KelabMama

10 Makanan Musim Panas Yang Sesuai Sebagai Penyegar Tekak & Badan

makanan musim panas

Cuaca yang panas menyebabkan berlakunya dehidrasi terhadap badan kita. Jadi, musim panas ini makanan minuman apa yang sesuai ye untuk kekal hidrasi?

Dehidrasi ni akan buatkan badan kita kehilangan garam dan air. Sebab itulah, musim panas ni kita perlu minum air yang cukup & cuba ambil pemakanan yang dapat membantu menyejukkan badan.

Menurut Dr. Samhan, ada beberapa makanan yang boleh bantu hilangkan dahaga atau kekalkan hidrasi dalam badan kita. Mari kita baca perkongsiannya tentang makanan musim panas ini.

10 Jenis Makanan untuk Musim Panas

1. Tembikai

Tembikai mengandungi 90% air yang dapat membantu kita menangani dehidrasi. Selain tu, tembikai juga kaya dengan serat yang dapat bantu mengurangkan masalah sembelit.

Jadi, memang sesuai lah kalau kita makan buah tembikai musim panas ni untuk menghidratkan badan kita.

2. Air Teh Panas

Betul ke kalau minum air teh panas ni boleh kurangkan rasa panas?

Kalau minuman berais dapat kurangkan rasa dahaga tetapi air panas ni dapat membantu meregulasi suhu badan kita.

Teh panas ni sejenis diuretik dimana akan menyebabkan kita membuang air kecil dan berpeluh dengan lebih kerap.

Badan kita mungkin akan kehilangan lebih banyak air, namun proses evaporasi yang berlaku melalui peluh dapat membuatkan badan kita rasa lebih sejuk.

3. Air Kelapa

Selain dapat merasai airnya yang manis, air kelapa juga dapat mengurangkan risiko dehidrasi.

Ia mengandungi banyak nutrien dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus dan juga potassium yang penting untuk badan kita.

Selalunya, kita akan gunakan air kelapa ni sebagai ejen penyejuk ketika demam. Jadi, tidak ada salahnya kalau nak menyejukkan badan kita dalam cuaca yang panas ni dengan meminum air kelapa kan.

4. Timun

Timun ni lebih kurang sama je dengan buah tembikai tetapi kandungan air dalam timun adalah lebih tinggi iaitu hampir 95%.

Timun ni lebih sesuai kalau dimakan begitu sahaja kerana kebanyakan air dalam timun ni akan hilang selepas dimasak. Kalau Mama nak buat ulam atau letak dalam salad pun boleh juga.

5. Sup

Makan nasi bersama sup bukan dapat menurunkan suhu badan, malah ia juga bagus dalam mengekalkan hidrat dalam badan. Walaupun hanya sup, tetap dikira sebagai air tau!

Sama juga dengan teh panas, sup akan membuatkan badan menjadi berpeluh. Apabila peluh tersejat, badan kita akan rasa lebih sejuk.

6. Yogurt

Protein yang ada dalam yogurt ni dapat mengisi perut dan membuatkan kita raa kenyang. Ia juga membantu kita mengelakkan daripada makanan yang masin dan berkalori tinggi.

Dalam yogurt juga mengandungi probiotik yang dapat memastikan sistem pencernaan kita sentiasa sihat.

Terpulang lah Mama Papa nak makan yogurt berperisa atau yogurt tanpa perisa dan tambahkan buah-buahan yang disebutkan di atas bagi memaksimumkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan air dan menyejukkan badan.

Mama Siti kalau yogurt ni makan dengan buah yang segar lagi sedap dan berkhasiatkan.

7. Jus Buahan Sitrus

Buah oren dan lemon ni kaya dengan vitamin C dan potassium, jadi ia sejenis nutrisi yang sangat penting pada musim panas ni.

Buah-buahan ini juga kaya dengan vitamin C yang membantu melindungi tubuh anda daripada matahari.

Antara buah sitrus yang boleh dijadi pilihan ialah oren, lemon dan limau gedang.

Buah sitrus ni kalau nak tahu kaya dengan kandungan air yang tinggi dan juga boleh dijadikan sebagai makanan makanan tambahan yang ideal untuk diet time musim cuaca panas.

8. Mangga

Buah mangga ni tak ada banyak kalori tau. Malah, kandungan zat besinya yang tinggi dapat membantu kita tingkatkan tahap kalsium dalam badan.

Jadi, kalau makan mangga yang disejukkan dapat mengurangkan strok haba. Selain tu, dalam mangga ni ada mengandungi vitamin A dan C yang dapat meningkatkan sistem imun badan kita.

9. Jagung

Syoknya kalau dapat makan jagung panas-panas waktu petang kan. Makan pula jagung yang direbus sendiri, memang nikmat.

Jagung ni dapat membekalkan badan dengan lutein dan zeaxanthin, iaitu sejenis antioksidan yang penting untuk kesihatan mata.

Antioksidan juga dapat mengurangkan risiko degenerasi makula yang dapat menyebabkan kebutaan dalam kalangan warga emas tau.

10. Air Kosong

Musim panas, jangan lupa minum air kosong! Setiap hari kita akan kehilangan antara 2 – 2 ½ liter cecair melalui peluh, pernafasan, perkumuhan dan penyahtinjaan tau.

Sebab itulah, kita perlu minum sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari. Lagi-lagi bila musim panas sekarang, perlu lebihkan minum air kosong untuk sentiasa hidrat kan badan kita.


Macam mana nak sejukkan udara dalam rumah, lagi-lagi cuaca panas yang membahang sekarang? Klik di SINI.