KelabMama

Hati-hati! Kulit Limau Mandarin Bahaya kepada Kanak-kanak

bahaya kulit limau mandarin kepada kanak-kanak

Sempena Tahun Baru Cina ni mesti Mama Papa tak akan lepaskan peluang untuk turut sama beli limau Mandarin.

Pergi mana-mana je mesti ada jual limau Mandarin, kadang-kadang ada jugak kawan atau jiran yang akan bagi kepada Mama Papa kan. Lagi pun ramai Mama Papa yang anggap limau ni bagus untuk anak-anak sebab kaya ada vitamin C.

Tapi selain manfaat yang dapat daripada memakan limau Mandarin, sebenarnya kulit buah limau Mandarin ni bahaya tau Mama Papa.

Kenapa Kulit Limau Mandarin Bahaya?

Apa yang Mama Siti nak kongsikan ni daripada seorang Pensyarah Kanan Kimia, ChM Doktor Fatimah Salim, kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2).

Kalau ikutkan sepatutnya limau dapat menghalang dari gejala sakit tekak ni sebab kaya dengan vitamin C tapi disebabkan bahahn kimia ni menjejaskan kesihatan Mama Papa serta anak-anak.

Bahan kimia (SO2) digunakan sebagai pengawet (berbentuk gas atau garam terbitan) buah limau Mandarin. Tujuan SO2 digunakan untuk mengekalkan kesegaran dan dapat mengelakkan kulit berubah keperangan dan jugak boleh menghalang pertumbuhan kulat.

Oh ye, bukan hanya pada kulit limau Mandarin je yang ada, bahan kimia pengawet SO2 pun digunakan juga dalam buah kering macam kismis, prune dan minuman berkarbonat serta beralkohol.

Kalau tak gunakan bahan kimia pengawet ni buah-buahan yang kering akan senang ditumbuhi kulat dan tak boleh bertahan lama.

Tak semua akan terkesan dengan SO2 ni, tapi ada sesetengah individu lagi-lagi kanak-kanak boleh menyebabkan gejala sakit tekak dan batuk.

Sebab tu, sebelum nak kupas buah limau, Mama perlu basuh dulu buah limau. Sama ada Mama kupas sendiri atau anak-anak yang kupas, make sure lepas Mama beli basuh dulu tau.

Buah Limau tak Sesuai untuk Masalah Kulit, Asma dan Alahan

Sebenarnya Mama Papa, buah yang dalam kategori citrus ni tak sesuai untuk dimakan kalau anak ada ekzema.

Walaupun buah citrus ni tinggi vitamin C sangat digalakkan dalam pengambilan diet atau makanan harian tapi ia tak sesuai kalau anak Mama Papa ada masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis.

Dalam buah citrus ni ada allergen yang dipanggil sebagai Balsam of Peru (Myroxylon Pereirae) yang akan menganggu usus anak-anak ekzema.

Usus mereka gagal untuk mencerna setengah gula atau protein yang dihasilkan dari buah limau ni. Menyebabkan usus mengalami iritasu, keradangan dan mungkin boleh membengkak. Ini pun dipanggil jugak sebagai masalah introlerance yang sering mereka alami.

Bukan setakat kulit jadi makin merah meradang je, ada jugak anak-anak yang alami hidung berair, masalah muka bengkak, masalah penghadaman dan lain-lain.

Kalau anak Mama Papa ada masalah kulit, Mama Siti nasihatkan untuk stop sekejap beli limau ni, bila kulit mereka dah okay, barulah Mama Papa bagi mereka makan buah limau ni.

Selain tu, anak-anak yang ada penyakit asma pula kemungkinan akan berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik tau Mama Papa. Sama jugak kalau anak-anak yang ada alahan ni, buah yang tinggi vitamin C tak sesuai untuk mereka tau.

Mungkin ada anak-anak Mama Papa yang tak ada masalah kesihatan boleh kupas dan makan terus je, tapi Mama Papa kena sentiasa alert dengan anak Mama Papa yang ada masalah kesihatan ni.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Mama Papa dapatkan lebih banyak informasi tentang kesihatan kanak-kanak di SINI.