari-hari nak tengok buat apa mama. Membazir, muka tak berubah pun. Apa-apa pun Mama Siti ucapkan tahniah kepada first time mom yang baru saja nak menimang cahaya mata ya!