KelabMama

Resepi Khanom Luk Chup Thai Dessert yang Unik

resepi luk chup

Mung bean dessert atau kita panggil Khanom Luk Chup dalam bahasa Thai. Sejenis makanan tradisional Thailand yang unik dan cantik.

Kalau Mama pengemar drama Thai mesti pernah nampak Thai dessert ni dalam drama kan.

Zaman dulu luk chup ni pencuci mulut ni je di istana je ada, tapi sekarang mana-mana pun dah boleh dapat luk chup ni.

Ianya dibuat daripada kacang hijau yang dibentuk macam buah-buahan, sayur-sayuran atau bentuk yang lain. Kemudian manisan ni akan dicelup dalam lapisan jelly dan dikeringkan.

Jom tengok resepi yang Mama Siti share ni, boleh Mama buat sendiri di rumah nanti.

Resepi Khanom Luk chup

1. Khanom Luk Chup versi 1

Kredit Gambar: Hot Thai Kitchen

Bahan-bahan

Untuk doh:

Untuk salutan:

Untuk alatan:

Cara Penyediaan

Untuk doh

  1. Mama cuci bersih kacang hijau dan rendam selama 4 jam.
  2. Rebus dengan secawan air dengan menggunakan api kecik. Kalaau dah kering air tapi masih belum empuk, Mama tambahkan sedikit air.
  3. Bila dah empuk Mama toskan, kemudian kisar dengan sedikit air.
  4. Tuang ke dalam kuali. Masukkan gula dan secubit garam. Pastikan Mama sentiasa kacau dengan api kecik.
  5. Masak sehingga likat. Selepas itu, Mama sejuk dan bahagikan kepada beberapa warna.
  6. Mama bentukkan doh mengikut bentuk yang Mama suka macam strawberi, carrot, manggis dan lain-lain.

Untuk salutan

  1. Mama didihkan semuua bahan salutan yang disediakan. Kemudian celupkan doh yang Mama bentuk tadi.
  2. Celup sebanyak 3 kali untuk dapatkan hasil yang cantik.
  3. Cucuk pada polisterin untuk dikeringkan. Bila dah siap, boleh lah dihidangkan.

Kredit resepi: rasa

2. Khanom Luk Chup versi 2

Bahan-bahan

Untuk doh:

Untuk salutan:

Untuk alatan:

Cara Penyediaan

  1. Rendam kacang hijau lebih kurang sejam.
  2. Kemudian, basuh dan toskan.
  3. Rebuskan kacang sampai empuk. Pastikan ar jangan terlalu banyak.
  4. Kemudian, Mama carik-carikkan daun pandan.
  5. Bila kacang dah empuk, matikan api dan sejukkan. Mama jangan lupa buang daun pandan.
  6. Kemudian, Mama masukkan santan, gula dan garam ke dalam bekas kacang hijau tadi.
  7. Kacau rata, masukkan dalam blender dan blend sehingga lumat.
  8. Mama tuang ke dalam kuali dengan api perlahan.
  9. Kacau selalu dan masak sehingga bergumpal macam doh.
  10. Tutup api dan sejukkan sekejap.
  11. Mama dah boleh membentuk mengikut kreativiti Mama.
  12. Cucukkan pada lidi sate.
  13. Bancuh warna tersebut dalam air sedikit.
  14. Mama calit dengan menggunakan berus warna.
  15. Selepas tu, boleh cucuk lidi pada polisterin dan biar kering seketika.
  16. Sambil nak nak tunggu kering. Masakkan bahan salutan sehingga larut dan mendidih.
  17. Kemudian, Mama celup dan cucuk semula pada polisterin tadi.

Nota: Resepi ini gunakan santan, jadi tak dapat bertahan lama. Mama celup ketika bahan salutan panas-panas. Kalau Mama nak nampak cantik, selepas lapisan pertama beku. Mama boleh celup lagi sekali.

Kredit resepi: ILUMINASI

Selamat mencuba Mama!


Jom cuba resepi menarik yang lain pula yang dikongsikan di SINI.