KelabMama

MAKANAN YANG MASIH BOLEH MAKAN JIKA MELEPASI TARIKH LUPUT

Sebenarnya tarikh luput itu adalah untuk memaklumkan pengguna tentang kesegaran makanan itu. Senang cerita, walaupun sudah lepas tarikh luput okay je anda nak makan lagi cuma kualiti rasa makanan itu mungkin berbeza sebab tidak sesegar masa anda mula-mula beli. Tetapi jika makanan itu sudah kelihatan teruk, busuk dan nampak lain macam je jangan teruskan niat untuk makan tu. Cuma yang pasti, jenis makanan di bawah berikut masih okay lagi anda nak makan jika terlepas tarikh luput tu.

 

Jika anda nampak kulat mula menumbuhi permukaan keju, jangan terus buang! Buang sahaja bahagian yang telah rosak dan selebihnya masih boleh digunakan lagi.

 

Biji-bijiran memang mengandungi jangka hayat yang tinggi. Jika anda menyimpan dalam kondisi ruang yang kering dan tidak terdedah pada cahaya matahari ia masih boleh dimakan selama sebulan dari tarikh luput.

 

Sememangnya janga hayat yang tertulis pada pasta itu sendiri lama iaitu di antara satu hingga dua  tahun, ia sebenarnya boleh bertahan lebih lama lagi. Ini kerana bahan tersebut tidak mengandungi air. Asalkan ia disimpan di dalam ruang yang tidak terdedah dengan cahaya matahari dan tempat kering, pasta yang belum di masak akan boleh tahan lama. Begitu juga dengan pasta yang telah dimasak, asalkan ia tidak mengandungi air dan dalam kondisi yang baik, ia boleh disimpan dan dimakan lebih kurang dua hingga tiga minggu. (jika tiada bau basi terhasil)

 

Ia memang akan basi, tetapi roti yang telah melepasi tarikh luput masih boleh dimakan lagi walaupun anda perasan timbulnya sedikit pertumbuhan kulat-kulat pada sesetengah bahagian roti itu. Tetapi jika roti tersebut berbau masam dan lain macam, jangan makan!

 

Jika anda terlupa nak makan yogurt yang masih belum dibuka dan disimpan di dalam peti, jangan terus buang jika terlihat sudah melepasi tarikh luput. Ia sebenarnya masih selamat dimakan setelah satu hingga dua minggu dari tarikh itu. Tetapi awas kalau ada bau lain macam dan telah ditumbuhi kulat, jangan makan!

 

Jika bungkusan tersebut telah dibuka, kerepek kentang anda boleh dimakan untuk beberapa minggu. Tetapi jika masih belum dibuka, ia masih boleh dimakan sebulan selepas tarikh luput.

 

Kalau anda perasan, coklat yang sudah lepas tarikh luput akan ditumbuhi dengan lapisan warna putih. Sebenarnya itu bukan kulat. Ia dipanggil chocolate bloom iaitu berpunca dari gula atau lemak. Dan ia selamat untuk dimakan. Jika ia disimpan di dalam ruang sejuk 70 darjah keatas atau ke bawah.

 

Biasanya rempah seperti sos tomato, mayonis dan jem kalau dah lepas  tarikh luput kita memang campak dalam tong sampah je. Tak berani nak makan. Tetapi sebenarnya ia masih boleh dimakan! Sekiranya anda sudah membuka botol itu, hidu terlebih dahulu sama ada bau basi ke tidak. Manakala jika masih belum dibuka dan disimpan di dalam kabinet , ia boleh bertahan sangat lama dari tarikh luput yang tertera.

 

Makanan sejuk beku memang diakui masih boleh dimakan meskipun telah melepasi tarikh luput.

 

Lebam yang terdapat pada timun, salad yang layu dan sebagainya sebenarnya masih boleh dimakan. Jika berkaitan dengan buah dan sayuran kalau anda lihat ia tidak membusuk, makan je tau!