KelabMama

Cara Untuk Menjaga Kanak-Kanak Yang Dijangkiti HFMD: Makanan Yang Sesuai Untuk Mereka

Sejak peningkatan mendadak penyakit kaki, tangan dan mulut atau HFMD, terdapat banyak perkongsian dan tips dijadikan sebagia tajuk utama untuk mengekang wabak ini daripada terus berjangkit.

Menurut nasihat Dr. Intan Juliana Abd Hamid melalui Astro Awani, ibu bapa hendaklah isolasikan anak anda jika terdapat gejala di rumah. Ibu bapa perlu pantau perkembangan kesihatan anak selama 10 hari dari hari pertama gejala dikesan.

Tetapi bagaimana kita sebagai ibu bapa hendak jaga mereka sehingga mereka sihat walafiat? Kadang-kadang mereka akan kurang selera untuk makan kerana menahan kesakitan. Ikuti perkongsian daripada Farmacora yang aktif kongsikan tentang penjagaan dan kesihatan kita di media sosial:

Makanan apa nak bagi anak makan ni?

Mimpi buruk setiap ibu bapa di Malaysia sekarang ialah bila anak kena HFMD. Mulut penuh dengan blisters. Anak taknak makan langsung, makanan semua anak tolak, susu pun taknak. Jadi nak bagi makan apa? Ini idea makanan bayi HFMD.

1. Yogurt

Boleh guna natural yogurt & boleh kisar dengan apa-apa buah untuk rasa yang lebih sedap. Yogurt kan sejuk & mudah untuk anak telan, inshaAllah anak akan suka.

2. Buah-Buahan Frozen

Boleh sejukkan buah contohnya tembikai, strawberi dan boleh cuba beri anak makan. Makanan yang sejuk-sejuk boleh legakan ketidakselesaan dalam mulut.

3. Aiskrim

Dari susu ibu-ibu boleh guna susu ‘Expressed Breast Milk’ (EBM) atau susu full cream untuk dijadikan aiskrim. Yogurt juga boleh digunakan.

4. Air & Isi Kelapa

Air & isi kelapa yang disejukkan juga boleh diberikan kepada anak yang sedang menderita HFMD. Sejuk-sejuk memang boleh meredakan. Isi kelapa ni lebut & mudah telan tanpa perlu mengunyah dengan bersungguh.

Makanan Sejuk Lebih Bagus

Ini antara makanan yang ibu bapa boleh ikhtiarkan beri pada anak-anak yang kena HFMD. Anak memang akan menolak banyak makanan sebab mulutnya tak selesa dengan banyak ‘blisters’. Ibu bapa kena kreatif dan bagi makanan yang sejuk & mudah telan.

Bukan sahaja anak-anak dapat sedikit sebanyak nutrisi daripada makanan ini malah ia dapat melegakan kesakitan yang mereka terpaksa tahan sepanjang masa akibat ‘blisters’ ini.

Selalu kita pening nak bagi anak makan apa kan, Mama? Lagi-lagi anak yang ‘picky eater’. Jenuh dibuatnya! Lagipun mereka akan tidak rasa selesa dengan kebanyakan makanan kerana mereka pun menahan kesakitan.

Harap-harap dengan makanan alternatif diatas dapat memberi Mama sedikit sebanyak idea untuk sediakan makanan untuk anak-anak yang dijangkiti HFMD. Walaupun makanan di atas adalah makanan manis, Mama Siti sarankan Mama ‘pejam’ mata sebentar untuk beberapa hari kerana apa yang penting adalah anak-anak boleh makan sesuatu walaupun sedang sakit.

Jangan lupa untuk mengamalkan kebersihan diri dimana-mana sahaja Mama dan si manja berada!