KelabMama

KENAPA LUKA EPISIOTOMI SAYA LAMBAT BAIK?

Inilah yang paling ditakuti oleh wanita yang bakal bersalin. Hampir 90 peratus wanita hamil akan mengalami koyakan dan luka ketika bersalin. Nak tak nak mama kena hadap rasa sakit tu demi melahirkan zuriat mama.

Apa tu jahitan Episiotomi?

Bagi bakal mama yang akan bersalin tak lama lagi pasti ada yang tak tahu apa tu jahitan Episiotomikan? Episiotomi ni adalah satu prosedur yang dilakukan semasa bersalin di mana perineum mama akan digunting bagi memudahkan laluan bayi. Biasanya guntingan ini akan dilakukan bila kepala bayi dah sampai ke mulut faraj.

Tapi tak semua orang kena Episiotomi ni tau sebab ia bukan prosedur yang mesti dilakukan bagi setiap kelahiran. Kecuali…

1) Kandungan sulung. Bergantung pada penilaian oleh pegawai perubatan serta bidan yang kendalikan proses kelahiran tu.

2) Sebelum berlakunya prosedur vacuum dan forcep.

3) Sekiranya bayi dalam perut songsang.

4) Bila kepala bayi dalam posisi yang abnormal.

5) Bayi bersaiz besar atau bahu bayi tersangkut.

6) Bayi dalam keadaan stress atau tekanan (fetal distress).

Jadi Episiotomi ni akan dibuat bila koyakan faraj teruk terjadi. Selepas proses kelahiran selesai, luka akan dijahit dengan benang yang akan larut atau hancur dengan sendirinya.

4 JENIS KOYAKAN YANG MAMA KENA TAHU

#1 First Degree Tear

Satu koyakan kecil pada kulit yang biasanya akan baik sendiri dan tak perlukan jahitan

#2 Second DegreeTear

Koyakan lebih dalam melibatkan otot dan kulit dan memerlukan jahitan

#3 Third Degree Tear

Koyakan yang dalam melibatkan kulit dan otot perineum. Turut melibatkan otot yang mengelilingi anus dan ia memerlukan jahitan

#4 Forth Degree Tear

Koyakan parah yang melebihi paras otot anus mama. Koyakan sehingga ke bahagian usus yang terletak selepas anus dan sememangnya memerlukan jahitan

JAGA LUKA EPISIOTOMI SEBAIKNYA KALAU NAK CEPAT BAIK

1) Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka tau. Bersihkan luka dengan air suam atau dengan ubat sapu yang dibekalkan oleh hospital

Elakkan : Sapu benda lain seperti serbuk manjakani atau minyak gamat yang kita tak tahu tahap kebersihan atau campuran bahan didalamnya

2) Elakkan dari kena sembelit. Bila sembelit akan beri tekanan kepada perineum semasa teran dan ini akan buatkan luka terbuka sikit atau terbuka terus. Minum banyak air dan makan banyak sayuran serta buah-buahan untuk lawas

Take note : Kekurangan air boleh melambatkan proses penyembuhan luka Episiotomi.

3) Buat senaman lantai pelvik a.k.a senaman kemutan (Kegel Exercise). Buat senaman ni secara rutin dapat bantu melancarkan darah di vagina dan bantu sembuhkan luka

4) Selalu check luka takut terkena jangkitan. Tanda-tanda jangkitan kuman :

– ada kemerahan di bahagian luka

– bengkak di luka Episiotomi

– sakit yang teramat sangat di bahagian luka terutamanya bila bergesel masa berjalan

– keluarnya discaj berbau

– demam

Take note : Kalau mama tengok ada tanda-tanda ni kena cepat-cepat pergi hospital ye! Mama boleh check luka jahitan dengan menggunakan cermin. Tapi kalau mama sendiri tak berani, mama boleh minta tolong encik suami.

5) Kalau still tak dapat nak kawal rasa sakit, mama boleh ambil paracetamol atau ponstant (atas arahan doktor)

6) Penting : Pakai seluar dalam dari jenis kapas yang boleh serap peluh bagi mengelakkan perineum lembap

7) Kena selalu tukar pad dan lap kering-kering bagi mengelakkan infeksi

8) Cuci perineum DARI DEPAN KE BELAKANG (perineum ke anus). Bukan DARI BELAKANG KE DEPAN ye mama

9) Jangan MENCANGKUNG! Guna tandas duduk kalau mama tak nak luka episiotomi mama regang

BARU JE BERSALIN DAH KENA JALAN. KENAPA?

Mama Siti faham ramai yang mengeluh bab ni. Dah la baru lepas bersalin, disuruh pula berjalan. Untuk pengetahuan mama, ambulasi awal ni penting untuk elakkan pengumpulan darah beku di perineum. Tujuannya untuk pengaliran darah yang sempurna serta boleh bantu sembuhkan luka Episiotomi.

Bestnya Baby Warehouse SALE dengan tawaran menarik dari Motherhood.com.my dan JOM join NewMama bersama KelabMama hari ini!