KelabMama

“Lendir Ikan Puyu Berpotensi Mengubati Barah Payudara?”

Ada tak dalam kalangan Mama pernah makan ikan puyu? Mama Siti pasti percaya mungkin ramai tak biasa dengan spesis air tawar yang satu ini. Iyalah, ia bukan suatu hidupan air yang menjadi buruan ramai.

Hanya ikan sungai yang biasa ditemui di paya, bendang malah termasuk juga di parit. Lantaran itu, ramai individu menolak untuk makan hidangan ikan puyu apatah lagi dijadikan sebagai hiasan peliharaan. Mungkin tiada yang menarik tatkala menceritakan perihal ikan puyu.

Namun, jangan disangka yang kotor itu tiada manfaat. Peribahasa Melayu lama, hitam-hitam keretapi, putih-putih kapur sirih rasanya sangat sinonim dengan entry kali ini.

Ia membawa maksud sesuatu barang dianggap tidak bernilai adakalanya memberikan manfaat lebih besar. Untuk pengetahuan Mama, satu kajian terbaharu mendedahkan lendir ikan puyu atau mucus ini dipercayai boleh mengubati penyakit breast cancer.

“Ha, betul ke ni?” Ya, Mama Siti ia suatu yang mengejutkan, bukan? Penyakit yang paling digeruni wanita dan belum ada penawar lagi sehingga kini tentunya memberikan nafas lega dan sinar baharu bagi kaum Hawa tatkala mengetahui mengenai kajian ini.

Individu yang bertanggungjawab dalam menjalankan kajian bertajuk “Anti-Breast Cancer Synthetic Peptides Derived from the Anabas testudineus Skin Mucus Fractions”, Dr Douglas Law berkata, research ini dikemudi beliau selaku pensyarah kanan dari Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat di INTI International University yang turut mendapat kerjasama oleh Professor Madya Dr Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya dan Dr Ahmad Abdul Kareem Najm dari Fakulti Sains dan Teknologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Memetik laporan The Sun Daily, Dr Douglas berkata, kajian dilakukan terhadap lendir ikan puyu mendapati ia mengandungi peptida baik yang mampu melawan sel berbahaya di dalam tubuhnya.

Ujar beliau, lendir ikan puyu dianalisia sebagai cecair pelindung untuk spesis mereka yang membolehkan makhluk berhabitat di air tawar ini menjadi ikan lasak ekoran faktor kemampuannya bertahan di atas darat dalam tempoh yang lama.

Dr Douglas berkata, hasil kajian mendapati mucus atau lendir ikan tadi mempunyai anti-microbial peptides (AMP) yang mana berupaya menghalang serangan organisma jahat.

Tambahnya lagi, AMP telah menarik perhatian ramai penyelidik sebelum ini kerana keupayaannya yang diketahui umum dalam memerangi micro-organism memudaratkan dan pertumbuhan sel tidak normal termasuklah tumor. Justeru, kandungan AMP ini telah berjaya ditemui dalam lendir ikan puyu sekaligus diyakini berpotensi untuk tujuan sama ke atas tubuh manusia.

“Selain mempunyai daya tahan yang hebat sehingga membolehkan spesis ini berada lama di atas darat, ikan puyu juga dikategorikan sebagai hidupan air tawar yang lasak kerana kebolehannya untuk kekal hidup meskipun di kawasan air tercemar. Ini berikutan penghasilan mucus tadi berperanan menghalang ikan puyu daripada patogen (sejenis serangan micro-organism jahat).

“Kandungan AMP dalam mucusnya juga bertindak sebagai sistem pertahan semulajadi (natural defence) yang membantu melindungi daripada jangkitan berbahaya, mengawal pertumbuhan sel tidak normal dan meningkatkan kesejahteraan hidupan ikan tersebut,”katanya.

Sementara itu, menyentuh tentang progress dalam kajian tersebut, beliau berkata beberapa ekor ikan puyu telah diambil dan disimpan dalam tangki bersuhu 28 degree celcius dengan memberi makanan secara konsisten.

Hasil kajian yang turut diterbitkan dalam jurnal bertajuk Nature Scientific Reports and Sains Malaysiana ini mendedahkan ikan puyu tersebut terus diuji dalam fasa sukar dan ia mampu bertahan lantaran mucusnya yang mengandungi bioactive peptides berpotensi sebagai anti-cancer. Wah, menarik bukan kajian ini!

Objektif Kajian

Dr Douglas berkata, bagaimanapun kajian yang masih di peringkat baharu ini diharapkan mampu menjadi khabar gembira kepada golongan wanita ekoran breast cancer adalah penyakit utama dengan kehadirannya tidak disedari pada peringkat awal.

Laporan portal MyHealth mendedahkan Malaysia merupakan antara negara penyumbang tertinggi bagi penyakit barah payudara dimana seorang daripada 19 wanita di negara ini berisiko terhadap breast cancer berbanding satu daripada lapan wanita di Eropah dan Amerika Syarikat.

Ternyata ini bukan suatu jumlah yang kecil, Mama.

Ujar Dr Douglas, beliau menyeru untuk semua individu mulai mengambil tanggungjawab menjaga kelestarian alam bagi melindungi eko sistem negara.

Adalah penting untuk Mama faham bahawa persekitaran sihat dapat melindungi pelbagai khazanah alam termasuklah hidupan air tawar seperti ikan puyu yang membolehkan mereka membiak dengan lebih banyak dan sihat.

Kajian ini penting untuk masa depan Mama dan anak cucu kita kerana penyakit breast cancer belum menemui sebarang penawar.

Dr Douglas berkata, kesedaran masyarakat termasuklah para nelayan dan seumpamanya melindungi eko sistem hidupan air dan kelestarian sungai negara ini membolehkan kajian terperinci dijalankan bagi mengetahui secara tepat mengenai sejauh mana mucus boleh merawat breast cancer dan kesannya pada tubuh manusia suatu hari nanti.

Pilihan Makanan Berpotensi Mencegah Kanser

Lantaran kanser payudara belum ada penawar yang disahkan, justeru sebaiknya Mama mengambil langkah pencegahan daripada merawat kerana jika diserang, tak ramai bernasib baik untuk bebas daripada kanser sebaik mengetahui sel tersebut telah berada di fasa berbahaya.

Pilihan makanan yang sihat pastinya membantu dalam mencegah sebarang penyakit selain membina anti-body kuat sebagai daya pertahanan tubuh seseorang daripada diserang sel berbahaya.

1. Sayuran berdaun hijau

Makanan utama untuk pesakit kanser adalah sayuran hijau yang merupakan asas baik untuk sebarang jenis diet sihat kerana ia kaya kandungan vitamin, mineral, antioksidan dan enzim, malah rendah kalori, lemak dan natrium serta toksin lain.

Terdapat pelbagai jenis sayuran berdaun antaranya bayam dan salad romaine kerana kaya dengan antioksidan yang dipercayai dapat melawan kanser, vitamin C dan beta-karoten (daripada jenis vitamin A).

2. Buah beri

Buahan beri seperti bluberry, raspberry, ceri, strawberi dan blackberry kaya kandungan antioksidan, sumber tenaga vitamin C, vitamin A, acid gallic. Ia adalah agen antikulat/antivirus yang berkuasa meningkatkan sistem imun.

Buahan beri juga kaya dengan antioksidan proanthocyanidin yang dipercayai bersifat anti-penuaan dan mampu mengurangkan kerosakan yang disebabkan radikal bebas.

3. Makanan yang membina imun sistem tinggi

Kunyit, sebagai contoh, mengandungi ramuan aktif, kurkumin, yang mempunyai peranan dalam diet anti-kanser dengan dikatakan dapat mengurangkan saiz ketumbuhan dan melawan kanser usus dan payudara.

Herba lain seperti hali, bawang putih mentah, thyme, cayenne pepper,oregano, basil dan pasli – juga antara herba yang baik untuk digunakan dalam pelbagai resepi masakan.

4. Ikan kaya omega

Ikan seperti kembung, salmon, tuna dan sardin merupakan sumber protein utama dan kaya nutrisi. Ia mengandungi omega-3 yang dapat menjaga otot, vitamin B12 membantu proses menghasilkan sel darah merah, dan vitamin D sebagai komponen kesihatan tulang yang penting.

Pemilihan makanan terbaik untuk pesakit kanser adalah penting dalam menjaga tahap kesihatan dan mengurangkan risiko atau perkembangan kanser.

Makanan yang rendah kalori dan kandungan gula tetapi tinggi kandungan serat dapat membantu Mama mengawal berat kerana ia adalah salah satu cara untuk mengurangkan risiko kanser.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Dapatkan lebih banyak tips kesihatan yang lain di SINI!