KelabMama

LIPAS SERANGGA PENCEMAR YANG KOTOR ANDA PERLU ELAKKAN ADA DALAM RUMAH!

Lipas adalah serangga yang menggelikan dan juga serangga perosak. Banyak kejadian keracunan makanan berpunca daripada pencemaran lipas. Serangga itu suka menabur najis sambil makan sekali gus meninggalkan bakteria di merata tempat. Lipas meninggalkan kotoran sekali gus menyebabkan beberapa jenis penyakit kepada manusia.Ini menjadikan lipas sebagai salah satu daripada serangga perosak yang paling jijik dan berbahaya. Ia merebakkan pelbagai kuman penyakit yang boleh menyebabkan keracunan makanan, cirit-birit, disenteri, hepatitis, kepialu, kusta, penyakit kulit dan bengkak pada kelopak mata. Walaupun serangga itu hanya lalu seketika di atas meja mahupun dapur, ia tetap meninggalkan kotoran berbahaya kepada manusia.

Lipas adalah sejenis serangga yang sememangnya termasuk di dalam kategori makhluk perosak. Kajian menunjukkan, lipas telah dikenalpasti hidup semenjak zaman purba lagi. Kehebatannya di dalam menyesuaikan diri di dalam pelbagai jenis persekitaran yang berbeza membuatkannya dapat bertahan lama untuk hidup. Walaupun begitu, lipas boleh dikatakan merupakan simbol kepada kekotoran. Kekotoran pula merupakan ancaman kepada kesihatan kita. Kata orang dulu-dulu, kalau jumpa banyak lipas dalam sebuah rumah, maksudnya tuan rumah pengotor!. Ada logiknya juga kan?

 

PENYAKIT DISEBABKAN LIPAS

Lipas mempunyai tabiat buruk yang sangat kotor iaitu ia akan memuntahkan kembali makanan yang separuh hadam dan meninggalkan najis sambil ia makan. Bulu kaki lipas pula akan mengangkut dan menyebarkan kuman, virus, telur cacing, kulat dan kotoran dari pelbagai tempat. Lebih teruk lagi, lipas yang didapati berkeliaran di tempat najis boleh mencemarkan makanan kita sekiranya ia merayap ke atas makanan tersebut. Berikut merupakan beberapa jenis penyakit yang dapat dikaitkan dengan lipas :

Lipas dapat membiak dengan sangat banyak dan pantas. Setiap biji telur lipas dapat mengandungi sebanyak 6-16 ekor anak lipas. Dalam tempoh setahun pula, sepasang lipas dikatakan mampu membiak dengan menghasilkan kira-kira sebanyak 20,000 ekor anak lipas. Tempat yang kebiasaannya menjadi tempat lipas bagi menyimpan telurnya adalah dengan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari serta tempat-tempat yang kurang terusik. Lipas biasanya membiak di tempat yang kotor seperti saluran kumbahan, tempat pembuangan sampah serta premis makanan yang kotor. Selain itu, lipas juga bersembunyi dibawah peti ais, di dalam almari dapur, tangki najis dan dimana-mana tempat lembap yang terlindung daripada cahaya matahari. Jadi, salah satu cara pencegahan penyebaran lipas adalah dengan menjaga kebersihan di setiap tempat.

 

PUNCA LIPAS BANYAK BERKELIARAN

 

LANGKAH PENCEGAHAN LIPAS

 

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS

 

FAKTA MENGENAI LIPAS

  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anaknya semua betina
  10. Lipas hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.
  11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab lipas mempunyai rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
  13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
  14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat luka.
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat.
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula.
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya.
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut.
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa.

 

 

 

Sumber: Internet