KelabMama

Kulit Bersisik Jika Makan Snek: Makanan & Minuman Yang Chinese Mom Harus Elakkan Semasa Mengandung

Bila kita tengah hamil ni, tak semua makanan kita boleh main ‘bedal’ je tau Mama! Banyak yang kena pantang. Pantang ni untuk bertujuan menjaga kesihatan dan keselamatan janin Mama juga. Baby happy, Mama pun happy nanti.

Kadang-kadang tak sangka pun makanan atau minuman ni perlu dipantang. Chinese mom mesti ada petua-petua mereka. Waktu kehamilan ni lah Mama perlukan keseimbangan untuk kehamilan berjalan lancar dari awal hingga akhir.

Betul ke kulit akan bersisik kalau makan snek?

Jom kita baca makanan yang Chinese mom elakkan sewaktu hamil.

4 Kumpulan Makanan & Minuman Yang Mama Harus Elakkan

Untuk mengekalkan keharmonian dalam badan Mama, wanita hamil sering mengelakkan makan makanan dengan kualiti yin seperti:

Makanan Sejuk

Apa jenis makanan sejuk yang Mama Siti maksudkan ni?

Menurut kajian, makanan-makanan ini dikaitkan dengan keguguran atau pendarahan kerana makanan tersebut akan menyebabkan peredaran darah yang lemah dalam rahim (Jones, 2006, West, 2008).

Jika sekatan peredaran darah berlaku dalam rahim, maka bayi Mama tidak akan mendapat nutrien secukupnya. Ini boleh melambatkan tumbesaran bayi dalam kandungan. Sebab tu Mama kena elakkan!

Makanan Panas-Basah

Wet-hot foods adalah termasuk:

Menurut kajian, makanan-makanan ini akan menghasilkan tenaga “beracun” yang akan muncul sebagai alahan atau iritasi kulit pada bayi (Martin, 2001, Schott and Henley, 1996). Contohnya, ruam.

Ruam boleh menjadi tanda sesuatu penyakit yang lebih serius. Reaksi daripada makanan seperti alahan, jangkitan, autoimun dan banyak lagi juga boleh menyebabkan ruam berlaku.

Snek

Secara umum pun, snek memang boleh memudaratkan kesihatan Mama. Terbukti ia sering memberikan pengambilan tenaga yang berlebihan, yang akan membawa kepada penambahan berat badan semasa mengandung ataupun gestational weight gain (GWG) dan punca obesiti semasa kehamilan.

Tetapi dalam konteks ini, ia dipercayai snek boleh menjejaskan kulit bayi, menjadikannya kelihatan bersisik.

“Bersisik? Macam mana tu?”

Simptom kulit bersisik termasuklah psoriasis, dermatitis kontak, ekzema dan jangkitan kulit kulat. Jika berterusan, Mama perlu rujuk dengan pakar untuk langkah seterusnya untuk rawatan yang sewajarnya.

Oleh itu, Mama harus berwaspada dengan GWG dan masalah kulit bersisik apabila mengambil snek!

Makanan Gelap

Makanan apa yang dikategorikan sebagai makanan gelap? Makanan berwarna gelap seperti:

Ia dipercayai makanan gelap adalah penyebab kulit bayi kita akan gelap (Martin). Tapi hakikatnya, kulit bayi bergantung sepenuhnya kepada genetik.

Sesetengah orang mengatakan minum susu kunyit semasa mengandung menjadikan bayi cantik, namun tiada makanan yang boleh mengubah warna kulit anak-anak.

Fakta yang Mama harus tahu adalah, bayi yang berkulit cerah sebenarnya kekurangan kandungan melanin. Melanin sangat penting untuk melindungi daripada kerosakan matahari. Oleh itu, ajarkan si manja untuk selalu pakai sunblock ya Mama!

Tak sangka banyak juga makanan yang dipantang oleh Chinese mom, kan? Mama pula macam mana? Ada ke pantang extreme ke atau Mama pantang santai-santai je?

Apa-apa pun, kita perlu ingat untuk mengambil apa-apa makanan dalam kadar yang sederhana sahaja untuk jaga kesihatan kita dan juga janin!

Mama Siti harap Mama dapat ilmu serba sedikit tentang makanan dan minuman apa yang Chinese mom elakkan semasa mengandung. Selamat mencuba~


Dapatkan lebih banyak info kesihatan untuk ibu hamil di SINI!