KelabMama

Lepas Bersalin Mana Boleh Makan Telur, Nanti Gatal. Betul Ke?

Lepas Bersalin Mana Boleh Makan Telur, Nanti Gatal. Betul Ke?

Eh, mana boleh makan telur! Nanti luka lambat sembuh. Kang kalau bernanah luka tu macam mana?!

Uish, marah betul ni. Tak boleh makan telur masa berpantang? Mana mama dapat info ni? Mama Siti makan telur elok saja. Tak ada bernanah pun luka.

Buat pengetahuan mama, ibu-ibu yang telah bersalin secara pembedahan ni boleh saja makan telur TAPI ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Kita selalu dengar petua nenek moyang kita, time berpantang ni elakkan makan telur. Alasannya? Nanti gatal dan bernanah dekat luka yang dijahit tu.

Namun begitu, seorang Juru Urut Bertauliah dan Pengamal Warisan Perbidanan Melayu Lama yang dikenali sebagai Siti Aishah atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ice mempunyai pandangan yang berbeza dengan perkara ini.

Boleh makan telur ke tak? Jom ikuti perkongsian beliau mengenai hal ini.

Pati Gamat Vs Telur Mentah Selepas Pembedahan

Baru-baru ni ramai yang tanya Kak Ice perihal orang perseorangan post pasal makan telur lepas bersalin untuk cepat sembuh luka pembedahan.

Ada yang pertikaikan amalan pati haruan dan pati gamat lebih elok untuk merawat luka pembedahan.

Sedangkan ramai yang tak tahu bahawa kandungan dalam pati-pati tersebut meskipun mampu membantu mempercepatkan penyembuhan luka tetapi hanya untuk luka luaran.

Ekstrak haruan mempunyai kandungan glisin dan asid amino yang penting untuk membantu penyembuhan luka.

Ketika dibedah, 7 lapisan kulit dipotong. Oleh itu proses penyembuhan perlulah meliputi ketujuh-tujuh lapisan ini. Pengamal pati haruan dan gamat hanya mampu menyembuhkan lapisan luka yang paling luar, TIDAK sehingga dalaman.

Akhirnya luka dalaman mula bernanah dan membusuk. Dan yang paling bahaya adalah apabila luka dalaman melekat dengan organ-organ dalaman seperti ovari, rahim, tiub fallopio, usus atau pundi kencing.

Mengapa saya kata ia berbahaya? Kerana bila kelahiran seterusnya ia merupakan risiko tinggi jika anda terpaksa melalui proses pembedahan sekali lagi.

Disebabkan itulah bidan-bidan lama mengamalkan beberapa amalan herba dan ramuan yang mampu membantu memgatasi masalah ini.

Meskipun zaman dahulu tiada prosedur pembedahan, mereka telah menggunapakai rawatan-rawatan ini kerana mereka percaya setiap kelahiran, meskipun normal, tetap meninggalkan luka dalaman dan keradangan pada kawasan rahim, pangkal rahim (servik) dan juga saluran faraj.

Antara amalan bidan-bidan lama untuk luka dalaman ialah:

1. Amalan Herba

Herba tak mampu hilangkan kesakitan secara terus. Tetapi ia banyak membantu memperbaharui sel-sel mati dan merawat keradangan akibat luka pembedahan. Disebabkan itulah pentingnya amalan herba yang tanpa bahan perapat sebagai rawatan untuk luka pembedahan.

Air rebusan herba menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan badan ibu-ibu yang baru bersalin.

Saya mengamalkan air rebusan Akar Herbanika yang tinggi antioksida, dan gabungan Lawas Segar serbuk dan Lawas Angin serbuk sebagai bahan rawatan dalaman.

2. Amalan Kuning Telur Ayam Kampung Mentah

Selepas bersalin secara pembedahan, tiap-tiap pagi saya mengamalkan petua bidan-bidan lama dimana saya akan membancuh jamu dengan kuning telur ayam kampung mentah.

Kandungan nitrogen dalam telur membantu dalam pemulihan selepas pembedahan dan trauma.

Selain memberi tenaga, kandungan zink dan protein yang tinggi membantu pengeluaran tisu dan sel yang baru dan meningkatkan imunisasi badan (sangat berguna sebagai mekanisma melindungi badan dari jangkitan kuman). Kadang-kadang jamu digantikan dengan kopi O kampung sebagai sarapan saya.

Tapi yang penting amalan ini perlulah dengan KUNING TELUR YANG MENTAH. Bukan yang telah direbus, digoreng mahupun separuh masak ya. Kena mentah betul-betul.

So dah terjawab ye persoalan kenapa telur boleh makan. Bukan sebarang-sebarang. Semoga bermanfaat.

Sumber: Siti Aishah

BACA JUGA AMALAN PEMAKANAN SEMASA BERPANTANG SEJAK ZAMAN NENEK MOYANG

Pesan Mama Siti:

Lepas bersalin, mama sangat memerlukan vitamin, mineral serta zat-zat yang penting untuk cepat sembuh. Tak semestinya mama makan pati ikan haruan dan gamat saja, mama boleh makan segala jenis ikan lepas operation. Makanan yang tinggi dengan protein pun mama boleh makan seperti TELUR, kekacang, soya dan juga taufu. So, pantang makan telor tu satu mitos sebenarnya.