KelabMama

MAMA HAMIL ASYIK KEPANASAN? INI CARA UNTUK BUAT MAMA RASA LEBIH SELESA

Bila mengandung ni, mama memang akan asyik kepanasan. Walaupun baru je lepas mandi, kejap je dah berpeluh balik. Ini kerana perubahan hormon mama dan peningkatan aliran darah ke kulit yang membuatkan peningkatan suhu badan mama.

Walaupun mama kerap berpeluh tapi tak keluarkan bau yang tak menyenangkan sebab kelenjar di kawasan ketiak dan payudara berkurangan sepanjang tempoh kehamilan mama. Walaupun begitu mama tetap akan rasa rimas dan tak selesa kalau asyik berpeluh je.

CARA UNTUK KURANGKAN RASA TAK SELESA SEMASA HAMIL

#Banyakkan minum air

Bila banyak minum air ni bagus untuk elak dehidrasi dan buatkan kulit mama sentiasa lembap selain dari elakkan mama hamil dari kurang bertenaga. Digalakkan minum 2 liter air sehari dan lebihkan lagi jika mama hamil bersenam atau berpeluh.

#Jangan berjemur bawah terik matahari

Tak bagus untuk mama yang sedang hamil. Elakkan dari selalu berada kat luar rumah pada waktu cuaca panas terik atau tempat yang terlalu ramai orang.

#Pakai bedak tabur

Mama hamil boleh pakai bedak tabur pada seluruh badan untuk serap peluh. Ia juga dapat cegah ruam kulit yang boleh muncul bila mama berpeluh kepanasan.

#Pakaian kenalah selesa

Sepanjang kehamilan ni mama memang disarankan untuk pakai pakaian yang selesa, longgar, ringan dan diperbuat daripada kapas. Kalau salah pilih pakaian mama akan jadi tak selesa dan kepanasan.

#Sejukkan badan mama

Paling senang dan mudah, terus ke ruang yang ada aircond atau kipas. Dapat bantu kurangkan kepanasan yang mama rasa.

#Aktiviti yang sesuai

Kalau mama seorang yang suka bersukan walaupun sedang hamil, mama boleh lakukan aktiviti tu di kawasan yang tak terdedah dengan cahaya matahari. Berenang adalah yang paling digalakkan untuk ibu hamil sebab ia satu-satunya aktiviti yang takkan buatkan suhu badan mama naik.

Semoga apa yang mama Siti kongsikan ni bermanfaat untuk mama semua. Bahang, panas tu memang akan dirasai oleh semua mama yang hamil terutamanya kalau dah dihujung kehamilan. Cuma mama perlu lakukan cara yang betul je untuk kurangkan rasa panas tu supaya mama selesa.

Selamat mencuba!