KelabMama

Bentan Selepas Bersalin | Jenis-jenis Bentan, Rawatan & Petua Tradisional

Sewaktu berpantang mesti mama pernah dengar ayat ‘bentan’ kan? Selalunya wanita yang baru lepas bersalin akan kena bentan kalau abaikan penjagaan diri semasa berpantang atau ada langgar pantang. Sebab tu orang dulu-dulu mesti akan bising kalau mama tak berpantang betul-betul.

Ye lah ada juga orang moden kalau berpantang tak macam gaya tengah berpantang pun. Bila ditegur katanya, ikut daya tahan badan masing-masing. Itu memang betul tak dinafikan tapi kesannya akan terasa pada masa akan datang. Jadi ada betulnya pesan orang dulu-dulu tu.

ADAKAH SAYA TERKENA BENTAN?

Macam Mama Siti cakap tadi, yang akan terkena bentan ni mereka yang suka langgar pantang. Contoh langgar pantang ni ialah makan makanan yang sejuk, aktif sangat buat kerja rumah atau tersepak benda keras. Sebab tu mak-mak kita kalau nampak kita berjalan mesti akan cakap “Elok-elok jalan tu, jaga ibu jari kaki jangan terlanggar apa-apa”.

Bila dah langgar pantang, biasanya akan demam, rasa bisa urat, lenguh sendi, sakit tumit atau tumpah darah. Lepastu seluruh badan akan terasa sejuk sampai menggigil dan ada juga rasa nak pitam. Bentan bersalin ni tak boleh dibiarkan tau. Kena rawat kalau tak nanti lambat baik.

JENIS-JENIS BENTAN

#BENTAN URAT PINGGANG

Selalunya bentan ni dialami mama yang bersalin ikut tingkap a.k.a bersalin Caesar. So kena lebih berhati-hati dan berpantang betul-betul. Kalau nak bangun, nak duduk tu kena slow-slow tau!

#BENTAN URAT PERANAKAN (urat rahim)

Ini sebabnya kenapa mak-mak kita selalu pesan jangan angkat benda berat atau buat kerja berat masa dalam pantang. Kalau peranakan mama terjatuh nanti tempoh berpantang akan jadi lagi lama. Kesian encik abang pun kena ‘pantang’ lama.

#BENTAN URAT

Jaga-jaga bentan ni yang selalu menyerang mama baru bersalin. Bentan paling famous! Sekali dah kena, nak bangun pun susah tau. Badan rasa lemah, urat bisa-bisa dan sakit sendi badan. Ada tu sampai menggigil sejuk walaupun cuaca panas.

MACAM MANA NAK ELAK BENTAN?

  1. Mama kena banyakkan berehat dan ingat, JANGAN ANGKAT BENDA BERAT!
  2. Jaga kebersihan diri kerana mama yang baru bersalin mudah kena jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim dan pundi kencing.
  3. Jaga makan. Jangan makan sayur kekacang, kobis, terung. Jangan makan benda gatal (seafood). Jangan makan ikan berbisa (pari, terubuk, keli). Jangan makan atau bau mangga. Jangan makan jering dan petai. Jangan minum air sejuk.
  4. Kena pantang ‘bersama’ suami selagi tak habis nifas (pantang 46 hari, 60 hari, 100 hari)

Kalau mama kena bentan yang teruk sampai tumpah darah dan demam yang tinggi, mama kena dapatkan rawatan doktor. Kalau dibiarkan ia akan membahayakan diri mama sendiri.

PETUA ELAK BENTAN CARA TRADISIONAL

Jadi, jangan pandang remeh dengan adat berpantang orang dulu-dulu tau. Ada sebabnya kenapa mak-mak kita selalu bising pada kita tapi bising mak-mak kita tu bising sayang. Kalau nak cantik nak sihat sampai tua kenalah ikut. Nanti jangan mengeluh pula bila dah mula rasa sakit-sakit badan huhu.

PESAN MAMA SITI

Sebenarnya zaman moden inilah lagi penting untuk Mama sentiasa dengar dan ikut nasihat dan petua orang-orang tua dahulu. Berpantang tu bukanlah memudaratkan, malah, untuk kesihatan dalaman dan luaran kita sendiri. Nak badan sihat dan cantik sampai tua kan?

  1. Apakah maksud bentan?

    Bentan bermaksud keadaan dimana seorang ibu yang sedang berpantang, tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan kesakitan akibat daripada tidak menjaga pantang dengan baik.

  2. Apakah punca bentan yang utama?

    1. Tidak menjalani proses berpantang dengan baik.
    2. Mengambil makanan yang berunsurkan sejuk.
    3. Tersepak benda keras.

  3. Jenis-jenis bentan.

    1. Bentan urat.
    2. Bentan urat pinggang.
    3. Bentan urat peranakan.