KelabMama

“In Shaa Allah jumpa di syurga nanti sayang,” Luah Hannah Delisha Kali Pertama Keguguran

In Shaa Allah jumpa di syurga nanti sayang... Luah Hannah Delisha Kali Pertama Keguguran

Terkejut Mama Siti pagi tadi terbaca posting Hannah Delisha di laman X beliau yang berkongsi tentang keguguran kandungan sulungnya semalam.

Hannah Delisha merupakan seorang pelakon mendirikan rumah tangga dengan Imam Shah seorang pelakon juga dari Singapura pada 18 Februari 2021.

Perkongsian yang dilakukan Hannah sekadar mahu berkongsi perasaannya dengan Mama yang turut mengalami nasib sama dengannya. Berharap perkongsiannya dapat menyuntik semangat dan kekuatan kepada Mama yang lain.

Kredit Gambar: Twitter Hannah Delisha

Selain tu, Hannah turut berkongsi gambar scan sonografi yang dilakukan olehnya di sebuah klinik. Tetapi Mama Siti tidak pasti usia kandungannya, malah Hannah juga turut merahsiakan usia kandungannya.

Bukan sekadar meluahkan isi hatinya sahaja, malah Hannah turut titipkan kata semangat kepada semua ibu-ibu di luar sana agar sama-sama diberikan kekuatan menghadapi kehilangan intan permata mereka ini.

“Semoga Allah menyembuhkan kita, meringankan rasa sakit kita dan mengisi hati kita dengan kedamaian dan kesejahteraan. Insya-Allah jumpa di Syurga nanti sayang,” tulisnya.

Ruangan komen juga turut dibanjiri dengan kata-kata semangat kepada Hannah. Bahkan ada juga yang turut berkongsi pengalaman keguguran mereka supaya Hannah menjadi lebih kuat untuk melalui ujian ini dan turut mendoakan Hannah dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.

Kredit Gambar: Twitter Hannah Delisha

Mama Siti berharap Mama yang mengalami situasi sama seperti Hannah teruskan semangat dan banyakkan berdoa di bulan Ramadan ini. Semoga Mama semua diberikan rezeki untuk menimang cahaya tidak lama lagi.

Siapa saje tidak sedih apabila mengalami situasi ni, lagi-lagi cahaya mata sulung. Walau bagaimanamana pun, kehidupan ni perlu diteruskan.

Jangan sedih lama-lama ye. Kesihatan Mama pun penting dan perlu dijaga juga. Baby Mama Papa dah tunggu Mama Papa dekat syurga tau. Dan yang penting, ingatlah bahawa Allah SWT itu sebaik-baik perancang.


Dapatkan lebih banyak informasi yang trending di SINI.